Masih belum mengerti apa-apa tapi itulah hakikat yang terpaksa dilalui oleh anak kecil ini apabila kehilangan bapa tersayang yang pergi buat selama-lamanya. Walaupun pengalaman ini tak semua orang sanggup lalui tapi setiap yang hidup pasti akan pergi jua.
Apa yang buat lagi sedih, bila lihat wajah suci anak di usia yang masih kecil dan tidak mengerti apa-apa mengenai erti kematian. Hanya ibu tempat anak menumpang kasih.
Melalui sebuah video yang dimuatnaik di akaun TikTok Asmawati Nawawi, pemergian arwah suami disebabkan Thalasemia pada September tahun lalu benar-benar dugaan besar untuknya.
@asmawatinawawi Cepat rasa masa berlalu abe kan,bln 9 nie setahun doh abah tggl kita kan..semoga anak2 ibu sentiasa kuat#headdancechallenge #fygpシ #ibujagaanak2kitasyg #mohamadhafizulbincheyam ♬ bunyi asal – Asmawati Nawawi
Memandangkan anak sulung masih kecil dan waktu itu juga baru dua bulan mengandungkan anak kedua, ujian ini betul-betul memberi tamparan hebat dalam hidupnya.
Siapa sangka, perjanjian untuk hidup bersama dan membesarkan anak tak kesampaian kerana Allah lebih menyayangi suami serta menjemputnya di usia muda.
Apa yang membuatkan ramai tersentuh hati apabila anak sulung yang mesra dipanggil Harraz pergi menziarahi kubur arwah abahnya dan terus duduk di atas kubur itu sambil baring seolah-olah melepaskan kerinduannya.
Dengan dialek Kelantannya Harraz berkata “Abe rindu, Abe mintok maaf…Abe tido atas abah…tak po abah tak maroh”
Rakaman video yang berdurasi 13 saat yang mendapat tontonan ramai kerana kanak-kanak itu memberitahu ibunya yang dia hendak tidur di atas ayahnya dan jawapan ayah tak marah itu membuatkan sesiapa yang menonton sebak tapi dalam masa yang sama terharu kerana ketabahan yang ditunjukkan.
Ya Allah sebak tengok. Rindu orang yang dah tiada ini sukar nak diungkapkan dengan kata-kat. Kita yang dewasa pun belum tentu sekuat adik Harraz.
Sementara itu, ibu adik Harraz juga turut berkongsi walaupun hampir setahun pemergian abahnya rindu itu tak pernah padam.
“Setiap kali nak tidur, mesti Harraz minta untuk tengok video arwah abahnya sebelum boleh lelapkan mata. Doakan kami terus kuat,” ujarnya.
@asmawatinawawi Ibu sentiasa kuat demi anak2 ibu..ibu syg anak2 ibu#ibuanakdua ♬ original sound – 𝐌Řк𝔲Ļ𝔸Ť
Menjengah ke ruangan komen pula, ramai yang sedih lihat kepetahan adik Harraz dan memahami ayahnya dah pergi buat selama-lamanya.
“Semoga membesar menjadi anak yang soleh”
“sedihnya… semoga awak membesar jadi insan yang kuat.. beriman…jaga ibu…”
“Allahuakbar! Comelnya awok Abe. Semoga Abe membesar dengan baik, sihat dan jadi anak yang soleh yang sentiasa doakan abah dan jaga ibu molek deh…”
Sumber : Tiktok asmawatinawawi
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI