“Hidup harus diteruskan dan mengikut nasihat salah seorang guru saya sebelum ini, teruslah berpegang kepada Allah SWT walau apa pun dugaan yang diberikan”.
Luah selebriti, Mizz Nina yang diterjemahkan menerusi perkongsian semula aplikasi QalbyApp di Instagram.
“Seperti yang dikatakan oleh salah seorang guru saya baru-baru ini, kita perlu bertawakkul dan beriman kepada Allah dalam setiap perkara yang berlaku dalam hidup, Dia tahu apa yang terbaik dan akan memberikan yang terbaik kepada anda, kita hanya perlu terus melakukan yang terbaik dan tidak tenggelam dalam kesedihan & kesedihan masa lalu atau takut akan masa depan yang membawa kita kepada tidak aktif atau tidak produktif. Itulah antara ketakutan terbesar saya – tidak menggunakan masa yang Allah berikan kepada saya untuk kebaikan dan tersesat dalam emosi negatif.”
Dalam pada itu, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman berkongsi doa yang boleh diamalkan jika seseorang itu berada dalam keadaan stress dan sedih.
Ads
“Doa ini sangat mujarab untuk sesiapa sahaja yang memerlukannya sekarang :-”
[Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kegelisahan dan kesedihan, dari kelemahan dan kemalasan, dari pengecut dan bakhil, dari dibebani hutang dan dari dikuasai oleh manusia.
Ads
[Sahih al-Bukhari: 6369]
Mizz Nina turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan buat dirinya sekeluarga.
“Alhamdulilah & جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا atas segala doa dan kata-kata semangat, hikmah dan sokongan, semoga Allah membalas dan memberkati anda semua dengan lebih khayr, kasih sayang, rahmat, barakah, perlindungan dan kejayaan dunia dan Akhirah Aameen3”
Setiap ibu bapa pasti inginkan yang terbaik buat anak-anak mereka. Malah ada ibu bapa yang sudah merancang bagaimana ingin mendidik anak sehinggalah jenis makanan yang bagaimana mereka perlu sediakan. Semuanya untuk kebaikan anak-anak mereka.
Namun tak semua yang faham dan ambil berat tentang perkara ini. Bagi orang sekeliling “alah tak apa” yang menyebabkan kerosakkan pada anak-anak tersebut. Tentu sekali si ibu dan ayah yang penat menjaga, mendidik akan kecewa kerana anak-anak mereka akhirnya keliru.
Salah satu punca anak tidak hormat kepada ibu ataupun tidak hormat kepada ayah adalah apabila adanya individu yang menggalakkan anak berbuat demikian baik secara sedar ataupun tidak.
Salah satu punca anak berbohong kepada ibu ataupun berbohong kepada ayah adalah apabila adanya individu yang memberi sokongan dan dorongan untuk anak berbuat demikian baik secara sedar ataupun tidak.
Individu yang ‘menyumbat’ macam-macam dalam mulut anak dan kemudiannya cuba menutup perbuatan tersebut seperti dalam mesej yang dikirimkan kepada saya ini, adalah contoh individu yang menjadi ‘duri’ dalam pembinaan karakter dan keperibadian seorang anak.
Anda sebenarnya merosakkan anak tersebut.
Apa yang penting dalam sesebuah keluarga adalah ayah dan ibu yang saling bekerjasama dalam membentuk dan mempertahankan nilai dalam keluarga.
Ayah dan ibu mesti bersatu apabila menetapkan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dalam keluarga.
Jika ayah berkata ‘ya’ dan ibu berkata ‘tidak’, ini akan mewujudkan kekeliruan dan tentangan dalam diri anak. Begitu juga sebaliknya.
Saya puji ayah dan ibu ini yang ingin mempertahankan nilai dan peraturan yang telah ditetapkan bersama-sama. Setiap keluarga mempunyai nilai dan peraturan masing-masing, oleh itu sebagai ‘orang luar’ hormatilah keputusan yang telah dibuat oleh ayah dan ibu untuk kebaikan keluarga dan anak-anak mereka.
Sebagai ayah dan ibu kita tidak perlu menjelaskan kepada SEMUA ORANG akan pegangan dan nilai keluarga kita MELAINKAN kepada individu yang turut sama membantu mengasuh atau menjaga anak kita. Ini perlu kita lakukan supaya individu tersebut mengasuh anak kita dengan nilai yang sama agar tidak wujud kekeliruan pada anak.
Contohnya terangkan kepada individu tersebut pendapat dan peraturan yang kita tetapkan tentang penggunaan skrin. Terangkan tentang kekhuatiran kita berkenaan penggunaan skrin yang berlebihan dan konten yang tidak sesuai.
Tidak ada anak yang memberontak kerana tidak diberikan telefon tetapi ramai anak yang rosak kerana dibiarkan menggunakan skrin tanpa batasan dan tanpa pemantauan.
Sebagai ibubapa bertegaslah dengan pendirian dan pegangan anda kerana apa yang anda lakukan bukannya untuk memudaratkan orang lain malah ia dilakukan untuk kebaikan keluarga dan anak-anak anda.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika anak itu adalah dibawah satu tahun, maka itu adalah lebih kerana dia di dalam tahap membaling barang. Ada sebabnya ini berlaku kepada setiap anak-anak pada usia ini.
Ini adalah kejadian Allah untuk membolehkan anak ini menguatkan skill motor nya. Skill motor ini adalah sangat penting untuk dia boleh menggunakan tangannya untuk melakukan apa-apa perkara berkait dengan tangan dikemudian hari. Contohnya, untuk menulis, menggunting, memotong, memanjat dan pelbagai lagi.
Oleh itu jika ibu bapa marah dan suruh anak itu berhenti kerana merasakan anak-anak itu sudah nakal dan berkelakuan tidak baik, maka ini adalah satu kesilapan besar.
Tindak-tanduk begini adalah kerana ibu bapa tidak peka kepada proses pembesaran yang setiap anak-anak perlu lakukan. Bila anak itu dihukum kerana ini, maka ibu bapa menempah untuk anak itu menjadi kurang keupayaan tangannya, kurang kreatif, rendah hormat diri dan tiada keyakinan diri.
Membesarkan anak-anak perlu ada ilmu, skil dan sikap yang betul. Supaya kompetensi kita sebagai ibu bapa itu meningkat sentiasa. Dan anak boleh dibesarkan dengan penuh amanah dan berintegriti.
Nabi s.a.w sangat memberi perhatian kepada pendidikan awal kanak-kanak. Kerana kesannya adalah seumur hidup anak-anak itu.
Baik anak lelaki mahupun anak perempuan, tetaplah mereka ini memerlukan perhatian. Kita ni, daripada kecil dimomokkan dengan, “Anak lelaki, mana boleh nangis, malulah!” “Eh, abang boy. Mana ada boy lembik!”
Anak lelaki diajar untuk tidak meluahkan perasaan. Anak lelaki seolah “tidak dibenarkan” express apa yang mereka rasa.
Pendam je. Diam je. Telan je. Sebab daripada kecil, nak nangis, dengar ibu ayah cakap jangan nangis. Malu lah lelaki nangis.
Selain daripada itu, anak lelaki dirasakan tak perlukan sentuhan. Tak perlukan pelukan. Tak payah dicium dan disapa mesra.
Anak lelaki sering diberikan kata-kata yang kasar, kata-kata yang kononnya kelelakian. Kata-kata sinis dan sarkastik nak bagi “kental” kononnya.
Saya takde anak lelaki. Tapi saya ramaiiiii “anak” lelaki sebagai klien kat tempat kerja. Umur remaja. Seawal 9 tahun hingga 20 tahun.
Bila saya dekati mereka, Allahu. Halus sebenarnya rasa hati mereka ni. Datang dengan masalah depression, low self-esteem, takde keyakinan diri, dan banyak juga kurang kawalan anger/kemarahan.
Saya nak mereka selesa, jadi mereka boleh panggil saya dengan apa juga panggilan yang mereka nak gunakan pada saya. Makcik ke, aunty, or even kakak. Tapi awak tu tak lah. Hahaha.
Kalau yang sebaya-sebaya anak saya, saya bahasakan diri aunty je terus. Yang remaja, umur 18-21 tahun tu, kebanyakan terus panggil kakak. Sebab kalau berpuan-puan, dia rasa dia cakap dengan cikgu. Jadi dia less likely nak “bebas” meluahkan.
“Saya daripada kecil abah suka tengking saya bila saya buat salah. Salah tu tak besar pun. Gaduh dengan adik, berlari dalam rumah. Abah tengking macam saya berdosa besar sangat. Tapi dengan adik, elok je dia cakap slow-slow.”
“Last saya menangis masa umur tadika kot kak. Bila dah masuk sekolah, saya tak menangis dah. Kalau sedih, kalau geram, dekat rumah saya masuk bilik, tekup muka dengan bantal, saya jerit. Kalau kat sekolah, saya masuk bilik air, saya tumbuk dinding.”
