Kalau Rambut Isteri Kerap Gugur, Hiburkanlah Hatinya! Wanita Makhluk Paling Penat

Share

Wanita walaupun diciptakan untuk dilindungi, tapi jangan pula kita menyangka golongan wanita itu lemah. Terkadang golongan wanita lebih kuat bila hati mereka telah cekal dan tak akan goyang walau sebesar manapun ujian melanda.

Namun secekal manapun hati isteri, pasti dia akan diam kepenatan menguruskan segala hal dunia yang diamanahkan. Bebelanya tak lain tak bukan hanya ingin difahami, hanya ingin melepaskan penat yang terbuku. Begitulah wanita, sifatnya dicipta untuk disayangi.

Kalau kita mandi, nampak banyak rambut isteri di lantai. Kalau kita sapu rumah, banyak rambut yang bersibai. Kalau kita tengok sikat, banyak rambut yang berumbai.

Jangan salah faham, tu bukan rambut makhluk halus atau pontianak harum buah kelibai. Itu rambut isteri kita.

Sebab apa rambut isteri kita banyak gugur?

1. Tekanan.

Tekanan di tempat kerja, tekanan dengan anak-anak, tekanan dengan sikap kita. Dan tertekan dengan masalah diri pun ya juga.

2. Hormon yang tidak stabil.

Ini tugas kita kena bantu dengan cari atau usahakan ubat dan herba. Boleh tanya farmasi atau bawa isteri untuk check up selalu kesihatan dia.

3. Pengambilan Ubat-ubat yang tertentu.

Pengambilan ubat yang melebihi dos juga menyebab rambut isteri kita gugur. Kalau dia selalu pening kepala, biasanya kita hulur sahaja panadol padanya. Mungkin kita sebagai suami boleh legakan dengan merawatnya sendiri. Saya pernah up status tentang cara merawat isteri.

4. Kekurangan nutrisi akibat daripada diet yang tidak betul.

Kadang, isteri sanggup tak makan sebab nak kurus. Kadang pula isteri kita makan tak kena diet. Makan tu makan ni jadi ada kekurangan yang menyebabkan keguguran rambut.

5. Produk rambut

Penggunaan produk rambut yang kerap seperti pewarna rambut, penyering rambut dan juga bahan untuk kegunaan meluruskan dan kerintingkan rambut.

Ini saya kongsi adalah berdasarkan apa yang saya faham. Andai salah dan tak betul, komen dan tambahkan saja.

Kita nak semuanya baik kan?

InsyaAllah, bila kita lihat rambut isteri banyak gugur, kita faham bahawa sudah sampai masanya kita menghiburkan dan merawat sendiri isteri kita.

Mereka mahkluk paling penat! Berilah sedikit masa untuk mereka rehat.

Penulis asal: Abu Hurairah

Published by
NuFa