Keibubapaan

Kalau Tak Pisah Tempat Tidur Anak Dari Awal, Sampai Besarlah Si Kecil Asyik Selinap Masuk Bilik Mak Ayah

Share

Anak-anak yang masih kecil memang selalunya akan tidur dalam bilik yang sama Bersama ibu dan ayah. Persoalannya bilakah waktu yang sesuai untuk mula asingkan tempat tidur anak-anak supaya mereka tak manja sangat dan boleh tidur sendiri tanpa mak ayah.

Perkongsian seorang wanita di Twitter tentang anaknya yang baru berusia 2 tahun lebih yang sudah tidur sendiri membuktikan bahawa si kecil sudah boleh diajar untuk tidur tanpa ibu ayah sejak awal. Azra Rahman menyatakan anaknya yang dikenali sebagai Mekca memang pada mulanya tak mahu tidur seorang kerana sudah terbiasa. Tapi apa yang dilakukan oleh Azra untuk pisahkan tempat tidur anaknya ternyata berkesan.

 

Hias bilik untuk dapatkan mood “bilik ini bilik Mekca”

Pendekatan Azra cukup menarik. Dia menghiaskan bilik si kecilnya cantik-cantik dengan perabot comel termasuklah meja kecil untuk anaknya membaca dan menulis. Bukan itu sahaja, malah Mekca ada almari sendiri untuk dia pilih baju yang akan dipakai olehnya. Kelengkapan lain seperti bakul baju kotor dan juga tempat penyimpanan permainan juga ada dalam bilik anak kecil ini yang fungsinya adalah untuk mendisiplinkan si kecil.

Teman Mekca sampai dia tidur

Menurut Azra juga di dalam bilik anaknya turut diletakkan sebuah tilam untuk dia atau suami menemankan anaknya sehingga tidur dengan aktiviti-aktiviti seperti menyanyi, ajar benda baru dan sebagainya. Setelah anak tidur barulah dia dan suami akan masuk ke bilik mereka untuk tidur.

Kerjasama dengan suami

Nak buat benda ni semua tentulah kena ada kerjasama dengan pasangan. Jelas Azra dia dan suami memang bekerjasama dalam menjayakan hal ini. Dengan pisahkan anak tidur dari awal juga, mama papa boleh tidur dengan selesa.

sumber: Azra Rahman

Published by
SAHR