Tugas membesarkan anak sememangnya tak mudah. Mendidik anak dengan dua nakhoda kapal sudah terasa sukarnya inikan pula hanya seorang diri tanpa pasangan suami atau isteri yang menjadi penguat. Tak mudah!
Namun inilah yang dikongsikan Superdaddy, Encik Khairul Abdullah yang membesarkan sendirian tiga anaknya semenjak pemergian arwah isteri tercinta.
Bersempena Hari Wanita Sedunia yang baru berlalu, Superdaddy turut berkongsi kisah kegigihan dirinya dalam membesarkan anak juga perjuangan yang bukan sedikit dari wanita bergelar isteri dan ibu. Maka hargailah mereka selagi masih ada.
Paling penting tunjukkan rasa kasih dan sayang semahunya selagi masih berkesempatan. Inilah yang cuba dikongsikan oleh Superdaddy.
3 tahun lepas, hidup aku bertukar terus. Sekelip mata kena jadi bapa tunggal membesarkan 3 orang anak yang masih kecil. Tahun pertama, penuh dengan episod air mata.
Isteri meninggal itu takdir yang aku terima, tapi anak-anak kehilangan ibu ni adalah benda yang paling meruntun jiwa. Kau tahu betapa deritanya bila tengok wajah serta tangisan anak yang rindukan ibu dia? Umpama ratusan kaca menikam-nikam kat jantung but nothing you can do about it.
Lepas anak menangis, aku pujuk sampai tidur semuanya dan aku pula pergi menangis. It’s tough. Super duper tough.
Ads
Namun aku bersyukur sebab kematian itu sangat “menghidupkan” aku. Aku belajar banyak benda, aku tahu banyak perkara dan paling penting aku kuat besarkan anak-anak sampailah ke hari ini.
Sesekali bila anak-anak tidur begini, aku kenang balik waktu depa kecik dulu. How fragile they were, how different they were and how different I am back then.
Banyak benda yang aku rasa kalau masih boleh undur balik, aku akan buat sesungguh-sungguhnya. Aku akan sayang sesungguh-sungguhnya. Aku akan ambil berat dan aku akan bantu semahunya. Rasanya aku tak cukup membantu, tak cukup menyayang. Tapi, semua dah terlambat.
Kerja membesarkan anak-anak ni bukan kerja main-main. Perlukan superpower, perlu kuat fizikal dan paling penting perlu kuat mental. Kalau tak, memang koyak. Salute kepada semua mak-mak di seluruh dunia.
Sejak jadi ayah sepenuh masa, besarkan anak dari kecil sampailah dah besar gini seorang diri, baru aku tahu yang langit itu tinggi atau rendah.
Ads
Sesungguhnya menjadi ibu itu adalah satu tugas yang sangat berat dan memenatkan, fizikal dan juga mental. Tuhan cipta wanita ini dengan kekuatan luar biasa.
Namun depa juga manusia, ada limitation, perlu bantuan, perlu rehat, perlu me time, perlu bercuti, itu dan ini.
Jadi mohon semua anak-anak, bantulah ibu anda, mohon para suami, bantulah isteri anda. Sayangilah mereka sepenuhnya, bantulah mereka semahunya dan jagalah hati mereka, Selagi mereka masih ada.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kerajaan bersetuju secara dasar untuk mengetatkan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilonggarkan di bawah pelaksanaan PKP Pemulihan (PKPP).
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu diambil susulan kebimbangan peningkatan kes koronavirus (Covid-19) di negara ini dalam tempoh hampir seminggu ini.
“Secara dasarnya keputusan ini dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan PKP hari ini (25 Julai).
“Jawatankuasa teknikal akan berbincang esok untuk memperincikan SOP dan akan dibentangkan pada mesyuarat menteri-menteri Isnin ini,” katanya pada sidang akhbar perkembangan PKPP di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Beliau berkata, SOP untuk Hari Raya Aidiladha yang akan disambut 31 Julai ini juga akan dimuktamadkan dan diumumkan Isnin ini.
Ismail Sabri berkata, susulan beberapa kluster baharu dikesan membabitkan kru kapal, SOP berkaitan kumpulan terbabit akan turut diteliti.
“Polis akan memantau pematuhan SOP ketika sambutan Aidiladha sama seperti pada Aidilfitri lepas. Jika berlaku pelanggaran SOP, tangkapan dan tindakan dibuat terus di lapangan,” katanya.
Mengenai keperluan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sarawak berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19 di negeri itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan negeri akan membincangkan perkara tersebut dalam sehari dua ini.
“Keputusan (mesyuarat) akan dimaklumkan kepada pihak kerajaan (Persekutuan), (hasil mesyuarat) kita akan wartakan dalam Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).
