Ada kajian yang menyebut, kanak-kanak yang mempunyai gangguan hiperaktif kekurangan perhatian (ADHD) mempunyai tulisan tangan tidak cantik. Apakah yang sebenarnya menyebabkan tulisan tidak cantik ini?
Apakah yang dimaksudkan dengan ADHD?
Gangguan hiperaktif kekurangan perhatian atau ringkasnya ADHD adalah sejenis masalah kesihatan mental yang boleh menyebabkan tingkah laku hiperaktif dan impulsif yang melebihi tahap normal.
Mereka yang mempunyai ADHD juga mungkin menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian pada satu-satu tugas atau tidak boleh duduk diam untuk jangka masa yang panjang.
Kedua-dua orang dewasa dan kanak-kanak boleh menghidap ADHD. Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), peratusan kanak-kanak yang menghidap ADHD semakin meningkat pada masa sekarang.
Terdapat banyak tanda dan gejala ADHD yang boleh berlaku. Ada yang mungkin agak tersembunyi, malah ada juga simptom yang sangat jelas kelihatan.
Sebagai contoh, jika anak anda mempunyai kemahiran tingkah laku yang lemah, kesukaran akademik, atau masalah dengan kemahiran motor, ia mungkin merupakan antara tanda bahawa mereka menghidap ADHD.
Tulisan tangan yang lemah atau agak buruk juga dikaitkan dengan tanda-tanda ADHD.
Bolehkah ADHD menjejaskan tulisan tangan anak anda?
Berdasarkan artikel yang diterbitkan dalam jurnal Learning Disabilities Research and Practice, terdapat banyak kajian sebelum ini yang telah mengaitkan antara ADHD dengan tulisan tangan yang boleh dikatakan sebagai tulisan buruk.
Tulisan buruk ini mungkin melambangkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai ADHD mengalami kemahiran motor yang terjejas.
Kemahiran motor adalah kemampuan seseorang kanak-kanak itu untuk membuat pergerakan dengan tubuh badan mereka.
Ads
Kemahiran motor kasar adalah melibatkan pergerakan besar, seperti berlari. Manakala kemahiran motor halus pula adalah pergerakan yang kecil seperti menulis.
Kajian yang diterbitkan itu menyatakan bahawa, separuh daripada keseluruhan kanak-kanak yang mengalami ADHD mempunyai masalah dengan kedua-dua kemahiran motor kasar dan juga halus.
Sekiranya anak anda mempunyai masalah dengan kemahiran motor halus, seperti pergerakan tersentak dan kawalan tangan yang lemah, ini akan menyukarkan mereka untuk menulis dengan cepat dan jelas.
Tulisan tangan yang kurang cantik boleh buatkan anak anda hilang keyakinan di sekolah
Akibat daripada hal ini, guru di sekolah mungkin melabelkan kerja mereka sebagai satu kerja yang comot atau tidak kemas.
Rakan-rakannya yang lain juga mungkin akan mengejek mereka terutamanya jika melibatkan kerja berkumpulan.
Pengalaman seperti ini mungkin akan menimbulkan perasaan kecewa dan rendah diri, yang boleh memberi kesan negatif terhadap prestasi anak anda di sekolah dan di kawasan lain.
Selain itu, mereka mungkin mula mengelak daripada melakukan tugasan yang memerlukan banyak tulisan tangan.
Ads
Sekiranya anak anda mengalami banyak masalah dengan tulisan tangan mereka, bawalah si kecil untuk berjumpa dengan pakar psikiatri.
Ini mungkin merupakan tanda ADHD atau gangguan lain.
Sekiranya anak anda telah didiagnosis dengan ADHD, tanyakan kepada pakar psikiatri mengenai strategi rawatan danat m latihan yang mungkin dapembantu mereka menulis dengan lebih mudah dan jelas.
Bolehkah tulisan tangan yang buruk akibat ADHD ini dirawat?
Sekiranya anak anda didiagnosis mempunyai ADHD, pakar psikiatri biasanya akan mengesyorkan rancangan rawatan.
Ia mungkin melibatkan kombinasi obat, terapi tingkah laku, kaunseling, dan perubahan gaya hidup.
Beberapa rawatan dapat membantu meningkatkan kemahiran menulis tangan mereka, serta gejala ADHD yang lain.
Ads
Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Attention Disorders menunjukkan, ubat perangsang mungkin dapat membantu meningkatkan tulisan tangan yang lebih baik dan cepat dalam kalangan kanak-kanak ADHD.
Tetapi kajian turut menyatakan bahawa pengambilan ubat sahaja tidak mencukupi. Kanak-kanak yang mempunyai tulisan tangan yang lemah pada awal kajian terus mengalami masalah yang sama pada akhirnya.
Dengan kata lain, tulisan tangan mereka menjadi lebih baik melalui pengambilan ubat-ubatan, tetapi masih ada ruang untuk mereka memperbaikinya.
Satu lagi kajian dalam jurnal CNS & Neurological Disorders telah mengkaji kesan ubat-ubatan dan latihan kemahiran motor pada kanak-kanak dengan ADHD.
Kanak-kanak yang mendapat latihan kemahiran motor sahaja, atau bersama dengan ubat-ubatan, menunjukkan peningkatan dalam kemahiran motor kasar dan halus mereka.
Sebaliknya, mereka yang menerima ubat sahaja tidak menunjukkan sebarang perubahan.
Latihan kemahiran motor khas, dengan atau tanpa ubat, dapat membantu anak anda mengembangkan kemahiran tulisan tangan yang lebih baik.
Kesimpulan
Jika anak anda mempunyai tulisan tangan yang boleh dianggap sebagai tulisan buruk, bawa mereka untuk berjumpa pakar psikiatri untuk memastikan sama ada mereka mempunyai gangguan ADHD atau tidak.
Bulan Ramadan masa untuk menyediakan masakan berbuka pendek bagi ibu-ibu bekerja. Idea diutarakan ibu ini boleh menjimatkan masa.Anak & suami juga gembira makan air tangan ibu.
Menyediakan sajian keluarga sendiri memberikan kepuasan, lebih terjamin kebersihan & bahan-bahannya. Malah ramai ibu yang bercita-cita tidak mahu ke pasar ramadan saban tahun, jom realisasikan tahun ini.
Perkongsian Puan Noj Nojj ini boleh diapliksan buat ibu sama ada yang bekerja atau yang sentiasa sibuk. Kebanyakan sajian yang disediakannya ialah berbentuk lauk berkuah yang menyelerakan seperti kari ayam, masak lemak ayam dan sebagainya. Kekangan masa untuk menyediakan sajian berbuka untuk anak-anak dan ahli keluarga kini tidak menjadi alasan.
Setiap lauk pauk yang dimasak dibekukan di bahagian sejuk beku peti sejuk. Apabila tiba masa disajikan, lauk akan dipanaskan terlebih dahulu. Total masa ibu ini habiskan di dapur hanya 15 minit setiap petang tatkala menjelang waktu berbuka. Berikut perkongsiannya;
Yang atas tu buat minggu lepas.. Yang bawah buat semalam. Sambal pun dah siap dua balang.. Sambal kicap nanti nak makan perah limau kasturi je.. Sambal hitam yg dlm bekas kecik tu nanti masa nak makan letak atas nasik yg tgh ‘keep warm’.. Sambal hitam mak buat, tak berapa hitam sgt sebab mak guna belimbing fresh rebus sendiri. timekasih mak antar sambal utk perantau huhuh
BALIK KERJA HANYA 15 MINIT DIDAPUR
nanti balik keje masak sayur + telo dadar.. panaskan lauk ni je. 15min je masa diperuntukkan utk duduk di dapur nanti heheh
SIBUK SEBAGAI PEKERJA, PELAJAR, BAKER & PENJUAL ATAS TALIAN
Ibu ini juga mengakui kehidupannya sangat sibuk setiap hari. “Life saya sangat sibuk.. yg ade dalam contact whatsapp sy tiap2 ari boleh nampak sy tido 3-4jam je sehari… – 8am-5pm fulltime kt ofis – part time student – part time baker – part time online seller
SUDAH BERTAHUN TIDAK KE BAZAR RAMADAN Ini lah cara saya menjaga bab-bab makan untuk suami dan anak-anak yang langsung tak cerewet. Dah bertahun-tahun tak pernah jejak kaki ke bazar ramadhan. Makan luar jarang sekali ?
Apa pun syukur pada Allah suami sangat memahami isteri dia yang sibuk macam YB dan malam-malan macam zombie, tak tau mana siang mana malam.
Sebelum ini heboh cerita mengenai penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein menuntut wang perbelanjaan raya untuk anaknya, Putri Sara Sefhia dari bekas suaminya Azmi Hatta.
Selepas tuntutan yang dibuat oleh Elly Mazlein itu, ramai netizen mengecam tindakan Azmi hingga ada yang tak berpuas hati kerana mengabaikan tanggungjawabnya pada anak sendiri.
Bagaimanapun, semalam Elly Mazlein telah memuatnaik satu posting di instagram dengan meluahkan rasa syukur apabila bekas suaminya telah berkunjung ke kediamannya bagi menziarahi anak mereka Putri Sara Sefhia yang kini berusia dua tahun.
Mengakui pertemuan ini adalah suatu perubahan yang baik demi masa depan anaknya, Elly berharap hubungan ini akan dapat terus dikekalkan sampai bila-bila.
“Alhamdulillah, pertemuan yang indah dua beranak, Sefhia dan daddy Azmi Hatta.
“Tiada yang indah selain kebahagiaan buat si kecil. Moga kita yang serba kekurangan ini mampu berubah ke arah kebaikan untuk nyawa yang kita sayang,” tulisnya.
Selain itu, Elly turut mengucapkan terima kasih kepada Azmi dan isterinya pelakon Faye Kusairi.
“Terima kasih daddy (Azmi) dan mommy Faye Kusairi,” katanya.
Rata-rata pengikut mengucapkan syukur dan meminta kedua-dua pihak untuk berbaik demi anak mereka.
“Ada yang mengharapkan semoga pertemuan ini memberi sinar baru buat Elly dan Azmi. Jagalah hubungan ini sebaiknya agar anak terus dapat kasih sayang dari mommy dan daddynya.
“Alhamdulillah, buang yang keruh ambil yang jernih, semoga hubungan keluarga Elly bersatu demi anak, berbaiklah untuk pembesaran Sefhia,” ujar netizen.
Kemelut hubungan Elly dan bekas suaminya menjadi hangat selepas pasangan itu bercerai dan dia mendakwa Azmi tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dengan sepatutnya.
Sebelum ini Elly berkahwin dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014 tetapi mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Oktober 2015.
Pada April lalu, Azmi berkahwin dengan pelakon Faye Kusairi dalam satu majlis tertutup di ibu negara.
Sumber: instagram elly mazlein
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkembangan gigi anak adalah proses transformasi berterusan sehingga mereka memasuki alam dewasa.
Untuk lebih lanjut, berikut adalah pecahan pertumbuhan gigi anak anda.
Jenis gigi anak
Terdapat empat jenis gigi utama. Setiap satunya adalah unik serta memberi fungsi dan kegunaan yang berbeza:
−Gigi kacip adalah gigi depan atas dan bawah. Apabila kita menggigit makanan, gigi kacip akan berfungsi seperti gunting untuk memotong makanan tersebut.
−Gigi taring adalah tajam dan mengapit gigi seri pada rahang atas dan bawah. Gigi taring berfungsi untuk mengoyak makanan.
−Gigi geraham depan adalah gigi yang mempunyai permukaan rata pada bahagian belakang mulut di sebalik gigi taring dan berfungsi untuk menghancurkan makanan.
−Gigi geraham belakang terletak di bahagian belakang dan lebih besar daripada gigi geraham depan. Jenis gigi ini juga rata dan juga digunakan untuk menghancurkan makanan.
Gusi selepas lahir
Kanak-kanak bermula fasa tumbuh gigi (teething) sekitar usia mereka enam bulan. Ini adalah proses di mana gigi susu hendak keluar melalui gusi bagi membolehkan gigi berfungsi.
Kanak-kanak selalunya tumbuh semua 20 gigi susu sebelum usia mereka 24 bulan. Gigi bayi selalunya akan keluar dalam turutan tertentu termasuklah gigi kacip, gigi geraham depan, gigi taring dan gigi geraham belakang.
Gigi geraham belakang kekal mula tumbuh pada usia kanak-kanak 5 tahun. Gigi geraham ini berada di bahagian belakang dan tumbuh terakhir sekali.
Seterusnya, gigi kacip tengah pada rahang bawah akan tercabut dan digantikan dengan gigi kacip kekal. Meskipun ini adalah turutan standard, namun setiap kanak-kanak mengalami pertumbuhan gigi berbeza dan giginya boleh tercabut pada masa atau turutan yang berbeza.
Dari usia 5 hingga 11 tahun, kanak-kanak akan hilang gigi susu yang lain dan digantikan dengan gigi kekal.
Kanak-kanak akan tumbuh gigi geraham belakang kedua sekitar usia 11 atau 12 tahun. Ini adalah gigi paling belakang yang tumbuh sebelum gigi bongsu, sekitar usia anak 17 hingga 21 tahun.
Namun, bukan semua orang akan tumbuh gigi bongsu. Walau bagaimanapun, jika semua gigi sudah terbentuk, maka terhasil 32 batang gigi secara keseluruhannya bagi orang dewasa.
Bagaimana untuk menangani kehilangan gigi?Walaupun ia merupakan proses semulajadi, namun kehilangan gigi boleh jadi menyakitkan untuk kanak-kanak, terutamanya bagi anak kecil. Namun, sesetengah kanak-kanak juga ada yang tidak merasai kesakitan semasa gigi tercabut.
Sebagai ibu bapa, anda perlu membantu anak menangani proses ini secara fizikal dan emosi. Setiap ibu bapa perlu menenangkan anak mereka dengan cara menerangkan bahawa setiap kanak-kanak akan merasai pengalaman proses kehilangan gigi untuk tumbuh gigi kekal.
Bagi melegakan kesakitan akibat kehilangan gigi, anda boleh letakkan ubat anti-keradangan atau kompres-dingin tanpa preskripsi bagi melegakan ketidakselesaan.
Berbincanglah dengan doktor gigi anak anda untuk mendapatkan saranan bagi ubat yang boleh mengurangkan sakit gigi kanak-kanak.
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.