Ibu bekerjaya yang memutuskan mahu menyusukan anak dengan susu ibu memerlukan pam payudara bagi membantu diri mengumpul perahan susu ibu dengan efisyen. Jadi, anda perlu dapatkan satu pam payudara yang sesuai dengan keperluan diri bagi mengosongkan payudara dengan efektif. Paling penting penggunaannya tidak akan mendatangkan kecederaan pada puting.

Masa kini terdapat banyak jenama, jenis, saiz dan harga pam payudara hingga membuatkan anda sukar memilih pam yang bersesuaian. Pemilihannya boleh menyebabkan kekeliruan. Jika hal ini berlaku, kaunselor atau pakar laktasi untuk maklumat lanjut. Biarpun begitu, ini adalah antara ciri pemilihan pam payudara yang perlu diberi perhatian.

Berfungsi auto-cycle

Pam jenis elektrik dan mempunyai fungsi auto-cycle lazimnya lebih selesa untuk digunakan. Pam jenis ini membolehkan anda mengawal sedutan dan cycle dengan menggunakan butang khas mengikut keselesaan sendiri.

Namun begitu, terdapat juga pam jenis yang lebih canggih di mana ia berupaya menukar fasa rangsangan untuk merangsang pancutan refleks (let down/milk ejection reflex). Jadi, anda boleh menukar mod pemerahan selepas pancutan refleks tercapai.

IKLAN

Tiru cara bayi menyusu

Pemilihan pam yang mempunyai ciri hisapan bayi ialah pam yang boleh mengepam  sekurang-kurangnya 25 hisapan dalam seminit atau kekuatan hisapan berkadar 200-240 mmHg. Pam susu yang paling berkesan akan mengeluarkan susu dengan baik dan secara langsung merangsangkan penghasilan susu. Ternyata pam susu yang mempunyai auto-cycle adalah terbukti lebih berkesan berbanding pam yang memerlukan anda sebarang butang untuk melepaskan hisapan.

Elakkan sedutan paling maksima

Punca kecederaan pada payudara adalah disebabkan oleh penyalahgunaan pam. Ramai yang beranggapan lebih kuat hisapan pam, ia adalah lebih baik. Namun hal ini tidak benar sama sekali. Oleh itu, elakkan daripada menggunakan sedutan paling maksima apabila menggunakan pam.

IKLAN

Kalau Tak Nak Payudara Cedera, Kena Pilih Pam Ikut Kesesuaian. Tip Ini Membantu

Ikut keperluan diri

Pam tunggal boleh memerah susu di sebelah payudara sahaja tetapi mengambil masa yang agak lama untuk mengepam. Walaupun begitu, pam jenis ini sesuai digunakan secara sambilan yang sesuai untuk ibu bekerjaya yang mengepam satu atau dua kali sehari. Manakalah pam berganda lebih efisyen untuk kegunaan ibu yang sibuk bekerja setiap hari kerana ia dapat merangsang kedua-dua belah payudara untuk penghasilan susu yang lebih baik.

IKLAN

Sesetengah pam payudara yang lebih mahal mempunyai ciri-ciri boleh laras yang mungkin bermanfaat, termasuk fungsi dua pam yang membolehkan anda untuk mengepam kedua payudara sekaligus, sedutan yang boleh dilaraskan untuk meniru corak hisapan bayi, jumlah sedutan yang tinggi dalam seminit dan tahap sedutan boleh laras.

Kalau Tak Nak Payudara Cedera, Kena Pilih Pam Ikut Kesesuaian. Tip Ini Membantu

Tidak seperti pam payudara manual, ia akan mengepam secara automatik sebaik sahaja corong diletakkan pada payudara, pada kadar yang telah ditetapkan. Ini mengelakkan anda daripada sakit tangan atau corak mengepam yang sukar dikekalkan.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI