Beberapa hari lalu, media melaporkan mengenai kes kematian seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang meninggal dunia dipercayai lemas selepas terlangkup dalam sebuah besen di bilik air rumah pengasuhnya di Batu Maung, Pulau Pinang.

Melalui laporan terbaru Harian Metro, kes kematian adik Sophia Fateha binti Wan Farhan Danial itu tidak mempunyai sebarang unsur jenayah.

“Kami Dah Maafkan Pengasuh.” Dah Terjawab Pemergian Sophia Tiada Unsur Jenayah

Bagaimanapun, menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan, keputusan hasil bedah siasat ke atas kanak-kanak berkenaan telah diperoleh dari Hospital Pulau Pinang (HPP).

ARTIKEL BERKAITAN [“Kami Masih Lagi Terkejut.” Anak 2 Tahun Lemas Dalam Besen Di Rumah Pengasuh]

Ada kebocoran pada organ perut mungkin sebab CPR

Melalui hasil bedah siasat itu juga mendapati berlaku kebocoran pada organ perut yang menyebabkan pendarahan dan pembekuan sistem darah.

IKLAN

Kecederaan itu kemungkinan berdasarkan usaha pengasuh ketika memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) bagi menyelamatkan mangsa selepas terlangkup dalam besen berisi air. Tiada unsur jenayah atau kecederaan mencurigakan dikesan pada mangsa.

Pada hari Selasa (2 Mac) lalu, Sophia ditemui dalam keadaan terlangkup dalam besen berisi air selepas ditinggalkan sementara di dalam bilik air di rumah pengasuhnya. Pada waktu kejadian juga, pengasuh wanita berkenaan mahu mengambil tuala.

“Kami Dah Maafkan Pengasuh.” Dah Terjawab Pemergian Sophia Tiada Unsur Jenayah

Sewaktu pengasuh kembali semula ke bilik air, di dapati Sophia sudah berada dalam keadaan terlangkup pada masa itu. Mangsa dipercayai masih sedarkan diri, namun beransur lemah setengah jam kemudian sebelum dihantar menaiki ambulans ke HPP.

Selepas beberapa jam dalam keadaan kritikal, kanak-kanak terbabit disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya.

ARTIKEL BERKENAAN [“Pengasuh Ambil Tuala, Anak Di Bilik Air. Bila Datang, Kepala Dah Tenggelam Dalam Besen”]

IKLAN

Jenazah Sophia selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Matang, Permatang Damar Laut. Manakala, pengasuh wanita tersebut telah direman selama empat hari sehingga 7 Mac bagi membantu siasatan kes.

“Kami dah maafkan pengasuh”

Sementara itu, melalui hantaran di FB Wan Farhan Danial, dia ada memuat naik status memohon agar orang ramai tidak membesarkan lagi isu ini dan tidak menyalahkan pengasuh.

“Kami Dah Maafkan Pengasuh.” Dah Terjawab Pemergian Sophia Tiada Unsur Jenayah

IKLAN

Bapa kepada dua cahaya mata ini juga turut memaafkan pengasuh anaknya dan memohon kemaafan kepada pihak pengasuh untuk segala tanggapan yang dibuat sepanjang isu ini mendapat perhatian ramai.

Semuanya dah ketentuan ilahi.  Alhamdulillah… sudah terjawab segala persoalan… pengasuh tidak bersalah…

Saya juga ingin menyatakan bahawa kami telah memaafkan serta memohon kemaafan kepada pihak pengasuh untuk segala salah faham yang timbul sepanjang isu ini dan mohon jasa baik semua agar tidak membesarkan lagi isu ini.

Kredit: Harian Metro & Wan Farhan Danial

“Kami Dah Maafkan Pengasuh.” Dah Terjawab Pemergian Sophia Tiada Unsur Jenayah

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI