Cara time out adalah satu teknik mendisiplinkan anak dengan memberi waktu bagi anak untuk merenungkan kesalahannya. Cara ini menarik perhatian ibu bapa dari terus mengangkat tangan atau membebel terlalu lama.

Namun ada sesetengah pakar berpendapat teknik time out ini ada yang berkesan dan bagi sesetengah kanak-kanak tak berapa berkesan.

Menurut Pensyarah Dan Pakar Psikiatri, Universiti Islam Antarabangsa, Dr Rozanizam Zakaria ada beberapa sebab kenapa time out tak berkesan pada anak kerana tak semua boleh ikut cara ini.

Tapi jangan risau sekiranya time out ini tak berkesan untuk anak, boleh buat 6 langkah alternatif pada time out.

Kalau Teknik Time Out Tak Berkesan, Alternatif Ini Boleh Disiplinkan Anak

Masa teori behaviourism dalam psikologi mula popular dulu, antara konsep yang selalu disentuh dalam parenting ialah reward and punishment, token and star chart serta time out.

Ads

3 tahun 3 minit, 4 tahun 4 minit dan seterusnya.

Ramai yang mencuba, dan ada yang beri feedback yang ia tak berkesan. Anak ‘enjoy’ time out, anak masih buat perangai, anak tak nak duduk, mak ayah stress tarik anak duduk naughty spot.

Makin berkembang ilmu tentang psikologi kanak-kanak, maka pendekatan kita juga berubah.

Pada saya, approach time out masih ada peranan, tapi ia hanya salah satu dari approach yang kita boleh guna. Konsep yang lebih berkesan bagi saya bukan sekadar menghukum, tapi mesti ada elemen emosi dan problem-solving.

Ads

Jadi cuba try

TIME OUT, CONNECT AND RESET.

Time out
CONNECT (guna 2/3 3R yang saya share dulu – regulate, relate)
RESET – Which basically means ajar anak

“Now, let’s do it again, but this time with better way”

Ads

Kalau Teknik Time Out Tak Berkesan, Alternatif Ini Boleh Disiplinkan Anak

Ini elemen yang penting, sebab kita nak dia belajar what is right dan bagaimana memperbetulkan keadaan.

Misalnya dia bergaduh dengan adik,
1. Beri amaran
2. Bagitahu apa yang sepayutnya (expectation)
Kalau tak jalan
3. Time out
4. Reconnect emotionally
5. Reset – “ok skrg nak buat apa, macam mana nak main semula baik-baik, apa kena buat dengan adik?”
6. Puji improvement

Memang jauh sikit jalannya, tapi outcomenya anak belajar bukan sekadar buang tabiat buruk, tapi bina tabiat positif dan bonding emotionally. 3 in 1.

Sumber: Dr Rozanizam Zakaria 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI