Malang tak berbau. Siapa menyangka hasrat seorang ibu untuk menikmati ramen bertukar tragedi bila anaknya terkena air rendaman makanan segera itu.
Luluh hati seorang ibu bila mana menyaksikan kesakitan yang dilalui anak kecil itu yang baru berusia dua tahun.
Melalui akaun Tik Tok ibunya, ibu kanak-kanak itu memuat naik wajah anak kecil itu, Rizqi Anaqi Muhammad Reduan dengan kesan lecuran yang mengundang rasa sayu dikalangan wargamaya.
Menerusi petikan di Mstar, ibu mangsa, Nurulzarina Shafie berkata, insiden tragis yang berlaku di rumahnya di Maran, Pahang, berlaku terlalu pantas.
“Cawan berisi air panas dan ramen tu saya letak atas meja di dapur. Baru lepas buang plastik ramen dalam tong sampah, tak sampai beberapa saat saya pusing je nampak anak capai cawan tu dan air panas tertumpah kena dia,” katanya berkongsi.
Cemas dengan keadaan itu, sejurus selepas insiden berlaku dia bergegas membawa anaknya ke klinik kesihatan berhampiran sebelum di rujuk ke Hospital Temerloh.
“Doktor kata keadaan melecurnya 70 peratus. Mujur tak kena pada bahagian mata yang boleh menyebabkan keadaan lebih parah, mungkin boleh buta.
“Esoknya anak saya menjalani pembedahan bagi merawat luka,” kongsinya lagi.
Akuinya lagi, dia terlalu sedih mendengar rintihan anaknya yang menanggung sakit ketika melecur. Malah anaknya yang baru berusia dua tahun itu meronta-ronta dan menangis tanpa henti.
“Anak menangis, meronta-ronta. Ibu mana yang tak sedih apabila anak sakit macam tu. Kalau sakit anak tu boleh berbalik kepada saya… saya sanggup menanggungnya.
“Saya akui salah saya kerana cuai. Kejadian yang berlaku memberi pengajaran buat saya sendiri dan diharap dijadikan iktibar kepada ibu bapa lain agar lebih berhati-hati,” katanya.
Dia kini bersyukur bila mana akhirnya Rizqi Anaqi dibenarkan pula selepas menerima rawatan lebih lima hari di hospital. Kini Rizqi melalui fasa pemulihan.
“Alhamdulillah, keadaan anak semakin baik dan dia kembali aktif. Kalau di hospital sebelum ini asyik mengadu sakit terutama di bahagian dada.
“Sekarang ni saya serik nak makan ramen. Dulu saya memang suka sangat makan ramen, sekarang ni benci tengok ramen tu.
“Disebabkan satu cawan ramen, anak saya tanggung sakit teramat sangat. Saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang,” ujarnya lagi.
@mekna345 uncle untie doa kan rizqi cepat sembuh , semoga doa kalian dimakbul kan ,amin amin , terkena air panas #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama
Menarik: Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Pa&Ma