Anak tak sihat atau demam, ibu paling susah hati. Situasi ini turut dirasai Noor Nabila selepas kehadiran Jebat Jayden empat bulan lalu.

Menurut Nabila, baru tahu dan faham macam mana perasaan seorang ibu bila tengok anak tak sihat.

“Kalau Sakit Boleh Tukar Dengan Jebat, Mommy Sanggup.” Nabila Baru Tahu Perasaan Seorang Ibu

“Sebelum ada anak, mungkin kita tak boleh nak selami perasaan seorang ibu tapi bila dah ada zuriat sendiri automatik jiwa rasa sensitif. Ibaratnya kehadiran anak telah mengubah kehidupan seorang wanita.

Menerusi posting di instagramnya, Nabila menyatakan selepas Jebat disuntik dia demam tapi alhamdulillah tak menangis atau merengek.

Cuma Jebat lebih banyak diam kerana badannya lemahnya. Kalau boleh tukar tempat dengan anak, Nabila lebih sanggup. Inilah orang kata kasih seorang ibu tiada batasnya.. macam ni la ya mak kita rasa kan? luah Nabila.

IKLAN
View this post on Instagram

Helloooooo aunty-aunty instagram ?❤️

A post shared by Noor Nabila (@noornabila) on

Memandangkan Jebat adalah anak sulung dan pengalaman baru buat Nabila dan Shaarnaz apa perubahan yang berlaku pada heronya pasti cukup merisaukan.

View this post on Instagram

Ahlan wasalan ya haji… @jebatjayden

A post shared by Noor Nabila (@noornabila) on

Jebat Makin Besar Handsome

Dalam posting terbaru Nabila, dia juga ada memuat naik aksi Jebat yang dah makin pandai senyum.

IKLAN

Nampaknya Nabila cukup teruja dengan setiap perkembangan baru yang ditunjukkan Jebat.

“Kalau Sakit Boleh Tukar Dengan Jebat, Mommy Sanggup.” Nabila Baru Tahu Perasaan Seorang Ibu

Apa yang pasti ramai peminat baba dan mommynya yang memuji Jebat. Semakin besar makin comel dan handsome. Seiras mommynya.

Sumber: ig noornabila

IKLAN

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI