Selepas keguguran pada April lalu, Syatilla Melvin tampil mengumumkan perkhabaran gembira, diberikan rezeki untuk hamil sekali lagi.
Isteri kepada pelakon Shaheizy Sam itu turut meluahkan rasa syukurnya setelah hamil kali keenam biarpun pernah terfikir untuk memakai alat pencegah kehamilan sebelum ini.
Menerusi Instagramnya semalam, ibu kepada dua cahaya mata ini berkongsi rasa syukur di atas kehamilan keenamnya itu.
“Kali ke 6, syukur alhamdulillah.
“Baru plan nak pakai IUD (Intrauterine Device) tau tak! Rezeki Allah nak bagi,” kongsinya.
Malah kata Syatilla lagi, setiap hari dia sentiasa berdoa dimurahkan rezeki untuk punya anak lagi disamping memohon doa dari semua agar kandunganya kali ini mampu bertahan sehingga detik melahirkan.
“Hari-hari duk mintak Allah murah rezeki, murah sungguh-sungguh Allah bagi🤍.
“Doakan kandungan bertahan sampai cukup 9 bulan,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, menerusi Instagram Shaheizy, pelakon handalan itu turut sama berkongsi rasa yang sama. Walau dalam berseloroh, namun membuktikan kegembiraan bagi pasangan ini.
Meninjau di ruangan komen pasangan ini sudah semestinya dihujani dengan ucapan tahniah dari rakan-rakan selebriti juga peminat yang turut mendoakan kandungan Syatilla dipermudahkan Allah SWT.
Terdahulu, Syatilla sebelum ini pernah keguguran pada April lalu, juga dua sekali sebelum kelahiran anak pertama dan keduanya.
Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada Februari 2016 dan kini mereka dikurniakan dengan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 4 tahun dan Sarima Samheizy, 2 tahun.
Menarik: Betul Ke Cara Mama Pakaikan Lampin Pada Bayi, Jom Baca Untuk Ketahui
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @samtilla & @shaheizy_sam