“Kerajaan Sarawak mungkin akan perkenalkan SOP yang lebih ketat, insya-Allah akan umum Isnin nanti,” katanya. – Bernama
Kredit Gambar: Sinar Harian & Selangorkini
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tentu ramai ibu ayah lega walaupun anak-anak buat rumah bersepah. Ini gara-gara lepas baca pendapat beberapa pakar perkembangan kanak-kanak bahawa rumah bersepah adalah tanda anak-anak sedang aktif belajar dan bereksplorasi.
Mesti ramai ibu ayah yang mementingkan kebersihan dan kekemasan rumah walaupun ada anak kecil rasa keliru dan sedikit “kecil hati” dengan pendapat tersebut. Sebenarnya, tak perlu keliru atau salah anggap kerana rumah yang kemas juga tanda anda ibu ayah yang terbaik dan anak-anak juga boleh bereksplorasi banyak perkara.
Anda boleh baca pendapat Puan Uswatun Hasanah, Konsultan Tangisan Bayi tentang hal ini.
Bukan baru-baru ini saja kita mendengar slogan yang mengaitkan rumah yang bersepah itu tanda anak-anak bergembira.
Antara kata-kata yang sering diguna pakai untuk mempromosi hal ini ialah :
“Please excuse the mess,the children are making memories” (Maaf kerana keadaan bersepah, anak-anak sedang membuat memori)
“Good moms have: sticky floors, messy kitchen, laundry piles, dirty ovens and happy kids” (Ibu yang baik mempunyai: lantai yang melekit, dapur yang bersepah, baju kotor yang menimbun, ketuhar yang kotor dan anak- anak yang gembira).
Seriously? Benarkah anak-anak yang duduk di rumah yang kotor dan bersepah itu gembira?. Adakah keadaan bersepah dan kotor itu menggembirakan anak-anak? Bagaimana pula rumah yang kemas dan bersih itu membuat anak-anak tak gembira? Adakah anak-anak yang duduk di dalam rumah yang kemas adalah anak-anak yang tidak gembira? Adakah rumah yang kemas itu tanda anak yang tinggal di dalamnya tidak berpeluang bebas menjadi kanak-kanak: membuat sepah, menjadi kreatif, mengguna imaginasi dan meneroka?
Be careful mommy. Jangan cepat jadikan anak-anak sebagai alasan untuk mewajarkan tindakan kita.
Ada anak kecil memang kena kemas rumah je
Pepatah ada berkata, ” Cleaning the house while your kids are still growing is like shoveling the walk before it stops snowing” ( Membersihkan rumah ketika anak- anak masih lagi membesar ibarat mengaup salji di jalanan sebelum musim salji berakhir ).
Apa maksudnya? Sepanjang musim ‘winter’ , salji memang akan turun tanpa henti lalu menyebabkan jalan dilitupi salji setiap masa hingga menebal seiring masa. Namun, demi keselamatan dan kemudahan, kita tiada pilihan selain terus membersih dan mengaup salji dari atas jalanan walau kita tahu keadaan tidak akan berubah selama salji masih turun.
Sama halnya dengan anak-anak. Ya,fitrah anak itu bermain, meneroka, membuat onar dan bereksperimen. Ia tidak akan berhenti selama mereka bergelar anak kecil. Namun,adakah ia harus jadi alasan untuk kita membiar keadaan menjadi kotor teruk dan bersepah demi fitrah ini?
Mungkin ada yang berkata, “Buat apa nak kemas,nanti kejap lagi anak main semula, sepah jugak balik..” Wow..jadi adakah ok untuk kita berkata begini untuk hal-hal seperti di bawah ini pula ?
– Buat apa nak kemas katil, malam nanti nak tidur jugak.
– Buat apa nak kemas dapur, kejap lagi nak masak jugak
– Buat apa nak cuci baju, nanti pakai kotor jugak
– Buat apa nak sental toilet, memang selalu orang guna jugak
Come on..ada garis pemisahnya antara membuat alasan kerana malas dan kerana keadaaan memerlukan ia jadi begitu.
Selesai main kena kemas!
Bermainlah semahunya ketika anak mahu bermain: tuang keluar semua mainan dari kotaknya, taburkan semua krayon dan pensel untuk melukis, lompat-berlari-bersembunyilah di setiap ceruk rumah ketika bermain perang-perang, punggahlah semua bantal,kusyen dan sofa untuk bina kubu dan rumah ‘olok-olok’…silakan semuanya.
Namun,bila selesai bermain,ajarlah anak bahawa keadaan harus kembali kemas untuk rumah berfungsi. Rumah bukan semata-mata tempat untuk bermain dan bergembira,tetapi rumah juga tempat berkerja, belajar (mengulangkaji), beribadat,meraikan tetamu dan rakan (berkumpul) juga tempat menenangkan fikiran. Rumah harus jadi tempat paling mahu ditujui oleh semua ahlinya.