“Tapi kalau kadang-kadang tak tahan sangat, itu yang saya tersepak terajang adik-adik. Kat sekolah saya pukul kawan-kawan.”
“Saya tak boleh marah ke kak? Saya ni manusia! Ada perasaan kot. Lainla saya ni anak kucing, anak anjing!”
“Pujuk? Tak payah mimpi lah kak. Memang takkan kena pujuk punya. Anak lelaki ni, mama kata tak payah lembik sangat. Mengada je nak peluk-peluk.”
“Saya rindu baba dengan ummi sebenarnya. Dah lama tak peluk, tak duduk dekat-dekat. Last masa sekolah rendah. Itupun kalau saya dekat, baba kata, “apa ni abang. Dok jauh sikit. Lelaki tak gesel-gesel lah!”
“Saya tengok cerita mat salleh, ayah dia boleh kawan dengan anak lelaki dia. Tapi ayah saya tak macam tu pun. Bila saya bagitau nak macam tu, ayah kata, tak payah terpengaruh dengan tv. Nanti jadi anak tak hormat mak bapak!”
Ini antara luahan-luahan anak lelaki remaja yang saya terima bila bersesi bersama mereka.
Kawan-kawan, tak kira anak kita lelaki atau perempuan, mereka tetap manusia yang Allah jadikan ada fitrah beremosi. Ingin dikasihi, disayangi, disantuni dan dihargai dengan baik.
Seperti anak perempuan, anak lelaki juga mesti dididik dengan kelembutan. Dengan budi bicara. Dengan cinta dan dengan halus kasih sayangnya.
Berlembut dengan anak lelaki, takkan menjadikan mereka lelaki lembut. Malah kita akan menjadikan dan membesarkan seorang lelaki yang punya hikmah dan santun yang baik dalam diri mereka.
Peluklah anak lelaki kita. Setiap hari tunjukkan sayang kita pada dia. Sambil peluk, sambil pesan. “Abang, jadi anak lelaki ni tanggungjawab abang besar ya. Adik perempuan dan even kakak pun, bawah tanggungjawab abang.”
Disamping kita zahirkan sayang dan hargai dia, kita kongsikan juga tanggungjawab dia. Supaya dia ada rasa, “empunya” pada ahli keluarga. Bukan bila dah besar, buat hal masing-masing.
Anak lelaki juga perlukan kata-kata yang baik. Kata-kata yang mereka dengar, mereka ini dipuji, dihargai, diiktiraf sebagai anak yang punya emosi, dan sebagai individu yang juga mesti dihormati.
Santuni anak-anak lelaki kita, bagaimana kita nak seorang lelaki menyantuni seorang perempuan bernama isteri.
Anak lelaki, cara marah mereka biasanya dengan menggunakan kekuatan fizikal. Kalau anak kecil, saya selalu cadangkan pada parents untuk adakan “anger corner”. Letak pasir mainan, punching pillow atau air. Bila mereka marah, ajar anak untuk luahkan dan lepaskan marah pada corner tersebut. Bukan pada orang atau merosakkan barang.
Kenalilah anak-anak lelaki kita. Dekati mereka. Berbuallah juga seperti mana kita berbual dengan anak perempuan. Pelajarilah hobi mereka, santuni minat mereka. Sokonglah apa yang sedang mereka kongsikan, andai ada silap, tegurlah dengan hikmah.
Besarkan anak lelaki, kita sedang membesarkan seorang ketua keluarga, seorang ketua masyarakat, malah seorang ketua negara. Semuanya bermula daripada rumah.
Daripada susuk seorang ibu dan ayah lah, anak lelaki belajar menjadi siapa diri mereka bila dewasa nanti.
Tanamkan tauhid yang kuat dalam diri mereka. Tanamkan pegangan agama yang ampuh dalam diri mereka. Tanamkan hebatnya mereka bila dalam hati mereka ada CINTA Allah dan Rasulullah.
Beritahu mereka, menjadi lelaki, kekuatan mereka, bila mereka menjadi paling lembut hatinya dengan Allah. InsyaAllah, terpandu setiap langkah anak lelaki kita.
Semoga kita menjadi ibu dan ayah, yang anak-anak lelaki kita akan banggakan, bila mereka bergelar KETUA juga, suatu hari yang indah nanti. Aaminnn insyaAllah dengan berkat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masa yang dinanti telah tiba! Harga emas sedang meningkat, menandakan peluang terbaik untuk menambah koleksi barang kemas atau melabur untuk masa depan. Bagi yang...