Ramai yang menganggap suami yang sweet bila bawa isteri jalan-jalan, belikan hadiah yang mahal-mahal dan selalu buatkan surprise. Tapi definisi sebenar bagi pasangan yang sweet bila saling mengingatkan tentang akhirat.
Ustaz Azhar Idrus (uaioriganal) telah berkongsi satu perkongsian menarik daripada Ustaz Syeikh Nazrul Nasir Al-Azhari tentang “Sweet yang sebenar bagi pasangan” di laman instagramnya.
Ads
Isteri Yang Solehah “Sweet yang sebenar itu, bukanlah setakat jalan-jalan bawa pasangan, isteri dan selfie sana-sini. Akan tetapi membawa isterinya ke majlis-majlis ilmu juga.
Mempunyai isteri yang solehah itu adalah bukan dari hal keduniaan, malah ianya adalah salah satu jalan untuk suami itu ke syurga oleh kerana isteri isteri yang solehah.
“Jika seorang suami itu, dikurniakan isteri yang solehah. Ibaratnya dia telah menyempurnakan sebahagian daripada tuntutan agamanya.”
Ads
“Khidmat paling besar seorang isteri itu, bukanlah khidmat kepada Tuan Guru atau pon Masyaikhnya. Akan tetapi khidmat paling besar seorang isteri adalah, berkhidmat kepada suaminya, itulah khidmat yg paling besar dan paling terbaik bagi seorang isteri.”
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sungguh para isteri jadi burnout, penat, breakdown ni disebabkan emosi dan mental. Lagi-lagi pula kalau suami tak faham keadaan isteri. Ia tak dizahirkan, perlu digali dan diperhati dengan penuh fokus dan berhati-hati.
Kerana isteri ini sangat pandai memendam. Nak diluahkan takut buat suami serabut dan menyusahkan.
Maka disimpannya kemas-kemas. Dia menangis dan mengalirkan air mata di balik sebuah senyuman buat suami.
Itulah hikmahnya Allah anugerahkan pada lelaki jumlah akal yang banyak, supaya lihat dari pelbagai sudut dan menyelesaikan misteri nusantara paling besar di dunia iaitu hati wanita. Heheh!
Tanda-tanda isteri sedang burnout ialah cepat marah atau meninggikan suara pada anak-anak. Walaupun hal yang berlaku adalah kesalahan kecil.
Anak sepahkan rumah.
Anak lupa nak siapkan kerja sekolah.
Anak diam je tak menyahut bila dipanggil.
Isteri terus hilang sabar.
Apabila dia dah mula tinggi suara tu, ketahuilah bukan anak yang bersalah tetapi mental dan emosinya yang tak dapat menampung kesabaran dalam melayan anak-anak.
Ditambah pula dengan moodnya yang hilang untuk bergurau. Kurang bercakap seperti biasa, mula jauhkan diri serta mengasingkan diri semasa di dapur atau bilik tidur, dan ada juga masa kita nampak dia menangis tanpa sebab.
Waktu itu, kita cepat-cepatlah kesat air matanya. Dan terus ambil alih peranan dan tanggungjawabnya. Biarkan dia berehat.
Kata, “awak rehatlah dulu. Pergi mandi, bersihkan diri dan baring ya. Biar abang masak dan jaga anak-anak.”
Masa itu, yakinlah walau penat macamana pun dia, tetap dia akan rasa lebih lega dan tenang seketika kerana dia ada suami yang bertanggungjawab, prihatin dan penyayang.
Para suami, jangan biarkan isteri kepenatan dan kalian perlu yakin satu perkara ini, bila isteri hilang penat, dia akan gembira, dan bila kamu lihat dia gembira, penat kamu juga turut hilang.
Kena selalu buat begini. Kena selalu hadir untuk isteri.
Kredit: Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Saling bantu membantu ya.
Zaman kanak-kanak adalah zaman yang penuh dengan gelak ketawa dan tangisan. Bukan tawa dan tangis je bahkan kanak-kanak anak sifat anehnya yang mama papa kena tahu. Terlampau obses dengan barang atau hal-hal lain buat ibu pening memikirkannya. Jangan runsing sebaliknya fikirkan dari sudut positifnya.
Menurut Dr Airil Haimi Mohd Adnan, Ketua Pusat Pengajian di UiTM Cawangan Perak dan penyelidik aktif ilmu psikologi perkembangan tahun awal serta sosiologi pendidikan usia praformal, ada beberapa ‘keanehan’ zaman kanak-kanak yang boleh memeningkan dan merisaukan papa dan mama sekalian.
Satu contoh yang jelas adalah topik yang menjadi fokus perbincangan kita dalam edisi kali ini iaitu obsesi si kecil atau minat yang terlalu mendalam (intense interest) akan sesuatu barang, hal atau perkara.
Adakah obsesi si kecil dan minatnya yang terlalu mendalam ini boleh mendatangkan kesan yang negatif?
Izinkan saya bercerita tentang anak saudara bongsu saya, Alia. Seperti juga kanak-kanak lain, Alia suka menonton televisyen terutama sekali cerita kartun kegemarannya ‘Doc McStuffins’. Saya sendiri tidak pernah menonton kartun itu tetapi fokusnya adalah dunia perubatan. Maka, anakanda Alia berusia 4 tahun itu pun kini sudah bersedia menjadi seorang doktor dan suka akan segala-gala hal berkaitan dunia perubatan!
Perlakuan Alia taklah aneh sebenarnya, kanak-kanak pada usia 0 hingga 6 tahun melalui fasa demi fasa bila mana mereka akan terobsesi dengan sesuatu. Ada yang teramat suka akan dinosaur, ada yang terobsesi dengan memasak, tidak kurang pula ada si kecil yang hilang takut dan suka ‘mengumpul’ serangga kecil (khabarnya mahu jadi saintis bila besar nanti).
Obsesi si kecil diikuti perlakuan si kecil yang suka berangan-angan dan berimaginasi. Kata Alia kepada saya, dia mahu jadi doktor. Secara peribadi, asalkan obsesi itu positif dan tidak membawa mudarat, mama dan papa perlu melayan dan membantu mengembangkan angan-angan dan daya imaginasi anak kita.
Obsesi Adalah Normal
“Tapi, anak saya suka kumpul serangga pula sekarang! Habis dah semua cacing, cicak, cenggerik keliling rumah dia kumpul dan simpan dalam bilik. Geli-geleman dibuatnya!”, seorang mama memberi pengakuan eksklusif kepada saya. Adakah si kecil itu akan menjadi seorang entomologis atau pakar serangga pada masa depan? Mungkin ya, mungkin tidak. Tetapi itu tidak penting.
Apa yang lebih penting dan perlu kita ketahui, kira-kira sepertiga kanak-kanak yang melalui zaman pendidikan praformal akan menjadi benar-benar terobsesi kepada satu-satu perkara. Obsesi itu juga boleh menjadi sangat unik. Hal ini diakui malah menurut kajian di Universiti Virginia, Amerika Syarikat, obsesi anak biasanya berdasarkan keadaan sekeliling si kecil berkenaan.
Kajian psikologi perkembangan menunjukkan bahawa usia antara 2 hingga 6 tahun adalah tempoh masa bila mana obsesi kuat si kecil memuncak. Kemampuan bermain dan berimaginasi meningkat sekitar usia 3 hingga 5 tahun dan pada usia ini juga kanak-kanak boleh memberi tumpuan kepada beberapa perkara pada satu-satu masa. Kebolehan ini diterjemahkan menjadi ‘hobi’ atau obsesi yang akan berubah-ubah.