Benar, rumah yang bersepah atau kemas, bukan ukuran rasa gembira yang ada dalam hati penghuninya. Tetapi hakikatnya, ada banyak manfaat memiliki rumah yang kemas hingga tidak perlu lah seseorang sampai berhajat untuk memiliki rumah yang kotor! Rumah yang kemas lebih selesa untuk diduduki, mudah untuk mencari barang tanpa perlu banyak masa mencari di sebalik timbunan atau terpaksa membeli barang baru akibat tak berjumpa barang yang dicari, lebih menjamin kesihatan anak-anak serta melancarkan rutin harian dengan adanya pinggan, cawan ,baju dan pelbagai barangan guna harian yang bersih dan tersedia untuk digunakan.
Bukan tak boleh sepah langsung
Bukanlah bermaksud rumah harus setiap hari licin ke tahap tiada secalit habuk, berbau peluntur ibarat di steril semua sudut dan barang-barang tersusun dengan darjah dan turutan warna tertentu. TIDAK! Itu OCD namanya. Tak perlu menjadi OCD untuk jadi pengemas. Ini kena faham. Kalau tidak,ramai pula yang sarkastik dalam hal ini.
(Nota: harap faham bahawa kenyataan ini bukan untuk mempersenda penghidap OCD. Terma OCD diguna hanya untuk ‘membalas kembali’ dakwaan sebahagian orang yang menyangka bahawa ‘kemas’ yang disebut dalam hal ini bermaksud seperti ciri ketelitian OCD)
Tiada masalah untuk membiar pinggan mangkuk berlonggok di sinki hingga tengahari kerana anda mahu melayan anak bermain. Tiada masalah membiar baju sebesen tak berlipat hingga ke tengah minggu kerana menjaga anak-anak yang demam. Tiada masalah dapur dan tandas tak sempat di cuci hingga ke hujung minggu kerana terlalu banyak urusan kerja sekolah, projek Sains dan seni anak-anak yang harus dibantu.
Ini keadaan sementara yang dapat difahami. Ia menunjukkan seseorang itu tahu memberi fokus pada apa yang penting dahulu. Mencari ‘balance’ atau keseimbangan itu kuncinya. Ia lain benar dengan membuat alasan kerana malas dan tak ingin terlibat langsung atau tak mahu berfikir langsung untuk menyelesaikannya!.
Jangan jadikan anak kecik sebagai alasan
Lebih penting, anak-anak harus jadi sebahagian dari penyelesaian masalah, bukan sebahagian dari masalah semata-mata. Memiliki rumah yang kemas sementara memiliki anak kecil itu bukan sesuatu yang mustahil.
Menurut pakar, menjadi fitrah anak kecil untuk meniru dan merasa bangga dapat meniru kehebatan ibu bapa (atau orang dewasa) yang dekat dihatinya. Mereka juga mahu merasa ‘berguna’, menyumbang sesuatu kepada keluarga , merasa hebat dengan pencapaiannya hingga terasa dia itu memang sebahagian dari keluarga. Maka, amat normal kita melihat anak kecil sibuk-sibuk mahu menyapu rumah, sibuk-sibuk mahu mendodoi adik, sibuk-sibuk mahu mengelap meja, sibuk-sibuk mahu tolong masak dan macam-macam lagi. Jadi, raikanlah sikap anak kecil ini.
Anak seusia 2 – 3 tahun sudah boleh mengutip mainannya dan memasukkan ke dalam kotak, sudah boleh diminta menyusun kembali buku yang dibacanya, membuang lampin kotornya ke dalam bakul atau membantu memberi makan kepada binatang peliharaan.
Anak seusia 4-7 pula misalnya sudah boleh diminta mengemas katil (susun bantal dan lipat selimut), angkat pinggan dan cawan kotor, membuang sampah ringan, letak stoking dan baju kotor ke dalam mesin basuh,menyiram pokok malah menyusun barang dapur yang baru dibeli dari pasaraya.
Malah, anak- anak kecil sudah faham arahan dan penerangan ringkas untuk kita mula tetapkan batasan dan peraturan seperti menconteng hanya pada kertas atau dinding khas dibilik mainan sahaja, plastik makanan yang dibuka perlu dibuang sendiri ke dalam tong sampah,tangan yang kotor perlu dicuci sebelum bermain dan setiap kali mengguna tandas,ia harus di pam.
Ajak anak kemas rumah juga cara untuk bonding
Meluangkan masa berkualiti dengan anak-anak,bukan hanya dengan cara bermain sahaja. Melibatkan mereka membuat kerja rumah juga adalah satu darinya. Siapa kata, ia tidak boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan?.
