Beberapa minggu lalu Abby Abadi selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan walaupun belum cukup bulan berikutan beberapa komplikasi yang boleh membahayakan nyawanya dan bayi.
Disebabkan ingin menyelamatkan kedua-duanya bayi itu dilahirkan ketika berusia 24 minggu dan beratnya kurang daripada 600 gram.
Darah tinggi turun naik
Semalam, Abby Abadi telah menulis panjang lebar pengalamannya ketika terpaksa melahirkan juga anak yang dikandung berikutan mengalami tumpah darah semasa di hospital.
Perkongsian tersebut nyata benar-benar meninggalkan rasa sebak kepada netizen kerana ketika itu Abby sedang berdepan dengan pelbagai risiko berkaitan nyawanya serta bayi yang dikandung.
Anak terpaksa dibawa keluar
“Baby tepat2 24 minggu. Terpaksa keluarkan sebab pagi Jumaat 27/9 pukul 9am saya tumpah darah.”
Nak buat urine test tapi darah keluar melimpah
Tangan saya masuk hari ke-5 tu pun bengkak2 dah dua-dua sebab tak tahan sakit kena pam (sebab nak dapatkan bacaan BP) Setiap 15minit. lepastu bila ok, setiap 30minit.”
Tiba2 pukul 9am doktor datang untuk cek, nurse minta urine. Saya pergi toilet, nk tadah urine sekali ada darah. Darah melimpah.”
Sempat mesej suami maklumkan tumpah darah
Tengah sibuk2 dorang cek, Sy sempat whatsapp suami beri tahu tumpah darah. Suruh suami @jaiezzany datang sebab tiba2 doktor kata kena terus operate.”
Macam2 ada dalam kepala. Paling worst, saya takut saya padam terus sbb doktor ada beritahu salah satu risiko bacaan darah tinggi kalau tinggi sangat adalah kalau baby tak meninggal, maknya yang meninggal.”
Dalam sakit pun masih fikir soal anak2 & suami
Menerusi perkongsian yang dinyatakan oleh Abby itu, jelas sekali kerisauan yang mereka hadapi semasa waktu-waktu genting itu. Risiko yang perlu dihadapi oleh Abby dan bayinya benar-benar menyentuh hati.
Mereka juga memuji Abby kerana masih lagi memikirkan soal anak-anak dan suami andai kata ada perkara tidak baik terjadi kepadanya semasa proses kelahiran tersebut.
Masuk Minggu Ke-2 Danial Makin Kuat
Dalam perkongsian Abby mengenai keadaan baby Danial nampaknya perkembangan positif terus ditunjukkan setiap hari. Walaupun di awalnya banyak risiko menanti kuasa Allah hingga hari ini Danial kuat dan boleh bertahan.
Haritu pernah kritikal 90% bergantung pada machine kan? Lepas tu turun 65%. Hari niii dah turun lagi 50% . Berkat doa semua… Syukur
Terus mendoakan Baby Danial Sy ye. Kami sayang dia sangat! Dan saya tahu ada ramai juga sahabat-sahabat yang sayang pada Baby Danial kan walaupun tak pernah tengok.
Tadi jumpa Doc pun, dah lain dah cara Doc bercerita tentang Baby Danial . Kuat anakku sayang!
Sumber: ig abby abadi