Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula pasangan suami isteri. Adatlah jika ada masanya bergaduh, ada masanya seperti pasangan baru bercinta. Rumah tangga ada pasang dan surutnya. Cuma kita sebagai pasangan haruslah memahami hati pasangan sendiri.
Jangan dibiarkan dia merajuk, marah dan sedih lama-lama. Ambil peluang, ketepikan ego dan pujuklah pasangan anda. Tak rugi kalau kita pujuk pasangan sendiri, rumah tangga pun lebih aman kan seperti perkongsian ini.
Kalau kita nampak isteri kita tengah naik marah, tengah membebel, tengah merapu, tengah menjerit, tengah naik angin…..
Tak payah buat benda lain. Jangan tanya. Jangan tegur. Jangan tazkirah. Lebih-ii lagi, jangan marah dia semula.
Ambil apa saja yang ada di tangan dia, letakkan di tepi. Pimpin tangan dia, bawa di satu sudut. Peluk dia kuat-ii Tak payah cakap. Tak perlu pujuk. Cukup dengan peluk.
Dia mungkin menjerit dan marah. Nampak macam tenaga dia banyak sangat. Tapi saat itu sebenarnya dia berada di takah emosi yang paling lemah.
Kalau ada orang peluk dia waktu ni….
Dia boleh menangis teresak-esak.
Dia boleh mengadu tersedu-sedu.
Tobat lahum.
Dia taknak jadi begitu.
Dia nak jadi anak yang baik.
Dia nak jadi isteri yang solehah.
Dia nak jadi ibu paling sempurna di dunia.
Pelukan itu cukup membuatkan dia faham bahawa suami memahami.
Isteri bukan terlahir sebagai orang yang marah-ii dan suka marah. Kalau dia memang jenis baran, dari dulu pun suami takkan berkenan.
Bukan dia dari awal kenal pun jenis yang kokak kepala pekerja kedai kalau makanan lambat sampai. Tidak.
Jangan biarkan dia sendirian memujuk rasa. Perjalanan rumahtangga adalah perjalanan syurga. Tapi perjalanan ini tak semudah yang kita semua sangka. Sokonglah dia sepenuh jiwa.
Kredit: Siti Suryani Yaakop
Foto: Freepik
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)