Jatuh adalah antara kemalangan kanak-kanak di rumah yang paling sering berlaku di Malaysia. Kanak-kanak berumur 1 hingga 4 tahun lebih cenderung untuk cedera akibat jatuh. Mereka lebih berisiko disebabkan oleh tahap perkembangan dan keadaan persekitaran mereka.
Jatuh boleh berlaku dimana-mana sahaja:
Dalam rumah. Contohnya jatuh dari :
-Perabot
-Tangga
-Beranda
-‘Baby walker’
-Di kawasan luar rumah. Contohnya :
-Di padang permainan.
-Semasa menggunakan alat-alat permainan.
Kecederaan akibat jatuh
Akibat jatuh, kanak-kanak akan mengalami pelbagai jenis kecederaan seperti berikut:
-Tisu lembut – calar, terseliuh, luka dan melecek.
-Patah – bengkak, sakit dan cacat anggota.
-Kepala – bengkak kepala, berdarah di telinga, hidung dan mulut, mengantuk, muntah, sawan dan pengsan.
-Kecederaan organ dalaman.
Ads
Kesan serius akibat jatuh
-Kecederaan otak yang kekal, menyebabkan tulang patah dan tumbesaran terbantut.
-Kecederaan serius boleh menyebabkan kerosakan organ yang kekal atau kematian.
Rawatan
Rawatan yang diperlukan bergantung kepada jenis dan keterukan kecederaan.
Ads
Jika kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan kecil misalnya calar dan terseliuh, tekap kawasan cedera dengan air batu. Berikan anak anda ubat penahan sakit (sirap paracetamol) untuk mengurangkan kesakitan. Rehatkan anggota yang tercedera.
Jika anak anda mendapat luka, cuci dengan air, tekap kawasan cedera dengan ibu jari anda beberapa minit untuk memberhentikan darah mengalir dan rehatkan anggota yang tercedera. Balut dengan kain bersih.
Jika anda mengesyaki tulang anak anda patah, balutkan dengan selimut, kain yang tebal atau bantal untuk menghalang pergerakkan. Gunakan kain untuk mengampu tulang yang patah dibahagian tangan dan lengan.
Periksa kawasan balutan untuk pastikan pergerakan darah yang normal. Jika kulit menjadi sejuk atau berubah warna, longgarkan balutan.
Ads
Jika anda mengesyaki anak anda cedera serius, sila dapatkan bantuan doktor.
Pencegahan
Kebanyakan kemalangan terjatuh boleh dicegah. Terdapat langkah-langkah untuk mencegahnya :
Tangga
-Pagarkan anak tangga bawah dan atas dan pintu rumah.
-Pastikan semua tangga diterangi cahaya lampu.
-Pastikan anak tidak dibiarkan berseorangan di tingkat atas, beranda atau di tempat yang tinggi.
Tahniah diucapkan buat penyanyi, Yonnyboi dan isteri yang selamat menimang cahaya mata sulung mereka semalam.
Yonniboi yang menimang seorang cahaya mata lelaki itu menyampaikan perkhabaran gembira itu menerusi Instagramnya. Beberapa keping gambar turut dikongsikannya.
Bayi comel kesayangan Yonniboi dan isteri ini juga rupanya sudah diberikan nama yang indah dan comel itu, Kairo.
“Welcome to this world boii,” tulisnya ringkas.
Bayi lelaki seberat 3kg itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya sekitar jam 4 pagi.
Isteri kesayangan Yonniboi, Nik Nazira Narriman juga turut meluahkan perasaan teruja selepas bergelar ibu.
“Macam tak percaya dah jadi ibu sekarang. Syukur saya dan bayi kami dalam keadaan yang sihat.
“Selepas bersalin saya asyik tengok wajah anak sahaja. Satu perasaan yang berbeza buat kami berdua,” katanya berkongsi.
Berkongsi cerita ketika detik melahirkan, akui Nazira, dia sememangnya tidak merasa sakit malah sempat menonton filem Barbie bersama suami pada malam itu.
“Saya memang tak rasa sakit nak bersalin. Apabila tiba di hospital bukaan sudah besar dan bayi dilahirkan secara normal.
“Mungkin baby nak beri peluang ibu nak melaram dulu sebelum bersalin,” selorohnya lagi.
Terdahulu, Yonniboi dan isteri mendirikan rumahtangga pada 20 November 2021.
Ibu mana yang tak sedih anak yang dikandung cukup bulan dan ketika dilahirkan mengalami komplikasi kerana lemas sehingga perlu di vakum untuk menyelamatkan nyawanya disahkan pula mengalami masalah lain pula.
Bagi Puan Nurfharah Farhana Hashimi, kehadiran Nur Damia Adriana bt Mohd Norhazriq yang dilahirkan dengan berat 3.42 kilogram itu ditunggu oleh semua ahli keluarga. Namun nasib tak menyebelahi Damia kerana selepas lahir Damia terus diberikan morphin dan bernafas menggunakan bantuan mesin. Morphine diberi supaya bila dia sedar, dia tak melawan dengan mesin.
Bagaimanapun, ketika damia dirawat di NICU doktor memberitahu kami yang tangan kiri Damia ada masalah tapi belum dapat disahkan lagi pada masa itu.
Cuma doktor sarankan kena pakai splint dan fisioterapi juga datang di NICU untuk tunjuk cara rangsang tangan kirinya waktu itu.
Lebih kurang 3 minggu semasa temujanji dengan doktor baru disahkan Damia Erbs Palsy. Erbs Palsy ini kecederaan pada saraf.
Awal 6 bulan memang pergerakan tangan kiri Damia sangat terhad dan ketika usianya dalam 3 bulan memang lembik dan tak boleh diangkat.
Perlu lakukan fisioterapi sepanjang hidup
Sebagai ibu saya rasa macam tak adil semua ini ditanggung oleh Damia dan kami suami isteri bertekad cara rawatan terbaik untuknya.
Kini alhamdulillah walaupun dia tak boleh pulih 100 peratus, tapi perkembangan yang ditunjukkan Damia sekarang ni buat kami lebih bersyukur pada Allah.
Damia dah boleh guna sepenuhnya tangan kiri dia walaupun caranya sedikit berbeza dan yerhad berbanding kanak-kanak lain.
Menurut Nurfharah kesedaran Erbs Palsy ni sangat kurang di Malaysia berbanding masalah autism, sindrom down atau cerebral palsy.
Sebenarnya jika diikutkan kecederaan ini boleh dielak. Jika dapat rawatan awal insya-Allah boleh dibantu Cuma anak-anak kyang Erbs Palsy ni mereka perlu melakukan fisoterapi sepanjang hidup mereka.
Luahan hati abah Damia sempena hari lahirnya
4 tahun lepas 7/5/2015, detik paling mendebarkan utk abah dan mama. 10.15am – Nur Damia Adriana selamat dilahirkan tapi ada komplikasi, damia tak bernafas. Seminggu dalam NICU, bernafas dgn bantuan mesin. Tiada suara tangisan! Yang ada suara tangisan mama damia ?. Bermulalah episod berulang alik ke hospital. Hari ke 8, mama call abah bgtau damia dah start menangis. Laju abah datang dari office. ALHAMDULILAH
Kelegaan abah dan mama tak lama. Doktor bgtau collarbone mia retak (clavicle fracture) dan utk baby tulang tu akan bercantum sendiri dgn cepat. Dan tangan kiri damia ada masalah tapi doc tak diagnosed apa-apa lagi pada masa tu. Doktor suruh rajin usap tangan anak dan beri masa utk heal sendiri.
Damia dibenarkan pulang, kami bawa damia balik dengan hati yang berat. Sorry damia, abah dan mama bukan tak happy tapi kami terlalu kusut, risau, takut!
Next appointment, doktor diagnose damia LEFT ERBS PALSY (kecederaan saraf pada tangan kiri). Doktor kata kesembuhan saraf ni lambat dan bergantung pada tahap kecederaan. Doktor suruh tunggu sampai umur damia 6 bulan, dan hanya fisioterapi sahaja rawatan yang damia perlukan masa tu. Nangis lagi mama awak ?
Tak pernah sehari pon kami tak fikir pasal tangan damia, terlalu fokus tangan dia sampai lupa perhatian lain yang damia perlukan ? hari-hari kami google pasal ERBS PALSY, tak pernah dengar pon sebelum ni. Mama awak sampai dah ada ramai kawan dekat oversea tau sebab nak cari parents yang anak dorg sama mcm damia. ALHAMDULILAH mama jumpa support team yg baik dan sudi share maklumat.
Mana saja kami dengar tempat fisio ke urut ke yg bagus kami akan bawa damia. Dari physiotherapist, ustaz, atok tukang urut semua kami pegi bawa damia. Macam-macam minyak sapu dekat tangan damia, asal baca dan orang rekemen bagus utk saraf je terus pergi cari. Sampai melepur la tgn damia, sampai kene refer doc kulit. ALLAH sorry damia sayang.
Sekecil-kecil progress tangan damia pon dah cukup buat abah dan mama happy. Dari appointment fisio 2 minggu sekali ke sebulan sekali dan sekarang sudah 4 bulan sekali. Appointment doktor pakar tangan dari sebulan sekali, dah 6 bulan sekali sekarang. ALHAMDULILAH
Percayalah damia, mama dan abah dah berusaha sehabis baik yang kami mampu dan kami takkan pernah berhenti berusaha utk beri yg terbaik untuk damia!
Setiap dari kita pasti ada rezeki dan ujian masing masing. Terima kasih ya Allah kerana jentik hati kami untuk merasa manis ujian-MU. Semoga kami dapat jaga amanah ini dengan baik.
Kini damia sudah membesar bagaikan seorang juara???. Happy 4th birthday NUR DAMIA ADRIANA!!??
Ikhlas daripada abah utk tatapan damia besar nanti, Hazriq Hassan
Sumber: FB Hazriq Hassan & Fara Farhana
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Waktu susukan anak, kadang-kadang kita suka tengok telefon. Sambil anak menyusu, kita akan scroll tengok media sosial. Rupa-rupanya tabiat memberi susu kepada anak sambil bermain dengan telefon pintar boleh membahayakan mereka. Eh, macam mana tu?
Ibu yang menggunakan telefon pintar semasa menyusu boleh menyebabkan kemudaratan jangka panjang kepada bayi mereka. Menurut pakar, ibu-ibu baru bukan sahaja hilang petunjuk-petunjuk yang tidak ketara tentang kesejahteraan anak mereka, tetapi mereka juga tidak ada hubungan mata dengan si kecil yang boleh menjurus kepada isu jangka panjang lain.
BONDING SEMASA MENYUSU
Dr. Kateyune Kaeni, pakar psikologi kesihatan mental keibuan yang bertugas di Pomona Valley Medical Center berkata, hubungan mata amat penting dalam pembinaan hubungan selamat antara ibu dan bayi.
Menurutnya, “Bila bayi lahir, penglihatan mereka secara asasnya hanya dari dada ke muka ibu. Itu jarak paling jauh mereka boleh lihat. Jadi bayi banyak merenung dan bonding dengan cara itu.”
“Jika bayi cuba untuk berhubungan dengan anda melalui bunyi bising atau senyuman yang dibuat tetapi tidak berjaya dan mencuba beberapa kali dan akhirnya si kecil belajar yang mereka tidak boleh bergantung pada anda untuk memberi respon. Ini boleh berisiko menjadikan bayi sama ada seorang yang tidak sabar dan asyik nak melekat pada anda atau rasa tak selamat hingga nak melekat sahaja dan akan meningkatkan tingkah laku mereka sehingga anda memberi perhatian.”
Tambahnya lagi, gangguan seperti sebuah telefon pintar boleh menyebabkan ibu hilang petunjuk yang bayi sudah “kenyang atau masih lapar atau lekapan mereka tidak selamat atau sekiranya mereka ada masalah menelan”.
Terry Bretscher, jururawat yang bertugas dengan Dr Kaeni berkata kebanyakan ibu muda selalunya lebih asyik memeriksa mesej telefon pintar berbanding menyusukan bayi mereka.
“Anda bantu bayi melekap pada ibu mereka dan boleh lihat telefon si ibu asyik berbunyi. Mereka nampak waspada dan anda boleh nampak mata mereka asyik bergerak ke bawah dan melihat ke arah telefon.
Kadang-kala mereka lebih sibuk menjawab telefon. Ia memang sukar untuk membina ikatan atau bercakap-cakap dengan bayi anda bila ibu sentiasa sibuk melayan telefon pintar sahaja!”
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.