Pelakon Norman Hakim membuat perkongsian yang dia ada menerima banyak kiriman mesej daripada anak-anak meminta pandangannya untuk menyatukan ibu bapa mereka yang berpisah.
Menurut Norman di instagramnya tiada yang sukar jika niat kita kerana Allah. Dia menasihati supaya individu yang terlibat (ibu bapa) membuang sifat ego masing-masing dan mengambil langkah memperbaiki hubungan yang terputus.
“Saya terpanggil untuk berkongsi di sini, khusus buat keluarga yang pernah berpisah (khusus buat ayah & mak yang berpisah yang mungkin kalian tak tahu yang anak-anak kalian selalu DM saya minta pandangan & nasihat macam mana ayah & mak mereka ‘bersatu macam Abg Norman & Kak Abby’), maka jadikanlah Ramadan Kareem ini sebagai platform untuk penyatuan semula.
“Buangkanlah ego yang bersifat syaitonirrajim untuk ambil langkah & usaha seiring dengan doa.
“Percaya dan yakinlah, doa adalah senjata mustajab kita sebagai muslim.
“Berdoalah secara istiqomah tanpa lelah sehingga doa-doa kita memasuki frekuensi ‘Alpha’ di mana pada ketika itu baru kita akan faham betapa kuatnya mukjizat qalam doa ini dikala bersatu dengan izin kuasa Allah s.w.t yang maha kuat & hebat sehingga hati manusia pun bisa kita pupuk, lentur, jaga, takluk & peluk hanya dengan doa dan pada ketika itu sesuatu yang dianggap mustahil akan jadi sebaliknya,” tulisnya.
Suami kepada aktres Memey Suhaiza ini juga berpesan supaya terus beristiqomah berdoa serta berusaha untuk berdamai.
“Buat adik-adik & anak-anak yang selalu DM@luahkan rasa, terus istiqomah dalam berdoa..berdoa & berdoa seiring dengan usaha melalui hidayah doa tersebut.
“Dan buat Ayah & Ibu yang terpisah, ‘bersatu’lah kembali dalam apa jua bentuk dan usaha demi cahaya mata harta dunia akhirat kita.
“Kami ‘bersatu’ untuk kebahagiaan anak-anak & Allah hadiahkan kembali ‘bahagia’ buat kami seiring dengan rasa ‘kasih & sayang’ yang Allah s.w.t sahaja yg maha mengetahui akan ‘rasa’ itu dan kami ‘bersatu’ kerana anak-anak sebab kami sangat takut tak dapat berdepan & menjawab didepanNya dihari muka nanti.
“Akhir qalam…Hentikanlah pertengkaran,tinggalkanlah sangkaan,binalah perhubungan,saling bermaafan & hayatilah Ramadhan,” tulisnya lagi.
Sebelum ini Norman pernah berkahwin dengan Abby pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.
Hasil perkahwinan, Norman dan Abby dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Sumber: ig Norman Hakim