Minta anak berlumba kutip semua barang di lantai sementara anda menyanyi lagu dan ia harus selesai sebelum nyanyian anda berakhir, atau minta anak kutip barang mengikut warna atau bentuk yang anda sebut ,atau buatlah pertandingan mengemas tentang siapa yang paling pantas dan elok pula hasilnya, atau ikut cara game online: bermain ikut tahap kesukaran.
Setiap anak diberikan senarai kerja yang perlu diselesaikan pada hari ini dan setiap kerja yang disempurnakan layak mendapat bintang. Jumlah bintang yang terkumpul akan mewakili jumlah ‘special playtime’ yang ibu harus luangkan dengan anak,atau boleh mewakili jumlah buku atau cerita yang anak ingin dengar sebelum tidur atau mewakili pilihan makanan atau tempat yang anak ingin pergi pada hujung minggu ini.
Tidak benar jika ada yang berpendapat rumah akan sentiasa bersepah selama anak belum besar. Malah, sebenarnya, kenyataan seperti itu hanya merendahkan kemampuan anak kecil: seolah-olah mereka adalah makhluk primitif yang tak boleh dibentuk dan tak faham sivik.
Pada akhirnya, melibatkan anak-anak dalam urusan kerja rumah mempunyai 5 manfaat besar berikut;
Anak merasa dia turut berfungsi dan penting untuk menyumbang kepada keluarga. Keluarga adalah satu pasukan penting.
2. Ibu bapa melengkapkan anak dengan kemahiran hidup yang diperlukannya sepanjang hayat. Bukankah ibu bapa tiada selamanya untuk anak?
3. Anak belajar tentang mengambil tanggungjawab. Anak perlu tahu bahawa jika semua orang bangkit memegang tanggungjawab, semua urusan menjadi ringan.
4. Anak belajar menilai dan menghargai kerja keras/susah. Anak perlu tahu, dalam hidupnya,ada orang yang bertungkus lumus memastikan dia dapat tinggal di tempat yang cukup selesa untuk dipanggil rumah,ada makan minum dan pakaian yang tersedia dan ianya satu komitmen yang tak harus diperlekeh.
5. Anak mencontohi sikap ibu ayah. Ia adalah pelajaran yang akan anak bawa dalam dirinya sampai bila-bila.
Ketika bercuti, ibulah orang yang paling sibuk menguruskan kelengkapan anak. Namun walau dalam sempurna persiapannya sebelum pulang, pasti ada sesuatu yang tercicir atau tertinggal. Inilah halnya yang berlaku kepada Dr Halina, yang berkongsi kisah anak keduanya, Sophea Natasha ketika bercuti baru-baru ini.
Menurut kata Dr Halina, ketika kejadian tertinggal baju itu, dia sibuk mengemas segala bag dan barang-barang lain untuk check out hotel dan tidak menyedari kelibat anak keduanya itu. Malah lupa menyimpan sepersalinan buat anak keduanya itu.
Perkongsian lucu Dr Halina sudah semestinya mencuit hati semua.
“Alkisahnya tadi, kitaorang nak check out dah from hotel. Maknya tengah sibuk-sibuk kemas bag, barang makanan baju-baju kotor, baju basah, nak make sure semua orang dah mandi sebelum balik KL, nak susukan yang kecik-kecik tu. So, bila dah habis packing we all mintak tolong hotel staff hantar lah bag kitorg yang kemain banyak tu turun bawah dulu.
“Yang tinggal mak punya bag je sebab mak punya bag tu dah jadi macam catch-all bag. Mana yang tak de kategori / tertinggal last minute tu semua masuk bag mak.. Hahaha.
“Tapi, maknya lupa ada lagi sorang anak (Tasha lah…) yang masih berendam dalam bathtub tak nak keluar. Dia diam je. Tiba-tiba dia keluar. Tapi bag semua dah hantar ke lobby. Yang tinggal, hanyalah baju mak dalam satu-satu bag yang masih ada dalam bilik.
“Kalau tak nak pakai baju tu, kena pakai telekung mak..hahaha. Pilih mana nak..
“Sebelum balik singgah kedai runcit beli aiskrim dulu. Van yang nampak bayang dari cermin kedai tu lah van pekerja Rebung yang kitorang pinjam.
“Lega rasanya dah rasanya dapat tengok laut. Alhamdulillah,” tulisnya berkongsi.
Namun menariknya walau dalam persalinan ibunya, si comel Tasha masih tetap ‘stylo’. Malah rata-rata wargamaya menyatakan ia sepadan dan sesuai dengan gaya Tasha.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah yang dilalui oleh wanita ini selepas hampir sembilan tahun membesarkan dua anak sebagai ibu tunggal, kehidupan...