“Kalau Terlepas Pandang Jadi Apa?..”-Jihan Muse Enggan Terlalu Sibuk Bekerja Sehingga Terlepas Detik Anak-Anak Membesar

Share

Lumrah seorang ibu bekerjaya apabila risau terlepas momen-momen penting anak membesar ketika terlalu sibuk bekerja. Begitu juga dengan Jihan Muse yang dilihat jarang beraksi di kaca televisyen dan lebih menumpukan perhatian pada anak-anak dan keluarga semenjak kelahiran anak kedua.

Pengacara Jihan Muse, 39, enggan terlepas setiap detik dua anaknya Ungku Arsalan Haq, 5 dan Ungku Altamis Barr yang berusia lapan bulan membesar di depan matanya.

 

Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa berkata, dia dan suami Ungku Hariz Faizal, 38, mengambil pelajaran daripada rakan artis senior yang terlepas  pandang dan kerugian masa dalam menjaga anak akibat terlalu sibuk.

“Ada artis-artis senior yang saya rapay pernah bercerita mereka rugi masa terlepas detik anak-anak membesar. Jadi kami ambil perkara itu sebagai pengajaran” 

Tambahnya lagi, dia merasa khawatir dengan anak-anaknya sekiranya dia terlepas pandang. “Sekurang-kurangnya, suami saya cakap, kalau dia jadi buruk ke baik, dia depan mata,” katanya.

Dalam pada masa yang sama, Jihan juga ingin mencabar dirinya agar mampu menggalas tanggungjawab menguruskan rumah tangga sebagaimana dia cekap dalam kerjayanya.

“Saya lebih kepada nak cabar diri. Saya boleh kerja depan beribu orang, tak ada masalah untuk saya. Tapi kalau kat rumah, saya tak berapa hebat. Saya rasa saya hebat dengan kerjaya tapi sebagai isteri dan ibu, tak berapa hebat.

Bagi suami isteri ini tidak mudah sebenarnya untuk membesarkan anak dan bekerja tanpa pembantu. Menurut Jihan, mereka bergilir-gilir menjaga anak tanpa pembantu sejak dari anak pertama.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Sekadar info, Jihan Muse dan Ungku Hariz telah mendirikan rumahtangga pada Mac 2016 setelah 9 tahun bercinta. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang putera iaitu Ungku Arsalan Haq dan Ungku Altamis Barr.

Sumber: Hmetro

Published by
Humaira