Asalkan anak tidak berobses pada benda atau perkara yang tidak sepatutnya dan masih boleh melakukan rutin hidupnya seperti ke sekolah, makan dan sebagainya, biarkan sahaja. Biarkan anak kita bereksperimen, meneroka dan belajar berfikir ketika kusyuk melakukan sesuatu. Ada baiknya untuk perkembangan otaknya kelak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rumah yang sentiasa tenang dan sejuk mata memandang menjadi impian semua. Tidak kira ibu, ayah dan anak-anak sukakan suasana yang tenang ketika di rumah. Tapi bagaimana ia boleh dicapai? Mudah je tapi kena tahu caranya.
Bagi mama papa tidak kira yang bekerja, surirumah atau menjalankan kerja dari rumah, keadaan dalam rumah yang terkawal menjadi antara sebab suasana tenang dapat diwujudkan.
Tatkala suasana menjadi tenang, kesan menakjubkan akan dirasai setiap penghuninya. Hati jadi lapang dan kurang stres. Pendek kata semua orang jadi seronok dan happy!
Dr Taufiq Razif berkongsi 5 tip yang menjadi rumah zon tenang dan bahagia. Ibu bapa dan anak-anak boleh cuba. Elok juga dimulakan dari awal perkahwinan atau seawal mungkin kerana sekurang-kurangnya pasangan kita atau si manja boleh dilatih dari kecil. Apa pun, bagi yang sudah lama berkahwin masih belum terlambat untuk cuba mempraktikkannya.
5 Tips Untuk Bagi Rumah Jadi Lebih Sejuk & Tenang
#1. JANGAN BAWA SERABUT MASUK DARI LUAR
Jangan masuk rumah dengan membawa keserabutan daripada pejabat dan tempat kerja.
Tenangkan diri dan buat Deep Breathing dulu sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Jangan bawa masuk stress kerja ke dalam rumah hingga anak anak dan pasangan pun kena tempiasnya
#2. BACA DOA SEBELUM MASUK RUMAH
Sebelum masuk rumah baca doa dulu. Jangan main masuk je.
Kita nak set minda kita bahawa kita sedang memasuki ‘ zon keberkatan dan kebahagiaan ‘. Latih juga mindset ni pada anak kita bahawa rumah ni adalah tempat yang penuh dengan kebahagiaan.
Baru la anak kita tak merapu mencari kebahagiaan di luar rumah!
#3. DIDIK ANAK MENGEMAS DAN URUS DIRI
Sesekali tu ajar anak kita organizational skills juga :
Bila dah habis main, kat mana nak simpan
Bila dah buka baju, kat mana nak letak
Bila dah mandi, nak simpaj tuala kat mana
Bila dah makan, nak cuci dan simpan pinggan kat mana
Bukan rumah je kurang bersepah, kemahiran anak pun kita boleh asah!
#4. HADKAN BILANGAN MAINAN
Hadkan bilangan mainan di rumah. Mainan tu bagus untuk anak kita tapi sebenarnya ‘ less is better ‘
Mainan yang lebih sedikit membuatkan anak kita lebih fokus. Bila mainan terlampau banyak ni, bukan kita je pening. Anak pun naik pening nak memilih!
#5. KENAL BAHASA BADAN & TON SUARA PASANGAN
Kita kena mahir membaca raut wajah, tonsuara dan bahasa tubuh pasangan kita
Kita kena faham, masa pasangan kita tu nak bagitahu kita sesuatu :
7% je yang sampai melalui PERKATAAN (verbal communication)
38% maksud perkataan tu terkandung dalam NADA SUARA
dan 55% maksud perkataan tu terkandung dalam gerakan tubuh dan mimik muka.
Bila isteri kata “ Takpe. Saya ok je. Abang rehat la “. Aduiii..Jangan la terus percaya! Tu baru 7% daripada hal yang sebenar je tu!
Tengok dulu raut wajah dia, ada tak tanda tanda redup akibat KEPENATAN?
Dengar dulu nada suara dia, ada tak suaranya mendatar akibat cuba menyorokkkan STRESS yang melampau?
Bila kita dah mula pandai baca bahasa tubuh pasangan, insyaAllah ni la baru dikatakan RUMAHKU, SYURGAKU!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.