Bersalin secara pembedahan kedengaran mengerikan kerana ramai bimbang tentang cara yang betul menjaga luka jahitannya. Untuk makluman anda, sebenarnya, luka pembedahan caesarean dan luka semasa bersalin normal, tidak jauh beza daripada segi rawatan dan penjagaannya.
Kedua jenis luka bersalin ini menyakitkan dan perlu dijaga dengan baik kerana terdapatnya risiko jangkitan kuman jika tidak dirawat dan dijaga dengan sempurna.
Lakukan pergerakan daripada awal
Menurut kajian, pergerakan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan major boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka. Malah, pada masa yang sama, ia turut mengurangkan risiko darah daripada menjadi beku.
Jarang sekali benang jahitan terbuka sekiranya anda bergerak. Walau bagaimanapun, dapatkan bantuan jururawat atau ahli keluarga apabila anda mahu bangun daripada katil atau bergerak selepas pembedahan. Malah, beberapa hari awal setelah kelahiran anda masih memerlukan bantuan untuk bergerak.
Ambil makanan berzat
Tubuh kehilangan bendalir, mineral dan protein semasa proses kelahiran. Jadi, anda perlu menggantikannya untuk kembali sembuh. Makan makanan yang mengandungi banyak protein seperti daging, ayam, ikan dan buah-buahan kerana ia kaya dengan mineral.
Sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin. Lobak merah mengandungi antioksidan berupaya membuang toksin dalam tubuh. Brokoli pula ada zat besi yang mampu meningkatkan tahap hemoglobin.
Ads
Minum air secukupnya
Air adalah agen pembuang toksin dalam tubuh. Kekurangan air boleh menyebabkan anda mengalami sembelit dan menyukarkan proses perkumuhan. Keadaan ini akan memberikan tekanan pada perut dan luka pembedahan yang boleh menyebabkan anda berasa sakit. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari tetapi diambil sedikit demi sedikit dalam satu-satu masa.
Ambil suplemen
Semasa pembedahan, anda kehilangan darah yang banyak iaitu dua hingga tiga kali lebih tinggi daripada ibu yang bersalin secara normal. Kehilangan darah ini menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh berkurangan lalu menyebabkan luka lambat sembuh.
Amalan memakan suplemen zat besi dan multivitamin dapat meningkatkan paras hemoglobin dalam tubuh dan seterusnya mempercepatkan proses pemulihan.
Makan pil penahan sakit
Sakit keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak. Dapatkan ubat penahan sakit yang secukupnya bagi memastikan anda berasa selesa dan lebih senang bergerak.
Ads
Menyusu susu ibu eksklusif
Menyusu susu ibu terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, tubuh akan mengeluarkan hormon oksitosin yang membantu proses pengecutan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah.
Terdapat posisi penyusuan khusus untuk ibu caesarean menyusukan anak. Jadi, pelajari dan praktikkan agar anda dan bayi sama-sama selesa sepanjang sesi penyusuan berlangsung.
Pastikan luka kering dan bersih
Untuk tempoh masa tertentu, biarkan luka terdedah kepada udara selepas anda mandi. Paling tidak pun, gunakan alat pengering rambut untuk mengeringkan bahagian berkenaan. Jangan sesekali menggaru luka atau menyapu sebarang jenis ubat tanpa mendapat saranan daripada doktor. Dibimbangi ia boleh menyebabkan risiko jangkitan kuman.
Memakai bengkung
Anda boleh menggunakan khusus untuk ibu bersalin caesarean jika mahu. Ia selamat dan digalakkan untuk digunakan bagi mengurangkan kesakitan di bahagian pembedahan terutamanya semasa batuk dan bersin.
Ads
Perut anda juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus. Ia juga menolong mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada tulang belakang.
Hindari aktiviti menyakitkan
Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh menimbulkan kesakitan. Jadi, cuba elakkan daripada melakukan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.
Elak ubatan tradisional
Tidak semua ubat tradisional selamat. Ada sesetengahnya boleh memberikan kesan sampingan seperti mengganggu proses pengecutan rahim dan boleh menjadi punca pendarahan faraj yang banyak. Ada pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang. Jika mahu mengamalkan ubat tradisional, dapatkan nasihat doktor dahulu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Melahirkan bayi pramatang sememangnya tidak diduga boleh berlaku. Namun ia tidak mustahil berlaku kepada ibu hamil. Ia boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Jadi tambahkan ilmu mengenali kelahiran pramatang ini.
Tanda-tanda kelahiran pramatang
Kelahiran pramatang berlaku kepada kandungan yang berusia 28 minggu ke 36 minggu. Jika usia kandungan anda adalah dalam lingkungan usia ini dan mempunyai tanda-tanda yang dinyatakan, ambil langkah untuk segera mendapatkan bantuan kecemasan. Tindakan anda mendapatkan bantuan perubatan dengan secepat mungkin membantu menyelamatkan anda dan masa depan si kecil.
Turun darah secara tiba-tiba
Rasa kekejangan pada bahagian perut atau cramp
Berlaku kontraksi secara tetap
Tahap-tahap kelahiran pramatang
Late preterm iaitu lahir antara minggu 34 ke minggu 36
Moderately preterm iaitu lahir antara minggu 31 ke minggu 34
Very preterm iaitu lahir sebelum mencecah usia 30 minggu
Extremely preterm iaitu lahir sebelum mencecah usia 28 minggu
Rawatan di hospital
Selepas mendapati terdapat tanda-tanda kemungkinan berlakunya kelahiran pramatang ini, ibu perlulah serta-merta ke hospital. Prosedur yang akan dilakukan kepada ibu yang bakal melahirkan kandungan pramatang semasa di hospital akan ditentukan bergantung kepada penyebab kelahiran pramatang. Ibu terbabit (pesakit) akan dimasukkan ke dalam wad dan doktor akan bertindak menyiasat punca kepada tanda-tanda kelahiran pramatang tersebut dan cuba untuk merawat penyebabnya (non active procedure) .
Menurut Dr Mohd Daud, cara bersalin normal atau pembedahan caeseraen bergantung kepada keadaan ibu dan bayi. Majoriti kes kelahiran pramatang, pihak perubatan akan cuba agar si ibu dapat melahirkan secara normal.
Ibu yang risiko tinggi menghadapi kelahiran pramatang?
Sejarah kelahiran pramatang sebelum ini.
Kelahiran kembar.
Jarak antara kehamilan kurang dari enam bulan.
Kehamilan disebabkan rawatan in vitro fertilization (IVF).
Ibu yang mempunyai masalah pada uterus, pangkal rahim atau plasenta.
Ibu yang merokok atau mengambil dadah.
Kekurangan nutrien semasa hamil.
Ibu yang tidak naik berat badan pada tahap sepatutnya semasa hamil .
Jangkitan kuman pada air ketuban dan vagina.
Ibu yang mengalami darah tinggi dan kencing manis yang kronik.
Berat badan kurang atau melebihi paras normal sebelum hamil.
Tekanan perasaan
Sejarah keguguran sebelum ini.
Mengalami kecederaan atau trauma.
Air ketuban yang banyak
Ibu yang mempunyai masalah fibroid
Nasihat Dr kepada ibu-ibu supaya sentiasa peka tentang kelahiran pramatang
Penting untuk ibu mengandung menjalani pemeriksaan antenatal mengikut jadual yang ditetapkan. Ibu –ibu yang mempunyai masalah kesihatan, perlu mengawal masalah kesihatan mereka terlebih dahulu sebelum merancang untuk hamil. Mereka boleh mengikuti kaunseling sebelum merancang untuk hamil.
Penyampai radio Hot FM, Haziq mengakui cemas apabila anak keduanya yang baru berusia 35 hari mengalami gejala batuk berkahak hingga menyukarkan penafasan.
Bagaimanapun Haziq atau nama sebenarnya Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni berkata, anaknya Chayra Auliya kini dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan sejak seminggu lalu.
“Dia mengalami batuk berkahak yang sangat teruk sehingga biru mukanya.
“Apabila di bawa ke hospital, doktor beritahu saluran dalamannya kecil hingga sukar untuk keluarkan kahak,” katanya.
Selain itu pengendali segmen Mega Hot itu berkata , semasa rawatan di hospital bayinya itu terpaksa dikuarantin di dalam bilik khas bagi mengelakkan jangkitan kuman.
“Pada mulanya kami hanya boleh melihat keadaan anak dari luar bilik kaca. Chayra perlu dikuarantin selama 24 jam untuk pemantauan rapi.
“Namun Alhamdulillah keadaannya semakin pulih dan dia mungkin dibenarkan pulang dalam masa terdekat,” katanya.
Sementara di posting terbaru instagramnnya, Haziq menyatakan anaknya dah mula menunjukkan perkembangan positif dan makin selesa menggerakkan badan serta tidur nyenyak.
Cuma batuknya masih ada dan nak tunggu benar-benar pulih mengambil sedikit masa kerana batuk kokol.
Haziq juga turut berkongsi kunjungan dari Ustaz Ebit Lew yang datang melawat Chayra di hospital.
“Masa lawatan Ustaz Ebit, beliau ada membacakan doa untuk anaknya dan bagi minum air selawat. Chayra pun nampak tenang je.
Semoga baby Charya cepat sembuh dan dijauhkan dari sebarang masalah serius. Biasalah bayi ni antibodi lemah dan mudah berjangkit dengan orang sekeliling.
Sumber: Mstar & Ig haziq_hotfm
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila dengar pengalaman ibu-ibu bersalin, ada suka ada duka ada seram ada serik, macam-macam perasaan timbul. Ada yang turut berkongsi pengalaman ketika vagina exam dilakukan, perasaan diseluk hanya si ibu yang merasa. Teringat doktor lakukan vaginal examination terus ibu-ibu terasa ngeri kan?
Vaginal examination bukan lah dilakukan suka-suka oleh doktor-doktor ini. Ada ibu yang tak faham dan tak tahu kenapa Vaginal examination dilakukan. Bagi ibu dan suami yang belum faham, boleh ikuti perkongsian dari doktor ini.
2 cm , 4 cm , 8 cm , 10 cm tu apa ?
Salah satu tanda ibu telah bersedia untuk bersalin adalah dengan melihat kepada pembukaan pintu rahim. Dalam keadan biasa pangkal rahim yang terletak di dalam vagina berada dalam keadaan tertutup dan tidak membuka. kadang-kadang ianya terbuka sikit untuk mereka yang pernah melahirkan banyak anak.
apabila sakit kontraksi bermula, pintu rahim ini menjadi semakin nipis dan perlahan-lahan akan membuka. Darah bercampur lendir dinamakan ‘show’ akan keluar dan ini dikenali sebagai tanda nak bersalin.
pangkal rahim ini akan membuka perlahan-lahan bermula dari 1 cm sehingga la diameter nya mencecah 10 cm sebelum ibu boleh meneran bayi keluar
bukaan pintu rahim ini ditentukan oleh Vaginal examination dilakukan oleh doktor atau jururawat perbidanan terlatih dengan memasukan jari ke dalam vagina sekaligus mengukur bukaan pintu rahim dengan jari sahaja.
Jangan panik…….
ramai ibu berasa takut dan gundah gulana memikirkan mengenai Vaginal examination, lebih-lebih lagi ibu yang takde pengalaman melahirkan.
relaks, bertenang, tarik nafas dan hembus secara perlahan-lahan. jangan keraskan badan, jangan kemut sekuat-kuatnya kerana pemeriksan akan menjadi sukar dan ibu akan berasa sakit.
selain memberitahu mengenai bukaan pintu rahim, vaginal examination juga akan memberitahu mengenai pintu rahim masih keras atau sudah bertambah lembut, kedudukan kepala bayi, selaput air mentuban masih ada atau tidak, terdapat uri atau tali pusat ketika pemeriksaan
maka, vaginal examination ni bukan suka-suka dilakukan, ianya penting untuk menilai sejauh mana proses kelahiran itu sudah sampai. di dalam dewan bersalin, ianya dilakukan setiap 4 jam, atau lebih awal jika doktor merasakan pemeriksan perlu diawalkan, bergantung kepada perkembangan proses kelahiran.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.