Selepas pemergian puteri kedua, Sharifah Nur Ainul Mardiah pada 26 November lalu, pelawak Ali Puteh berkongsi keadaan anaknya sebelum menghembuskan nafas terakhir walaupun cukup perit untuk menerimanya.
Jelas Ali mesin bantuan pernafasan terpaksa dicabut selepas kali ketiga kerana akan memberi kesan kepada otak dan buah pinggang arwah anaknya.
“Saya baru kehilangan anak saya yang berusia tiga bulan selepas mengalami masalah injap jantung terbalik. Dia hanya mampu bertahan selama 16 hari selepas pembedahan.
“Dia tidak memberi respon positif kerana paru-parunya tidak dapat menyokong walaupun jantung berdegup seperti normal.
Ads
“Saya difahamkan oleh doktor ini merupakan kali ketiga mesin bantuan pernafasan dicabut selepas mendapati ia akan memberi kesan kepada otak dan buah pinggang. Pada kali pertama dan kedua dicabut masih boleh disambung semula.
“Jadi saya dan isteri diminta untuk reda sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini. Saya sebagai ayah terpaksa terima dengan qada’ dan qadar yang telah ditentukan. Mati itu pasti kan,” katanya kepada HLive.
Ads
Pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan akui berasa tertekan dengan dugaan yang diberikan kepadanya.
Ads
“Semasa diuji dengan ujian cukup besar ini, saya agak tertekan kerana masih dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) di samping perlu membahagikan masa untuk menjaga anak di hospital setiap hari.
Air mineral yang disimpan lama, lebih-lebih lagi waktu tengahari ketika panas sebaiknya dielakkan untuk anak minum. Apa sebabnya?
Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, air dalam botol plastik yang panas ini akan mengganggu imuniti anak. Ini yang mak ayah perlu tahu.
Elak anak minum air dalam botol plastik yang kita simpan dalam kereta tengah panas. Cuba elakkan semampu yang kita boleh.
Botol yang dipanaskan, akan ada bahan kimia yang terhasil. Bisphenol dan antimony. Ia akan terlarut dengan air yang ada dalam botol.
Air dalam botol kita simpan dalam kereta. Air suam kita tuang dalam botol plastik. Air botol tertinggal dalam kereta waktu tengahari. Kita panaskan air dalam kettle plastik. Bancuh susu dengan air suam dalam botol plastik.
Semua keadaan macam ni, kalau boleh kita cuba elakkan.
Bahan kimia dari botol, boleh buatkan hormon dalam badan anak terganggu. Kacau bilaukan imuniti anak, masalah sistem saraf dan metabolik.
Antara pilihan yang lebih baik, ganti botol anak dari material stainless steel.
Jika anda merancang untuk mengandung namun telah lewat usia, jangan khuatir. Kami ada beberapa cara untuk meningkatkan kesuburan berkesan yang anda boleh cuba.
Umur memainkan peranan dalam kesuburan wanita. Telur wanita yang lebih tua tidak disenyawakan dengan mudah seperti telur wanita muda, dan mungkin tidak berkembang walaupun selepas persenyawaan terjadi.
Disebab itu, ini panduan untuk meningkatkan kesuburan bagi wanita!
Pilihan gaya hidup yang sihat itu sangat penting dalam cara untuk meningkatkan kesuburan. Contohnya:
Mengekalkan berat badan yang sihat.
Berat badan berlebihan atau ketara berat badan berlebihan boleh menjejaskan pengeluaran hormon dan menghalang ovulasi normal. Mengekalkan berat badan yang sihat boleh meningkatkan kekerapan ovulasi dan kemungkinan kehamilan.
Makan makanan yang sihat
Walaupun tiada penyelidikan yang mencukupi bagi mencadangkan diet tertentu untuk menggalakkan kesuburan atau meningkatkan peluang konsepsi, diet yang sihat masih dianggap penting.
Pemakanan yang baik termasuk suplemen untuk kesuburan wanita yang mengandungi asid folik merupakan bahagian penting dalam penjagaan pra kehamilan dan akan membantu anda dan bayi semasa hamil.
Jadualkan rutin pemeriksaan
Lawatan berkala boleh membantu mengesan dan merawat keadaan kesihatan yang mungkin menjejaskan kesuburan anda.
Menguruskan tekanan
Sesetengah kajian menunjukkan bahawa tekanan boleh mengurangkan kemungkinan kehamilan. Walaupun lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk menunjukkan impak tekanan yang mungkin ada pada kesuburan wanita, adalah bijak untuk mengurangkan tekanan dan mengamalkan kaedah pemulihan yang sihat seperti teknik relaksasi, apabila anda cuba untuk hamil.
Pilihlah gaya hidup yang sihat untuk menjaga kesuburan
Jangan merokok.
Merokok megurangkan telur anda lebih awal. Jika anda merokok, tanyakan kepada doktor anda untuk membantu anda berhenti.
Hadkan jumlah alkohol yang anda minum.
Heavy drinking dikaitkan dengan peningkatan risiko gangguan ovulasi dan beberapa kajian menunjukkan bahawa walaupun minum ringan mungkin mengurangkan kemungkinan untuk hamil. Jika anda ingin mengandung, pertimbangkan untuk mengelakkan alkohol sepenuhnya.
Elakkan kafein.
Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa terlalu banyak kafein dapat meningkatkan pengeluaran estrogen atau menurunkan metabolisme estrogen. Untuk melindungi kesuburan anda, pertimbangkan untuk mengehadkan jumlah kafein dalam diet anda.
Berhati-hati dengan aktiviti fizikal yang berat.
Aktiviti fizikal adalah bahagian penting dalam gaya hidup yang sihat namun aktiviti aerobik yang terlalu kuat boleh membahayakan kesuburan wanita dengan menghalang ovulasi dan mengurangkan pengeluaran hormon progesteron.
Jika anda mempunyai berat badan yang sihat dan anda berfikir untuk hamil tidak lama lagi, pertimbangkan untuk mengehadkan senaman aerobik anda untuk tidak lebih daripada tujuh jam seminggu.
Elakkan pendedahan kepada toksin.
Pendedahan kepada pelbagai bahan kimia atau pencemaran boleh membahayakan kesuburan anda. Pekerja pertanian, pedandan rambut dan beberapa kumpulan lain mungkin berisiko gangguan haid.
Lain-lain risiko yang mungkin mengurangkan kesuburan termasuk pembantu pergigian yang terdedah kepada tahap tinggi nitrous oksida, mereka yang terdedah kepada tahap pelarut organik yang tinggi seperti bahan kimia kering dan pekerja perindustrian yang terdedah kepada bahan kimia semasa proses pembuatan.
Tak mengapa jika Allah kurniakan kesemuanya anak lelaki buat kita. Jangan sesekali merasa sedih bila tidak hadiahkan seorang anak perempuan buat suami. Anak lelaki kurniaan Allah cukup banyak kelebihannya malah mampu melindungi ibunya sampai syurga.
Ingatlah bahawa memiliki kesemuanya anak lelaki merupakan kebanggaan. Bakal menjadi imam mak ayah, solatkan 5 waktu malah bakal mengusung jenazah ibu dan ayahnya kelak. Hebat!
Perkongsian Cikgu Fadli Salleh yang cukup dikenali sebagai pendidik berhati penyayang dan prihatin dengan kesusahan anak-anak muridnya mengenai kelahiran anak kelimanya cukup membuatkan hati seorang isteri tersentuh. Inilah yang mahu didengari oleh seorang isteri dikala rasa sayu dan kecewa.
“Bang. Lelaki Lagi,” ujar puan isteri sedikit kesedihan.
“Tak apa lah. Lelaki pun anak juga,” balasku.
“Tapi saya tak dapat beri anak perempuan kat abang. Tak apa ke?” balas puan isteri makin sayu.
Aku pandang matanya. Genggam erat tangannya. Tangan yang aku kahwini 11 tahun lepas itu hangat terasa. Lalu aku berkata,
“Anak ni rezeki Tuhan. Kita tak perlu merungut walau lelaki semua. Orang lain berapa ramai berdoa agar ada anak. Ramai juga yang berdoa agar dapat jodoh.
Lagi pun anak-anak lelaki ni, buatkan keluarga kita kuat. Awak keluar nanti, penuh bodyguard iring. Jenazah kita nanti tak perlu orang lain pikul. Setiap penjuru, anak-anak kita”.
“Tapi bang. Kalau abang…” kata-katanya terhenti.
Aku gelengkan kepala tanda tak nak dia teruskan berkata-kata. Aku tahu ayat seterusnya.Ayat gurauan ramai kawan-kawan selalu berkata,
“Agaknya ‘kilang’ ini produce lelaki sahaja. Kena cari ‘kilang’ lain kot baru boleh produce perempuan”.
Itu ayat gurauan. Sedikit pun aku tak terkesan. Namun adakah jika kahwin lagi satu anak yang bakal dikandung itu 100% pasti perempuan? Tidak kan? Bahkan kemungkinan nak mengandung pun belum tentu lagi. Habis kenapa nak ambil risiko cari yang lain?
Satu cukup. Cukup untuk menjaga aku dan anak-anak. Dua walau banyak belum tentu menjanjikan bahagia. Bahkan jika ada yang berkata, jika kahwini dia pasti dapat anak perempuan pun akan aku tolak. Walau pasti.
Memang kalau boleh, kita nak anak biar berpasang. Biar ada lelaki, biar ada perempuan. Namun apa salahnya kalau lelaki semua? Nanti cari la menantu perempuan pula. Lagi pun aku tak risau, aku dah ramai ‘anak-anak’ perempuan di sekolah nun.
Paling ditakuti bila kahwin dua tiga adalah keadilan. Adil ni tak nampak mata kasar. Bukan boleh timbang atas penyukat. Sikit terlebih sana, sini terasa. Malaikat pula menulis. Ah, cari bala belaka.
Andai satu pun aku tak mampu nak jaga dengan sempurna, tak pernah aku mimpikan ada dua, ada tiga. Walau kewangan itu mampu, walau nafkah zahir dan batin ada kemampuan, namun cukuplah.
Bukan takut bini tapi cukuplah satu
Cukuplah satu pada aku. Orang bergurau katanya takut bini. Salah tu.
Berkahwin satu bukan tanda takut bini. Ia tanda setia. Ia tanda menghargai. Ia tanda tahu kemampuan diri. Ia tanda sedar, yang satu itu pun kita tak menjaga hati mereka 100%, apa lagi mahu tambah dua tiga.
Orang yang berminat nak tambah ramai, silakan. Jika rasa mampu zahir, mampu batin, dan mampu adil, silakan. Tidaklah aku menolak poligami. Itu sunnah nabi saw. Mana mungkin kita menolak sunnah kekasih Allah.
Cuma aku sedar. Sunnah lain banyak lagi tak terikut. Nak ikut sunnah yang tak mampu nak pikul buat apa? Ikut sunnah ni dapat pahala sepatutnya. Namun jika ikut sunnah tapi tidak adil, tidak mampu, menyakiti dan melukai antara satu sama lain, bukan dia. Bukan begitu caranya.
Anak semua lelaki? Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Semua milik ibunya. Kembali taat pada ibu walau sudah beristeri nanti. Bakal mengusung jenazah kami. Bakal imamkan kami solat 5 waktu, solat terawih bahkan solat jenazah kami.
Ia merupakan kebanggaan kami. Ia bukan alasan untuk mencari lain agar dapat anak perempuan. Isteri dan anak ini amanah Maha Besar dari Tuhan. Nak didik mereka agar menarik tangan kita ke syurga tidak mudah. Yang sedia ada ini, perlu aku didik sebaik mungkin. Tidak ingin aku mencari lain.
Cukuplah satu bagiku. Cukuplah satu.
@The Arumi’s #MFS – Family man –
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.