Pelakon Nana Tanjung itu berkahwin kali ketiga dengan seorang juruterbang iaitu Aizat Al Jefri Abdul Kudus pada Disember 2016.
Terdahulu, Fiza pernah berkahwin dengan peserta Akademi Fantasia, Adam, pada September 2013 dan bercerai pada 2016, tetapi tidak dikurniakan cahaya mata.
Sebelum berkahwin dengan Adam, Fiza pernah bernikah dengan Ahmed Farriq dan dikurniakan dua anak iaitu Ferra Aryanna, 9, dan Feeya Adyrra berusia lapan tahun.
Sumber: ig fizaabdulhalim & astro gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masa kini, kerap kali kedengaran bayi baru lahir disahkan menghidap jaundis. Para ibu hamil dan si bapa perlu ambil perhatian.
Perlu anda tahu bahawa jaundis terjadi kerana hati bayi tidak cukup matang untuk meneruskan proses penyingkiran bilirubin daripada tubuhnya. Oleh sebab itulah semua bayi berisiko untuk mengalami jaundis. Ia boleh terjadi kepada semua bayi. Tidak kira sama ada yang dilahirkan cukup bulan apatah lagi bayi yang dilahirkan pramatang.
Anda perlu faham bahawa biarpun bayi yang bakal dilahirkan nanti cukup bulan, belum tentu hatinya benar-benar matang. Selain daripada masalah hati tidak matang, jaundis turut boleh berlaku apabila anda tidak menyusukan dia tidak kira menggunakan susu ibu atau susu formula dengan secukupnya.
Jaundis terdiri daripada dua jenis. Salah satunya ialah physiological jaundis. Ia merupakan jaundis yang kerap berlaku di Malaysia. Dianggarkan kira-kira 50% bayi akan mengalami kuning selepas dilahirkan.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ia disebabkan oleh masalah ketidakmatangan hati bayi dan selalunya akan bermula selepas tempoh 24 jam kelahiran. Manakala satu lagi jenis jaundis berlaku sebelum bayi berumur sehari. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor risiko yang lainnya. Walau bagaimanapun, jaundis jenis amat jarang sekali berlaku di negara kita.
Selepas 24 jam bayi dilahirkan, jaundis akan berlaku. Pada hari ketiga hingga kelima, parasnya akan meningkat naik. Namun, pada hari keenam dan ketujuh ia akan menurun. Jika situasi ini yang berlaku kepada bayi, maka keadaan ini diandaikan sebagi normal ataupun jaundisnya sedikit.
Walau bagaimanapun, jika jaundis berlanjutan selepas tempoh seminggu, masalah ini akan dipanggil sebagai prolong jaundice. Sekiranya tahap jaundis yang berjaya dikesan oleh doktor berada pada tahap yang tinggi, maka bayi perlu menjalani rawatan fototerapi bagi membantu dirinya mengeluarkan bilirubin dengan lebih baik.
Anda boleh mengenal pasti kehadiran jaundis pada bayi ketika berada di rumah setelah dibenarkan pulang dari hospital hanya dengan melakukan beberapa langkah mudah. Bagi bayi yang berkulit cerah, sememangnya amat mudah untuk mengesannya. Namun, sedikit sukar jika anak berkulit sawo matang. Biarpun begitu, caranya tetap ada dan amat mudah sekali.
Lazimnya, jaundis bermula daripada bahagian atas anggota tubuh bayi dan turun ke bahagian bawah tubuh. Sekiranya warna kekuningan dapat dikesan ada di bahagian dada, ia menunjukkan bahawa paras jaundis adalah tinggi iaitu sekitar 200 mikromil/l. Oleh yang demikian, bayi perlu segera mendapatkan pemeriksaan doktor. Jika jaundis berjaya dikesan di bahagian perut dan paha pula, ia petanda jaundis adalah sangat tinggi dan bayi perlu segera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Ramai ibu bapa gembira apabila melihat bayi tidur lena selepas dilahirkan. Namun, bayi yang mengalami jaundis tidak elok dibiarkan tidur terlalu lena. Keadaan ini akan merangsang bilirubin meningkat lebih tinggi.
Apabila terlalu kerap tidur, dia kurang menyusu. Oleh yang demikian, sebaik-baiknya kejutkan bayi untuk menyusu sekerap mungkin iaitu dua ke tiga jam sekali. Kekerapan bayi menyusu dengan baik akan menggalakkan pergerakan usus dan menyebabkan bilirubin dapat dikeluarkan daripada tubuh menerusi najis. Jadi, pastikan bayi menyusu lapan hingga 12 kali sehari.
Pihak hospital swasta biasanya akan menahan bayi untuk menjalani rawatan fototerapi apabila paras jaundis mencecah angka 200 mikromil/l. Sementara itu, doktor di hospital kerajaan lazimnya menahan bayi yang mencatat bacaan pada paras 280 mikromil/l. Perlu diketahui bahawa adalah bahaya jika jaundis berada pada paras 340 mikromil/l atau 20mg/dl
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gelagat comel buah hati rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah memang sering kali menjadi tumpuan ramai. Apa sahaja yang dimuat naik oleh mama atau walidnya di akaun Instagram milik mereka pasti akan mendapat reaksi yang dari warga maya.
Terkini di laman instagramnya, mama Ainul, Nurul Erwani Zaidi atau lebih mesra disapa Wani mengumumkan bahawa dia kini sedang.
Erwani yang ditemubual oleh Majalah Nona memberitahu bahawa usia kandungannya sudah memasuki usia 7 bulan. Tambahnya juga anak yang bakal dilahirkan nanti InsyaAllah adalah anak lelaki kerana telah melakukan empat kali scan.
“Rezeki anak adalah rezeki yang tak terhitung nilainya. Anak adalah anugerah Allah SWT untuk kita menyambung dan meramaikan lagi umat Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, sejak Ainul bertambah sihat dan cerdik saya dan suami mengambil keputusan untuk ‘menghadiahkan’ Ainul adik. Adalah kawan untuk bermain nanti.
“Alhamdulillah kandungan saya sekarang sudah masuk 7 bulan. Ketika mengetahui saya hamil kali kedua kami bersyukur sangat. Nak kata merancang tak sebenarnya. Kami juga tak rancang berapa orang anak yang kami mahu. Kalau dapat ramai alhamdulillah rezeki kami. Allah lagi Maha Mengetahui.
“Mungkin sekarang waktu yang sesuai untuk Dia beri rezeki. Lagi pun Ainul ramai yang jaga di rumah. Tak salah rasanya kalau tambah lagi anak. Tak sabar rasanya nak lihat Ainul main dengan adik nanti!
“Alhamdulillah sepanjang kehamilan ini dipermudahkan. Cuma kali ini penat sedikit berbanding hamilkan Ainul dulu. Alahan teruk tiada. Mengidam pun makanan yang mudah dicari. Kalau diberi rezeki oleh Allah SWT, anak kedua ini InshaAllah lelaki.Saya dah buat scan empat kali, memang semuanya nampak lelaki,” kongsi Wani kepada wartawan Majalah Nona.
Ainul Makin Bijak
Menurut Wani juga, perkembangan kesihatan dan juga tumbesaran Ainul semakin positif dan baik. Dia semakin bijak dan cepat belajar benda baru.
Alhamdulillah, Ainul juga sama seperti kanak-kanak lain. Walaupun perkembanganAinul lambat sedikit berbanding umurnya sekarang tetapi setiap momen atau keletah Ainul sama seperti bayi normal yang lain antaranya celik mata sahaja terus hendak bermain. Antara rancangan kartun kegemaran Ainul ialah Omar & Hana.
Selain itu, Ainul sekarang sangat cepat belajar. Macam-macam perangai yang Ainul sedang belajar sekarang. Tetapi yang paling mencuit hati saya dan suami ialah Ainul sedang berusaha untuk belajar bercakap. Kadang-kadang dah pandai mengamuk sebab tak bawa dia pergi berjalan-jalan.
Tak Sabar Nak Sambut Syawal
Tahun lalu (2019) kami menyambut Hari Raya Aidilfitri di perantauan. First time jugalah saya dan suami berjauhan beribu-ribu kilometer dari keluarga. Alhamdulillah walaupun jauh daripada keluarga, kami dapat berkenalan dengan keluarga baru di London. Semuanya baik-baik dan sangat ramah.
Tahun ini sambutan Syawal lebih bermakna kerana kami dapat menyambutnya bersama Ainul yang semakin cerdik dan banyak ‘akal’. Ia memberi satu kelegaan buat saya dan suami kerana Allah SWT sentiasa memberi peluang dan mengkabulkan doa-doa yang pernah kami pohon sebelum-sebelum ini.
Banyak sebenarnya plan nak buat dengan Ainul sepanjang Syawal nanti. Salah satunya ialah mahu membawa Ainul ke rumah saudara mara. Namum atas faktor-faktor yang sedang berlaku pada negara Malaysia ketika ini kami terpaksa patuh dengan arahan dan menyambutnya di rumah sahaja. Tahun lalu tema raya kami bertiga adalah warna ungu, tahun ini kami akan memakai warna biru pula pada Hari Raya pertama,” cerita Wani lagi.
Tahniah buat wani dan suaminya Safiuddin serta si comel Ainul. Didoakan semoga semuanya dipermudahkan buat Wani nanti.
Orang perempuan bila tengah mengandung memang sensitif. Suami kena jaga kata-kata supaya hati isteri tidak terguris dengan ucapan yang mungkin tidak dimaksudkan tapi terkeluar dari mulut. Akibat perubahan hormon dalam badan, perempuan hamil cepat terasa hati. Tambahan pula membawa kandungan yang beratnya mungkin melebihi 5kg. Jadi kalau suami tak mahu mengganggu emosi isteri, elakkan daripada mengucapkan lima ayat ini:
1. Besarnya perut, mesti bayi pun besar!
Ayat ini mungkin boleh membuatkan isteri anda murung kerana bentuk badannya yang sudah berubah. Teguran suami mungkin disalah ertikan oleh isteri sebaiknya puji sahaja dan katakan pada isteri yang sedang kandungkan anak anda bahawa dia kelihatan lebih cantik dan berseri-seri ketika mengandung.
2. Betul ke nak pakai baju tu keluar nanti?
Jika soalan anda begitu, pasti rancangan untuk keluar bersama akan terbatal kerana rajuk sang isteri. Ucapkan yang lebih manis seperti, “Kalau sayang rasa selesa, pakai sahajalah baju itu.” Kan lebih mulia.
3. Kenapa sayang dah kurang mesra?
Kata-kata ini seakan menyalahkan isteri semata-mata. Jaga kata-kata lebih baik terus terang dan beritahu isteri bahawa anda rindu pelukan isteri tersayang. Sambil tu jangan lupa peluk terus isteri anda yang sedang sarat tu. Mesti mereka lebih bahagia.
4. Jangan malas-malas la sayang, mentang-mentanglah mengandung.
Mungkin anda melontarkan kata-kata ini ketika melihat rumah yang berselerak dan tidak berkemas. Kena ingat isteri anda bukannya malas, tapi kerana perubahan dalam badan mereka, isteri jadi cepat penat. Daripada mengucapkan itu, cuba tukar dengan “Sayang penat ya? Meh abang urut”. Lebih sweet tu.
5. Mama ni kuat betul la membebelnya…bingit tau!
Jangan diperlekehkan keluhan-keluahan wanita yang sedang sarat mengandung kerana itu boleh membuatkan mereka sedih dan keadaan ini dikhuatiri akan memberi kesan pada kesihatan bayi dalam kandungan. lebih baik anda tenangkan saja isteri yang sedang membebel dengan menyuruhnya berehat atau segera melakukan apa yang isteri suruh.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!