Pisah tempat tidur anak bila sampai waktu dan usia sesuai memang menjadi salag satu tuntutan dalam ajaran agama Islam.
Sama ada anak lelaki mahupun perempuan, perlu diasingkan tempat tidur mereka bagi mengelakkan pelbagai masalah sementelah anak-anak membesar.
Terdapat beberapa pendekatan yang boleh diambil untuk memisahkan tempat tidur anak.
1 – Sediakan satu bilik yang sesuai untuk anak perempuan dan satu bilik untuk anak lelaki.
2 – Hias dan kemas bilik secantik – cantiknya mengikut kemampuan poket anda dan kesesuaian umur anak.
3 – Sediakan katil yang sesuai untuk anak terutama anak kecil yang lasak tidur. Pemilihan katil amat penting di samping untuk memberikan keselesaan yang terbaik untuk anak juga keselamatan harus diutamakan. Sebaik – baik katil yang sesuai ialah jenis “playpen” yang berdinding jaring kain cotton. Kalau katil bayi yang berkayu biasa , saya khuatir keselamatan anak – anak kerana peluang untuk mereka memanjat dan cedera lebih tinggi dari jenis “playpen”.
4 – Untuk anak yang lebih besar, katil kanak – kanak yang sesuai dengan bentuk yang menarik lebih sesuai untuk mereka. Ada berbagai jenis rekaan dan bentuk yang direka khas sesuai dengan jantina dan citarasa mereka. Jika menggunakan katil, kita boleh guna untuk masa yang lama.
5 – Bentangkan cadar yang menarik dengan gambar kartun yang mereka suka. Lebih baik , biar mereka pilih sendiri corak dan warna apa yang mereka suka dengan panduan anda.
6 – Kalau bajet kecil, tidak ada masalah. Bentangkan saja tilam atau comforter untuk mereka.
7 – Pastikan bilik dilengkapi dengan kipas atau aircond kalau mampu.
8 – Pastikan ubat nyamuk dipasang atau diperiksa bilik itu terlebih dahulu kalau – kalau ada semut atau lipas. Jadi di sini, kebersihan amat dipentingkan. Sentiasa membersih dan mengemas bilik anak anda. Sentiasa menjemur tilam dan bantal sekerap yang mungkin. Buka tingkap setiap pagi seluas – luasnya untuk pengudaraan dan pencahayaan semaksima yang mungkin agar segala hama dan virus mati.
9 – Pasang lampu tidur untuk anak. Pilih bentuk yang menarik yang mereka suka. Jangan biarkan anak tidur dalam gelap. Tidur dengan lampu tidur lebih baik sebab kalau anak terbangun dan mahu ke bilik air atau mencari kita, mereka tahu ke mana mahu dituju.
Ads
10 – Boleh gantung bintang, bulan atau apa saja bentuk yang menarik di siling. Elakkan gantung binatang seperti ular, buaya , biawak , dinosaur atau sebarang binatang buas. Tidak elok untuk semangat anak – anak.
11 – Buat permulaan latihan untuk anak tidur berasingan dari ibubapa, anda boleh menemani mereka pada malam – malam terawal mereka.
12 – Jangan terlalu memaksa mereka untuk berpisah tidur dari kita.
13 – Temankan mereka tidur dengan membacakan buku cerita kepada mereka. Pilih cerita – cerita yang sesuai seperti kisah -kisah nabi, para solihin dan cerita kanak – kanak sebagai contoh teladan. Bacakan dengan suara yang lembut, perlahan dan membuai rasa mengantuk mereka. Elakkan cerita seram atau cerita kelakar, nanti mereka langsung tak boleh tidur atau mereka akan ajak anda bermain dan bergurau sampai subuh.
14 – Bagi mereka peluk bantal peluk atau teddybear atau apa – apa yang mereka selesa dengannya. Sebagai pengganti diri anda dan peneman mereka tidur.
15 – Bila mereka sudah lena, bolehlah anda beransur dengan perlahan. Suka diingatkan di sini, ada anak – anak yang mudah tertidur dan senang nak dipisahkan tetapi ada yang tersangat susah. Anda harus banyak bersabar kerana anda ibu yang penyayang dan jelita. Teruskan dengan cara ini sehingga berjaya.
Ads
16 – Jangan rapatkan pintu bilik anak agar anda mudah mendengar apa-apa bunyi dari bilik mereka.
17 – Sentiasa bangun memeriksa keadaan mereka ketika tidur.
18 – Pastikan setiap tingkap dan pintu bilik air mereka tertutup.
19 – Sebaik – baiknya anda meletakkan pengesan bunyi atau sejenis walkie talkie yang mana alat ini sesuai diletakkan untuk mengesan sembarang bunyi dari bilik anak anda. Anda boleh mendengar suara anak terjaga atau menangis atau mereka memanggil anda dari bilik anda. Tanya penjual bagaimana nak setkan alat tersebut.
20 – Anda boleh bergilir dengan suami untuk meneman dan menidurkan mereka.
21 – Tidurkan mereka awal – awal agar anda ada masa untuk melayan suami atau membuat kerja lain.
22 – Peringatan di sini, jangan letak banyak mainan di bilik tidur anak. Satu dua cukuplah. Setkan di fikiran mereka bilik tidur adalah untuk tidur. Jika tidak sampai pukul berapa pun mereka tidak akan tidur kerana asyik dengan mainan
Wanita sekarang mungkin kalau bab pantang selepas lahirkan anak tak macam orang dulu-dulu. Kalau zaman mak-mak kita dulu selagi tak lepas 40 hari memang terasa seksa sangat.
Kini dengan peredaran zaman, adat berpantang tu mungkin dah dimodenkan sikit tapi masih lagi mengekalkan ciri-ciri tersebut.
Bagi pelakon Sari Yanti yang telah melahirkan bayi perempuan baru-baru ini, dia juga tetap memilih berpantang secara sihat walaupun ini adalah kelahiran ketiga buatnya.
Melalui posting di instagramnya, isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu ini telah memuat naik gambarnya sedang ditungku.
Menurutnya, masa melahirkan anak pertama dan kedua dulu, tak de lah nak berpantang sangat. Setakat pakai stoking dan jaga makan je.
Bila dah ada orang offer suruh pantang betul-betul, rasa nervous sangat. Macam-macam fikir takut tak boleh nak ikut apa yang disuruh. Tapi semuanya itu hanya tanggapan awal sahaja sebabnya lepas lahir dan menjalani tempoh berpantang, bila dah kena sauna, berurut, bertungku, bertangas, scrub badan dan dihidangkan dengan menu pantang yang sedap, rasa nikmat sangat.
Paling lucu juga, Sari Yanti sempat bergurau di statusnya dan ditujukan kepada Jep dengan kapsyen ‘Jadi maknanya tahun depan Dariya Inara boleh dapat adik lagi..
Hanya posting itu sahaja, ramai yang mengaminkan dan mendoakan yang terbaik buat keluarga Jep dan Sari Yanti.
Manakala di instagram Jep pula, memang nampak Jep seorang abah yang hebat. Walaupun sibuk dengan kerja, Jep sesekali seboleh-bolehnya nak luang masa dengan anaknya.
Peminat juga turut memberi pujian pada Jep sebab pandai dodoikan anaknya tidur, jenis yang suka melayan dan tetap buat lawak biarpun si kecil tu belum faham apa-apa.
Tak kisah lah apa pun, yang penting lepas ni Jep dapat jadi abah yang sporting buat Dariya Inara dan semoga membesar menjadi anak solehah.
Sumber: instagram Sari Yanti & Jep Sepahtu
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Anak tengok dan anak akan tiru” kerana anak-anak ibarat CCTV yang akan meniru semua perbuatan orang dewasa.
Wahai ayah
Nak didik anak jadi sopan, bersikap sopanlah kepada ibunya
Nak didik anak jadi pemberani, lindungilah ibunya dengan sepenuh jiwa raga
Nak didik anak jadi berakhlak, layanilah ibunya dengan lemah lembut dan berbaik hati
Nak didik anak jadi pemaaf, maafkanlah segala silap ibunya dan jauhi mencerca dan memaki
Nak didik anak jadi orang yang bertanggungjawab, penuhilah hak dan kewajiban nafkah pada ibunya tanpa culas
Nak didik anak jadi penyabar, tahanlah hati dan lisan daripada menyakiti ibunya
Nak didik anak jadi anak yang baik hati, bersikap baiklah pada ibunya dengan sepenuh hati
Ingat ya. Cara layanan kita pada ibunya menentukan cara layanan anak terhadap diri dan dunianya. Children see children do.
Ada banyak sebab kenapa anak anda suka mengamuk, buat tantrum dan buat perangai. Namun kunci utamanya ibu bapa kena bersabar dan pandai tawan hati anak.
Kadang-kadang perangai anak ni sukar dijangka. Mula-mula nampak elok, tapi sekali mengamuk, boleh jadi naik angin jugalah ibu.
Tapi, dalam bersabar itu, anda juga boleh ikut tip mudah yang dikongsikan oleh Pakar Kekeluargaan, Keibubapaan dan Kasih Sayang, Ibu Rose.
“uwaa…uwaa….” (1) emm…TARIK NAFAS mama tarik nafas.. “adik, apa adik nak? mama tolong ye.” “uwaa..uwa..aek nak ti..apu ucu..”(sambil pukul mama) “oo..roti ke? Mama ambil jap ye. Tapi susu habis, mama sapu butter je ye.” “tak nakkkk…uwaa…uwa..”(kali ni suara makin kuat.)
(2) ok..sabar mama..sabar..TARIK NAFAS dan UBAH KEDUDUKAN. Mama ubah kedudukan kepada melutut, pegang bahu dan pandang mata adik. “Oh…adik nak roti sapu susu ye?” “Biasa susu tu ada kat mana?”
——
Perbualan berlanjutan, anak makin tenang dan mama offer anak suatu yang lain.
Well done mama!
Mama ni bijak. Lakukan tindakan yang sewajarnya. Makin faham lepas terbaca post Ibu ni.
Jika anda mempunyai anak yang suka mengamuk, menendang atau memukul bila dia tidak mendapat apa yang dia hendak…lihatlah ini sebagai satu petanda anak itu kuat kemahuan dan banyak yang dia hendak capai di dalam diri dia dan dia sudah mula belajar ‘express’ kemahuannya.
Apa yang kita ibu bapa perlu lakukan di sini ialah mengajar anak itu tanpa kekerasan berlebihan, tanpa ‘abusive’ dalam gerak cara dan tidak terus merasakan anak anda memang bermasalah. Anak itu tidak akan menjadi bermasalah jika cara mengendalikan amukan mereka ini betul.
Ketahuilah bila anak mengamuk, dia bukan degil atau bermasalah. Apa yang sebenarnya ialah anak ini belum tahu cara untuk dia ‘express’ kekecewaan, kemahuan, kesakitan, ketidak selesaan mereka dengan lebih selamat dan tenang…itu sebab cara kita menangani stress disebabkan oleh mereka juga sangat penting…bila mereka mengamuk…kita ibu bapa juga menjadi marah-marah dan menghukum keterlaluan, maka anak itu tidak boleh belajar bagaimana untuk mengendalikan semua yang disebut tadi.
Itulah sebab Ibu selalu memberi input mengenai perkara ini…harapan Ibu agar ramai yang akan menjadi lebih faham. Dan ini mengurangkan masalah dikemudian hari.
Ke mana hendak bawa anak cuti sekolah ini? Tak tahu aktiviti apa untuk anak-anak, apa kata mak ayah ke Home of Kids yang bakal diadakan di IOI Grand Convention Centre, IOI City Mall pada 26-29 Disember 2024 ini.