Sarat hamil anak kedua, pelakon cantik Zahirah Macwilson dilihat semakin cantik dan berseri-seri biarpun baby bumpnya semakin membesar.
Bahkan kata Zahirah, dia merasakan dirinya tidak banyak perubahan fizikal biarpun berat badannya naik 10kg.
“Kandungan saya enam bulan, nak masuk tujuh bulan dan masih lagi bekerja selagi mampu.
“Buat masa ini saya masih okay dan kuat lagi. Berat badan naik. Saya rasa perkara itu sesuatu yang normal tapi mungkin sebab saya aktif bekerja jadi tak nampak sangat.
“Saya naik 10 kilogram sekarang ini dan mungkin akan bertambah lagi,” kongsinya.
Bahkan kata ibu cantik jelita ini lagi, dia dan Aiman sudahpun mengetahui jantina anak kedua mereka tetapi akan mengumumkan bila sampai masanya kelak.
Tambah Zahirah lagi, anak sulungnya Isaac Raees insan paling teruja untuk menyambut kelahiran adiknya tidak lama lagi.
“Dia sangat teruja, setiap hari akan cium perut saya dan bercakap dengan adik. Dia pun sudah beritahu semua orang dia akan jadi abang.
“Nampak dia punya kematangan dan sikap seorang abang,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu kata Aiman, isteri kesayangannya itu amat berbeza ketika hamil anak kedua ini. Jika dahulu Zahirah paling menjaga pemakanannya tetapi kini dia tidak kisah malah cukup sukakan makanan Melayu.
“Anak kali ini lain sangat. Dia aktif, tak tahu datang mana tenaga dia.
“Dia sebelum ini sangat menjaga pemakanan dan tak minum minuman bergas. Nasi-nasi semua tak makan, tapi kali ini dia belasah semua.
“Kali ini macam rasa Melayu sikit. Itu pelik bagi saya. Biasanya saya yang makan nasi lemak dan minum minuman bergas tapi kali ini dia,” katanya lagi.
Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI