Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat tanda-tanda awal Malaysia berjaya mengekang penularan wabak COVID-19 berdasarkan laporan graf daripada Malaysian Institute of Economic Research (MIER). Perkara ini dikongsikan melalui laman Twitter KKM Putrajaya.
Kata beliau, hasil Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) yang dijalankan untuk fasa pertama menunjukkan terdapat garisan mendatar dalam graf kes sekaligus memberi bayangan tanda awal yang langkah ini membuahkan hasil.
Sesungguhnya perkhabaran ini memberi kelegaan kepada kita tetapi sekiranya rakyat Malaysia terus leka atau langkah pencegahan sedia ada dilonggarkan, tidak mustahil kes penularan wabak ini melonjak semula.
Berikut berita penuh tentang hal ini menerusi Berita Harian.
Ads
Jumlah kes COVID-19 di Malaysia dijangka mencapai puncak pertengahan April.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, berdasarkan data yang ada, Pejabat WHO Negara menganggarkan Malaysia menunjukkan jumlah tertinggi pesakit di hospital pada pertengahan April.
Ketua misi merangkap wakil WHO ke Malaysia, Brunei dan Singapura, Ying-Ru Lo, berkata jumlah pesakit kritikal di negara ini dijangka meningkat minggu depan.
Ads
“Malaysia mempunyai jumlah jangkitan COVID-19 tertinggi di Asia Tenggara dengan 2,908 kes yang disahkan dan sudah mengeluarkan larangan perjalanan bagi membendung penularan coronavirus ini.
“Berdasarkan data yang ada, Pejabat WHO Negara mengunjurkan kes yang dimasukkan ke hospital di Malaysia akan memuncak pada pertengahan bulan ini,” katanya dalam jawapan e-mel kepada Reuters.
Katanya, jumlah pesakit yang kritikal pula dijangka memuncak menjelang minggu depan, namun ramalan WHO itu mungkin berubah.
Ads
“Wujud tanda-tanda lengkungan kadar kes akan mendatar tetapi ia mungkin melonjak kembali jika langkah pencegahan sedia ada dilonggarkan atau orang ramai tidak lagi mematuhi arahan perlindungan,” katanya.
Tambah beliau, data mengenai jangkitan baharu setakat ini dan langkah pemantauan tambahan tidak menunjukkan penyebaran meluas wabak dalam kalangan penduduk negara ini.
Kini terdapat 102 pesakit coronavirus ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh Malaysia dan 45 kematian dilaporkan setakat ini. – AGENSI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki guru-guru yang mendidik anak-anak seperti anak sendiri. Sebagai tanda menghargai pengorbanan guru, sepasang suami isteri menghadiahkan gelang emas kepada 10 orang cikgu anak lelakinya yang berada di Tahun 1 bersempena sambutan Hari Guru pada hari ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh wanita yang dikenali sebagai Nurashikin Din di laman TikToknya, dia bersama suami membawa anak lelakinya yang berusia tujuh tahun membeli hadiah tersebut di sebuah kedai emas terkemuka.
“Hadiah hari guru 2024 dari Hafiy Hadeef untuk mualim & mualimah ❤️. 10 orang guru nya.
“Special thanks to Ammar tolong bungkuskan hadiah hari guru hafiy cantik-cantik,” tulisnya menerusi kapsyen.
Tindakan kedua ibu bapa ini pastinya dipuji ramai kerana tidak berkira dengan guru-guru yang banyak menyumbangkan tenaga dan usaha dalam mendidik anak mereka.
Meninjau diruangan komen, rata-rata wargamaya begitu kagum malah menyifatkan ia sebagai hadiah paling bermakna buat guru-guru.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 800,000 tontonan dan mendapat lebih 67,000 tanda suka daripada wargamaya.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Suami Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk K sering terlihat sisi suami yang tegas dengan isteri dan anak-anak.
Di sebalik wajahnya yang begitu serius dan garang, namun Datuk Khalid Mohamad Jiwa cukup lemah-lembut dan penyayang orangnya. Tak hairanlah anak sulung Datuk Siti, Aafiyah begitu manja sekali dengan ayahnya.
Terbaharu, video perkongsian Datuk Siti yang memperlihatkan suaminya, Datuk K sedang memotong rambut anak lelaki mereka, Muhammad Afwa dipuji ramai.
Apa yang menarik perhatian pastinya gaya bersahaja Datuk K yang tidak kekok malah melayani karenah anak kecilnya itu.
Paling membanggakan, Datuk K juga berjaya membuatkan anak kecil itu dengar kata malah duduk diam sehingga sesi gunting rambut itu selesai. Tak hairanlah Datuk K dipuji pandai mengawal situasi.
Sambil itu, Datuk Siti pula turut memberitahu yang beliau hanya boleh menjenguk dari jauh kerana bimbang Afwa menangis apabila melihat kehadirannya.
Bahkan melalui kapsyen dalam video tersebut mengatakan adik kesayangan Siti Aafiyah itu tidak suka orang lain menyentuh rambutnya melainkan Datuk K sahaja. Comel!
Wargamaya tidak kurang meninggalkan pelbagai reaksi. Malah menyifatkan gaya Datuk K sebagai gaya bapak-bapak yang cukup berpengalaman.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Jari manis tersekat tombol pintu, kanak-kanak perempuan 11 tahun tahan sakit lebih sejam. Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menahan kesakitan selama lebih satu jam selepas jari manisnya tersekat pada tombol pintu di rumahnya di Jalan Bukit Kawa Apas Balung, Tawau, Sabah pada Ahad.
Jari Manis Tersekat Tombol Pintu
Susulan kejadian itu, ahli keluarga kanak-kanak berusia 11 tahun itu terpaksa mendapatkan bantuan daripada pihak bomba untuk memotong tombol pintu berkenaan.
Kanak-kanak Perempuan 11 Tahun Tahan Sakit Lebih Sejam
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.05 malam dan seramai tujuh anggota dikejar ke lokasi.
“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati jari manis sebelah kanan kanak-kanak tersebut tersekat dalam tombol pintu sejak lebih satu jam lalu sebelum pasukan bomba tiba.
“Anggota bomba kemudian menggunakan peralatan pemotong khas untuk membuka tombol pintu tersebut sebelum berjaya dibuka kira-kira 10 minit kemudian,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Katanya lagi, operasi kemudian ditamatkan pada jam 8.07 malam selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi tersebut.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.