Penantian untuk kelahiran anak kedua dipermudahkan apabila Raja Farah selamat melahirkan anak tanpa sebarang komplikasi pada 7 April lalu.
Kelahiran anak lelaki kedua itu dikongsikan oleh Raja Farah di instagramnya dan mendapat ucapan tahniah dari peminatnya.
Pelakon berusia 31 tahun itu memaklumkan, dia selamat melahirkan bayi secara normal pada jam 6.15 petang seberat 3.45 kilogram.
“Alhamdulillah, kami kini berempat dengan kehadiran anak lelaki kedua. Syukur, semua urusan dipermudahkan dan berjalan lancar.
“Saya melahirkan bayi ini secara normal. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atas doa dan ucapan yang tiada henti. Kami sangat menghargainya,” katanya.
Dia juga turut berkongsi gambar bersama suami dan anak sulung mereka, Imran Iskandar yang kini berusia 3 tahun serta bayi berkenaan untuk tatapan peminat dan pengikutnya.
Di ruangan komen instagramnya netizen mengucapkan tahniah kepada Raja Farah dan suaminya kerana dikurniakan khalifah baru dalam keluarga mereka.
Raja Farah sebelum ini pernah mengalami masalah batu dalam hempedu ketika hamil 7 bulan. Ibu ini juga turut mengalami keadaan air ketuban semakin sedikit dan kedudukan bayi songsang pada usia kandungan 8 bulan setengah.
Dalam pada itu, beberapa minggu sebelum kelahiran keduanya, Raja Farah berkongsi dia kena melalui prosedur indius kerana mengalami gestational diabetes mellitus semasa hamil (GDM).
Sumber: ig rajafarahaziz