Malang memang tak berbau, tapi selagi boleh elak kita elakkan perkara buruk yang boleh berlaku. Kadang memang dah beringat nak kunci pintu tiap kali menunggu seseorang dari dalam kereta, tapi tu lah dah beringat pun ada ketikanya lupa juga.
Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Sarah Samat, satu kejadian yang cukup mencemaskan apabila dia dan anaknya yang masih kecil sedang menunggu suami ke bank. Dengan tidak semena-mena datang seorang lelaki membuka pintu keretanya meminta duit.
Walaupun duit yang diminta tidaklah seberapa, tapi ia turut mengundang bahaya buat dirinya dan anak kecil yang berada di belakang. Lebih menakutkan lelaki tersebut turut cuba untuk membuka pintu belakang kereta tapi nasib baik, wanita ini sudah mengunci kereta tersebut setelah kali lelaki tersebut membuka pintu di hadapan sebelumnya. Hati-hati ya semua!
TAK LOCK PINTU KERETA
Ya allah Ya allah Ya allah… Rasa berdebar, menggigil tak abis lg dari tadi.. alhamdulillah Allah masih pelihara aku & anak2..
Kejadian baru je jadi tadi, dlm pukul 8-8.30pm. Kitaorg 1 family nk keluar g jusco, nak beli barang. Husband berhenti sekejap depan Maybank Kapar, nk keluarkqn duit. Silap aku jgk tak terus lock pintu masa dia keluar 🤦🏼♀️.
Tiba2 ada sorang lelaki bangsa india naik motor honda putih tak silap aku, berhenti sebelah kereta & dgn slamber buka pintu depan. Aku yg duduk 2nd row secara spontan menjerit “hoii nak apa”!!.
Terkial2 aku nk buka seatbelt, terus jengah ke depan. Dia kata ada sepuluh ringgit tak, aku cakap takde2. Cepat2 terus tutup pintu & lock.
Org tu tak beredar lg, dia nampak plak stella duduk kt carseat dia tepi tingkap tgh pegang hp tgk didi. Dgn berani nya dia cuba buka pintu kali kedua 😠. Nasib pintu dh lock, aku dgn sepantas kilat tekan hon kuat & lama. Org tu dh gabra, kelam kabut cabut. Pastu husband pn keluar dari bank, tp tak tau cerita lg..
Tak dpt bayang kalau dia ada pegang besi ke kayu, buatnya dia pecahkan cermin ke. nauzubillahiminzalik..
Kejadian ni berlaku tak sampai seminit pn husband turun kereta, kena berhati2 sentiasa. Keadaan sekarang tak mcm dulu. Banyak org jahat, tak kira bangsa apa pun.
Sumber: Sarah Samat
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI