“Kalau Tiada Kesabaran Yang Tinggi, Jangan Jadi Pengasuh..”-Luah Dayana Roza

Share

Sejak kebelakangan ini makin banyak lambakan kes dera kanak-kanak, samada di rumah mahupun di Taska. Sampai bila kita perlu hadap kes dera anak? Luluh hati seorang ibu dan ayah bila dengar kes dera ini seperti tiada surutnya. Tak terbayang kalau anak sendiri yang kena.

Paling meruntun jiwa apabila ada kanak-kanak dan bayi yang meninggal dunia didera oleh pengasuh. Di manakah nilai perikemanusiaan? Semalam, satu video seorang kanak-kanak dicubit dan dihempuk tular di media sosial, seorang pengasuh pusat jagaan kanak-kanak di Bandar Sri Permaisuri Kuala Lumpur telah ditahan. Mangsa berusia dua tahun. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin memberi kenyataan, siasatan  dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.” –MSTAR

Menyoroti kes-kes penderaan yang makin menjadi-jadi, pelakon wanita iaitu Dayana Roza yang kini bakal menimang cahaya mata kedua telah memberi respon dan luahkan rasa kecewa berkenaan kes ini.

“Kalau tiada kesabaran yang tinggi, jangan jadi pengasuh..”

“Saya geram la..”

“Kalau normal, takkan aniaya kanak-kanak..” 

 

@pama.my Dayana Roza luah pendapat mengenai isu semasa. Setuju tak dengan Dayana? Anak sendiri pun kita jaga betul betul inikan pula anak orang 🥹🥲 #fyp #children #taska #dayanaroza #majalahpama #isusemasa ♬ Chill Vibes – Tollan Kim

Ada yang setuju? Semoga tiada anak-anak kita dijauhkan dari manusia-manusia yang tiada perikemanusiaan.

Published by
Humaira