Siapa yang tidak bersedih bila mana zuriat yang dinantikan sekian lama hanya dipinjam Allah cuma seketika. Sayu dan sedih namun betapa kuat dan sabarnya insan bernama Azmi Saat ini, dia reda bila mana takdir yang sudah tertulis buatnya dan isteri.

Melalui satu perkongsian Azmi di laman facebook dan Instagramnya semalam, Azmi dikhabarkan sudah pun pulang ke rumahnya. Sedih kerana terpaksa pulang ke rumah berdua tanpa anak namun kedua-duanya akur dengan ketentuan Allah.

“Kami Datang Bertiga Tapi Balik Berdua Saja” Azmi & Isteri Yakin Allah Berikan Yang Lebih Baik!

Malah kata Azmi, dia yakin Allah menjanjikan yang lebih baik dan indah untuknya dan isteri.

“Hari ni kami sudah dibenarkan keluar dari hospital walaupun mereka sangat menyarankan untuk kami tinggal di sini beberapa hari lagi sampai isteri benar-benar sihat.

“Kami datang bertiga tapi balik berdua sahaja. Itulah takdir. Sehebat mana pun rancangan kita, sekuat mana pun penjagaan kita, tetap Allah yang maha merancang dan pemilik segalanya,” tulisnya.

“Kami Datang Bertiga Tapi Balik Berdua Saja” Azmi & Isteri Yakin Allah Berikan Yang Lebih Baik!

Kata Azmi lagi, dia dan isteri sudah reda dan sentiasa berdoa agar dapat mengharungi ujian ini dengan sebaiknya.

“Kami bersyukur Ya Allah dengan ujian ini. Kami redha dan sabar dengan apa yang kau takdirkan untuk kami.

“Kau sahajalah yang tahu betapa kuat kami meharungnya. Moga sabar kami tergolong dalam sabar yang cantik. Ganjarilah kami dengan rahmat dan kebaikanMu di dunia lebih lagi Akhirat.

“Kami Datang Bertiga Tapi Balik Berdua Saja” Azmi & Isteri Yakin Allah Berikan Yang Lebih Baik!

“Terima kasih OHANA Specialist Hospital. Allah tarik satu tapi Allah gantikan dengan ramainya orang-orang yang super baik dalam hidup kami.

“Itulah keluarga Ohana Specialist. Mereka semua sangat menyangi kami seperti keluarga sendiri. Moga kami tetap berkeluarga sampai ke Syurga,” tulisnya lagi.

Berkongsi dua keping gambarnya bersama isteri ketika meninggalkan hospital, Azmi yakin dia dan isteri menjadi lebih kuat malah yakin Allah akan memberikan yang lebih baik buatnya dan isteri.

“Kami Datang Bertiga Tapi Balik Berdua Saja” Azmi & Isteri Yakin Allah Berikan Yang Lebih Baik!

“Kami akan kuat. Kami yakin Allah akan berikan yang lebih baik.

“Selamat tinggal Ohana. Nantikan anak kami yang kedua. Insya Allah,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azmi Saat (@azmi_saat)

Terdahulu, pada Isnin 27 September, Azmi selamat menimang cahaya mata pertamanya selepas 10 tahun menanti. Namun ternyata Allah lebih menyayangi bila mana zuriat bernama Khairul Afnan itu dijemput Ilahi, tiga hari selepas kelahirannya.

Menarik: Seronoknya Bawa Duit Kepok-Kepok, Beli Emas Guna Duit Simpanan RM5 Je, Bila Dapat Puas Hati

“Kami Datang Bertiga Tapi Balik Berdua Saja” Azmi & Isteri Yakin Allah Berikan Yang Lebih Baik!

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Bagaimana caranya untuk kita pastikan hanya yang terbaik untuk anak-anak? Ayuh, sempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS 2021) sama-sama kita pelajari cara menjadi SUPERHERO anak dengan menyertai webinar Detik Indah Si Manja

Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI