Jika usia anak mencecah setahun namun belum mampu mengungkapkan sepatah perkataan pun, ibu bapa patut bimbang. Berkemungkinan anak berdepan masalah lambat bercakap berbanding rakan seusianya yang lain.
Sekiranya ibu bapa hanya menyedapkan hati dengan membuat andaian sendiri dan semakin lambat rujuk pada pakar sekali gus masalah lambat bercakap tidak dapat diselesaikan.
Pada masa sama, mungkin juga kanak-kanak itu berdepan pelbagai masalah lain seperti fokus, autisme, kemahiran moto kasar dan saraf.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang ibu, Puan Nur Jannah, mengenai anaknya yang bakal menginjak usia 3 tahun tetapi hanya boleh sebut susu dan mama. Selebihnya jika nak sesuatu hanya tunjuk saja tetapi apa yang kita cakap dia faham.
Anak orang lain seusia Maryam petah cakap
Saya nak share pasal anak bongsu Maryam Nayla. Bulan 3 tahun 2021 genap 3 tahun.
26hb Nov, saya terbaca pasal Doc Say Shazril pasal speech delay. Yes I admit I am denial parent.
Bila tengok kanak-kanak sebaya Maryam boleh bercakap, memang rasa jealous. Tapi dalam hati masih deny. Mungkin Maryam ni lambat sikit bercakap sebab dia dapat kaki cepat.
Bila Maryam aktif panjat sana sini masih sedapkan hati yang Maryam terbiasa dengan pembawakan dua abang dia.
Tapi lepas baca sharing Dr Shazril, saya takleh sembunyikan rasa risau lagi dah. Kalau korang baca sharing Dr Shazril, anak dia yang namanya Ace lebih kurang macam Maryam.
Cuma Maryam tak tengok tab atau tv lama-lama. Dia tak fokus pada satu benda dan dia lebih suka buat hal sendiri.
Perkataan yang disebut Maryam cuma syusyu dan Mama. Kalau dia nak sesuatu, dia akan tarik tangan kita. Seolah-olah nak mintak tolong kita ambilkan. Kalau kita ambilkan apa yang dia nak, dia akan senyum dan teruja. Maknanya betullah apa dia nak tu.
Jadi saya terus whatsapp Fit In Child Development Center untuk dapatkan slot buat Maryam. Alhamdulillah, Allah permudahkan.
Kesilapan dari kami
30hb Nov, Ms Tifanny & Mr.Syafiq (kedua-dua mereka yang buat assessment) dah pesan tak boleh dekat sangat supaya tak mengganggu result assessment Maryam. Long story short, 80% kesilapan datang daripada both of us. Yah, kami admit memang agak berbeza situasi sewaktu kehadiran Maryam vs Imran dan Nuh. Termasuk masalah bisnes, family, kerja and yada yada.
Dan kami syukur Maryam bebas dari simptom autism. Cuma dorang cakap if tak cek dari awal simptom tu akan ada dan jadi habit. Saya tahu ramai ibu bapa yang risau benda ni berlaku. Bila buat hearing test, Alhamdulillah okay. Dah sujud syukur sungguh-sungguh.
Maknanya Maryam kekurangan aktiviti yang sepadan dengan umur dia. Maryam kurang masa berkualiti sebagai kanak-kanak yang sedang membesar.
Kanak-kanak umur Maryam needs fun time. Kesilapan kami bila kami fikir yang dia okay bila dia seronok main permainan abang-abangnya. Semua tu menggangu semua kemahiran yang dia perlu tingkatkan masa umur sekarang.
Padahal Maryam is a girl, dan abang-abang dia adalah boys. Kami dah mix up skills dia. Antaranya, saya biarkan Maryam main mainan budak lelaki dan anggap benda tu biasa. Dan lagi satu kesilapan kami biarkan dia main mainan kanak-kanak yang dah besar iaitu mainan untuk umur Imran dan Nuh. Kebanyakan mainan yang kami beli untuk Imran dan Nuh, kami akan belikan jugak untuk dia.
Hmm. Rupanya mainan-mainan tu semua less effective untuk Maryam develop cognitive skills dia. Nampak macam remeh, tapi kesan dia besar. Ditambah dengan layanan abang-abang dia buatkan Maryam ‘manja’ dan hal ni memberi kesan pada speech and language development dia.
Situasi lain pula kalau Maryam nak apa-apa, dia akan tarik tangan orang untuk ambilkan. Kita pun semestinya akan turutkan kemahuan dia tanpa banyak soal sebab rasa sweet sangat konon-konon sebab dia libatkan kita, dia perlukan kita. But its not! Sebab Maryam rasa, dia tak perlu bersuara pun untuk orang faham kemahuan dia. Kalau benda ni berlarutan, boleh buatkan kanak-kanak jadi ‘malas’ untuk develop speech skills.
Lagi satu Maryam ni susah untuk fokus pada satu-satu benda sebab terganggu dengan aksi abang-abang dia. Tapi bukan salah Imran dan Nuh.
Kami ada pemikiran ‘takpa nanti Maryam belajar dengan abang-abang.’ Again, lack of parenting skills.
Bukannya kami tak bagi perhatian dan tak ada ajar apa-apa langsung. Tapi cara tu tak berapa kena. Setiap kanak-kanak yang membesar perlukan perhatian yang berbeza.
Selepas beberapa minggu, kami cuba apa yang diajar perubahan kat Maryam adalah eye contact. Untuk solution eye contact ni, saya kena sama ketinggian dengan Maryam waktu bercakap. Kena pegang bahu dia dan bagitau dia apa yang kita nak bagitau.
Kini saya nampak perubahan yang dia semakin excited untuk cuba mainan-mainan baru. Maknanya Maryam sedang develop skills seperti mana kanak-kanak sebaya dia.
Saya tak boleh nak share banyak sebab masih baru lagi. Masih banyak lagi cara saya cuba dan perbetulkan supaya Maryam beri lebih perhatian kat permainan dia. InsyaAllah nanti saya kongsi perkembangan baru Maryam.
Permainan untuk rangsangan anak 1-3 tahun
Jadi ni toys yang Ms Tiffany cadangkan untuk tingkatkan kemahiran Maryam. Permainan ini semua untuk usia anak 1-3 tahun.
Kredit: Nur Jannah
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI