Berikutan staf istana disahkan positif Covid-19 sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong kini menjalani proses kuarantin diri selama 14 hari.
Dalam perkongsian Tunku Azizah di laman instagram, baginda menjelaskan selepas diarahkan untuk kuarantin diri setelah 16 orang staf istana disahkan positif covid, segala pergerakan perlu dihadkan dalam istana.
Baginda bersama Tuanku Agong dan anak-anak kena kuarantin dalam bilik berasingan. Kami semua yang self quarantined, bertadarus sama sendiri mendoakan semoga wabak ini akan dihapuskan oleh Allah SWT.
Staf istana sudah 16 orang yang positif dan mereka sedang menerima rawatan. Alhamdulillah kami yang lain negatif.
Duduk bilik berasingan, lambai dari jauh
Patuh arahan doktor, saya sekeluarga duduk berasingan dalam bilik masing-masing, lambai dari jauh saja. Kami tidak di benarkan visitors dan juga tidak ada sesiapa di benarkan naik ke atas istana. Hanya kami saja di atas, tidak ada pelayan atau bodyguard.
Tuanku Agong, saya dan anak buat sendiri semua. Cuci dan kemas bilik sendiri kerana kami semua high risk because we were with those yg positive. Alhamdulillah kami semua ok. Dah buat banyak test dan negatif! Saya doakan pekerja-pekerja istana dan bodyguard yang positif akan sembuh cepat dan juga kepada semua rakyat Malaysia.
9 April baru boleh keluar bilik
Kami hanya boleh keluar bilik pada 9 April selepas buat swab test dan selepas itu juga kena berjaga-jaga dan begitu juga dengan semua staf istana.
Jom kita semua berkerjasama menghapuskan wabak ini dari terus merebak. Duduk di rumah jangan keluar dan JANGAN DEGIL. Ini tanggungjawab kita semua walaupun kita serah kepada Allah SWT, kita juga di tuntut berikhtiar. Alhamdulillah anak-anak saya semua faham dan tidak ada yang complain. Semua baik-baik duduk dalam bilik dan makan apa saja yang saya order.
Agong & Raja Permaisuri tangguhkan bayaran Emolumen Diraja
Sementara itu, menerusi kenyataan media, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan, supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja.
Penangguhan bayaran akan dijalankan selama enam bulan bermula Mac hingga Ogos. Usaha ini adalah untuk meringankan beban kerajaan dalam menangani pandemik koronavirus (Covid-19).
Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, menyifatkan Perkenan Seri Paduka baginda berdua mencerminkan keprihatinan terhadap krisis kewangan yang melanda rakyat ketika ini.
Sumber: IG air tangan_tunkuazizah & Harian Metro
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI