Kehamilan

“Kali Pertama Wife Cakap Baby Tak Tendang, Aku Cuak!” Ini Nasihat Untuk Para Suami

Share

Pernah viral kisah rumah tangga seorang selebriti yang dikenali sebagai PU Abu kerana menceraikan isteri yang sarat hamil demi mengahwini seorang janda anak satu. Beberapa bulan kemudian Abu mengeluarkan statement bahawa bayi kandungan bekas isteri tidak bergerak bukan salahnya dan keadaan itu normal.

Kes tersebut menjadi hangat apabila statement Abu mengundang kecaman netizen kerana Abu dianggap tidak bertangunggjawab. Susulan kes tersebut, seorang suami dan ayah tampil meluahkan nasihat dan pengalamanya buat semua.

Setiap kali baca kisah kau abu..Semakin aku hargai hubungan aku dgn anak aku..Terima kasih bu kau jadi teladan pada aku sebagai bapak. Apalah beza aku dgn kau abu, kalau aku tak menghargai kehadiran perempuan kedua bawah tanggungan aku.

Pedih betul bila kau ckp bukan salah kau anak kau tak bergerak dalam perut. Teringat aku masa zinnirah dalm perut aku bergaduh besar dgn isteri aku…Hubungan aku sebelum, kawin dgn wife tak lama..Kenal 7 bulan terus kawin..Masa nak gaduh nak serasi nak faham memang takde masa.

Selang sebulan terus dapat tahu zinnirah dalam perut sbb wife aku alah teruk dan ade asthma. Memang aku tak sedia nak jadi bapak mase tu. Apatah lagi nak matang jadi suami kepada isteri aku.

Mase nie bu.. isteri aku dah mula mengidam itu ini. Sampai aku rasa fedup..
Ape jadah nak buah pelam atas pokok, Aku beli Pelam kat pasaraya taknak plak. Mase tu aku anggap wife aku yg mengada2 nak makan itu ini. Bagi alasan anak yg nak makan.

Sampai org sekeliling marahkan aku Abu. Marah sbb aku tak melayan isteri mengidam. Mcm pengemis aku pergi kejar cari rumah kawan2, rumah perjiranan, sedara Mara.

Aku ingat lepas dah dpt tu. Abis situ, Tapi itulah permulaan aku kene hadap selama 9bulan bu. Bagaimana isteri aku sengsara nak hadap mengandung 9 bulan, aku pun turut join rasa sengsara tu. Walau bagi aku tak sama bagi isteri. Perit bu!

Dan masa nie kau tengah syok dgn Betina bu. Aku time nie tengah belajar mcm mane nak jadi suami dan bapak.

Nangis aku Abu bila dpt tahu lelaki mcm Kau ade kat muka bumi nie. Kejamnya kau abu..
Pedih dengan jawapan Kau mcm tu..

Aku pernah Abu gaduh dgn wife time dia tengah sarat. Kali pertama wife aku pujuk aku. Ckp anak dah tak tendang mcm selalu, Takut aku abu..
Nangis isteri aku..
Dengar smpai kat telinga anak aku dalam perut tu..
Aku takut anak aku akan hukum aku sbb sakitkan ummi dia..

Balik aku mintak maaf bu..

Kali kedua gaduh lagi..Kali nie emosi wife aku smpai nak bunuh nak mati bersama dgn zinnirah..Takut aku abu..Takut sangat..Ego,tegas dan baran aku aku ingat dah cukup kejam..Rupanya kopiah atas kepala siang malam sembahyang lagi kejam mcm Kau abu..

Dengan segala dugaan yg aku tempuh pada tempoh 9bulan tu berbuahkan hasil abu..

Aku tahu Kau takkan dpt nikmat mcm aku dpt..Bersama dgn isteri lihat anak sulung aku aku keluar dari rahim…Aku Amati stiap moment anak aku keluar smpai dia nangis..
Smpai wife aku tumpah darah..Dpt Rangkul anak aku..Bisik iqomat dekat zinnirah..

Nikmat bu dari penuh susah payah aku hadap anak nie keluar..

Tak abis kat situ abu..Anak aku lahir tak cukup bulan..Duduk dalam inquibator..Tiap2 hari aku turun naik Hospital..Dgn isteri emosi down sbb anak tengah sakit..

Emosi isteri bu..
Waktu nie aku tak tahu mcm mane bekas isteri Kau tengah hadap abu..
Kau ckp salah netizen..

Padahal waktu nielah bapak letak kebertanggungjawapan dia dalam setiap Moment dari sebenar Janin sampai lah bersalin.

Entah waktu nielah isteri nak mengadu kat Kau..“Syg sakit belakang.. urutkan sikit” , “Sayang2… tengok anak kite tendang2.. hihi. Aktifnya”, “Syg teringinlah nak makan nie makan tu..”

“Syg nanti kita gi Scan Baby Jom.. teringin nak tengok dia dalam perut”, “Sy nie byk ragam ke suami ku.. Sy mintak maaf Kalau tak dpt nak laksanakan tanggungjwb sebagai isteri..”

“Syg bangun jap.. maaf kejut awk tido.. letak tangan awk kat perut sy boleh.. anak nie dia meragam pusing kiri kanan.. semalam awk letak tangan dia diam je.. “

Tak abu..Aku rasa Kau tak faham ape makna nilai sebuah keluarga bu..Kau cuma nak puki bu..

Even Kau nak nampakkan kawin lain tu sbb Kau nak laksanakan sunnah..Tapi kenapa Kau tak mampu ade Ihsan menjadi seorang ayah..Sbb tu bu Kau tak peduli pun nak kawin lain even anak Kau dah ade dalam perut..Berani nak ceraikan isteri buta2 gitu..

Tak tahu nak ckp ape kat Kau nie abu…Aku dan Kau pernah jadi seorang anak abu..Kau mesti tahu ape pengharapan Kau sebagai anak..

Setiap kali aku sebut pasal kisah Kau nie..Terngiang2 kat telinga aku nie..Buatkan aku lagi sayang kat anak aku..Lagi aku nak effort untuk cari keserasian antara aku dan anak..

Aku taknak jadi mcm Kau abu…Aku taknak..Aku harap allah tak dpt bagi aku kebahagian sebagai anak..Tapi allah bagi aku kekuatan untuk kental menjadi seorang ayah yg terbaik untuk zinnirah..

Hari2 isteri aku nasihatkan aku..“Anak awk nie sayang.. dia nak jadi awk.. memang awk akan jadi tak suka dgn sikap dia.. kat dunia nie yg mampu sabar dan tahan dgn awk cuma saya je sebagai isteri..Awk sndiri tak mampu nak faham diri awk..”

Itu yg buatkan aku faham..Anak aku adalah buku belajar untuk aku..Belajar untuk ubah diri aku..Dulu aku ego tinggi..Tak siapa mampu runtuhkan..Tapi lahir zinnirah..Mengubah byk sikap aku..

Menjadi seorang yg sabar..Seorang yg toleransi..Seorang yg boleh kawal emosi..

Setiap kali keluar hantu aku..Setiap tu zinnirah akan tengok dan copy paste..
Tak berani aku..Tak berani kalau zinnirah akan jadi anak yg akan against aku..

Sentiasa aku cari ruang untuk buang..Dan biarkan anak aku belajar perkara yg positif dari aku..Dia semakin membesar..Semakin memberi cabaran..

Dulu kalau dia menangis aku akan marah..Kalau dia menjerit aku akan menjerit..Dan dia bertambah sikap negatif..Belajar dari sikap aku…

Tapi skang aku tukar..Dia nangis aku sabar aku layankan..Tak menjadi juga..
Tapi sabar kunci dia adalah masa..Maybe masa perlu dipupuk..

Skang dia nangis aku buat lawak..Aku akan bebel ckp kat dia..“Zinnirah kalau tak ubah sikap keturunan nie..Esok anak zinnirah akan amik sikap zinnirah.Mase tu jgn nak cari walid nak mengadu..”

Eh diam plak..Terus ok dah..

Hahahahaahha..

Buat aku percaya pada masa untuk mendapat sebuah keberhasilan..Bila aku teringat kaki zinnirah masa lahir bengkok..Aku mase tu susah nak terima kekurangan anak aku..
Tapi lama2 makan bulan..Kaki zinnirah dah normal balik..Aku dan isteri kene kuat..Byk lagi cabaran nak kene tempuh bersama anak..Dan anak anak-anak..Ok dah 4 cukup kot..

Tiap kali sebut nak adik untuk zinnirah..Bini aku dah pengsan..Yg nie je dah mcm nak meletup kepala..Haahhaah

Aku percaya bu..Hidup nie ibarat bahtera..Kadang dipukul badai..Kadang ade bocor sana sini..Jadi kitalah kene Tampal sana sini..

Takde org yg hidup dia sempurna..Yg kita lihat baik2 tu ape yg mereka nak tunjuk je..Sbb tu aku selalu tulis baik buruk dan kurang lebih sebuah hidup realiti..

Aku bukan lelaki yg sempurna..Tapi selalu cuba untuk menjadi yg terbaik..

Buat ape kita “cari” kebahagiaan..Kalau kitalah sendi kebahagiaan tu..Cuma tinggal kita nak olah kebahagiaan tu..

Kita takkan jumpa bahagia kalau dicari bahagia tu kat org lain..Sebab kita tak sedar kebahagiaan tu datang dari dalam diri kita..Kalau kau kene cari..Maknanya kau tak jumpe bahagia yg dah sedia ada dalam diri kau..Yg ia boleh kau persembahkan atau kongsi dgn anak bini kau..

Dah sampai waktu kau menjadi seorang mak ayah..
Sepatutnya kau kene beri bahagia..Bukan kau tercari2 bahagia kat org lain…

Aku taknak jadi bapak yg penghujung umur aku duk meratap dahagakan kasih sayang anak.. Hukum anak2 aku derhaka..Duduk rumah org tua..

Sumber: Putera Nur Muhammad Raihan

Published by
NuFa