Berikutan kes kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun yang dipercayai hilang selepas pulang dari sekolah pada petang Rabu (30 Mac), ibu mangsa tampil berkongsi cerita sebenar di sebalik kejadian yang menimpa anaknya.
Menerusi perkongsian Puan Ryana Mohd Nor di Facebook, dia akui terlambat menjemput anaknya, Sofia Raniya pelajar SK Midah 1 kerana kesesakan jalan raya.
Ketika sampai, dia dipercayai tidak menemukan anaknya dan segera mencari sebelum membuat laporan polis berhubung kehilangan tersebut.
“Sepatutnya balik sekolah jam 5.50 petang tapi disebabkan kesesasakan jalan, apabila saya sampai jam 6.20 petang, dia dah tiada,” katanya.
Sebelum ini, kenyataan media Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar mengesahkan mengenai penemuan tersebut setelah pihak Polis Cheras menggerakkan team siasatan bagi mengesan kanak-kanak itu dalam kadar segera selain memohon orang bantuan orang ramai menyalurkan sebarang maklumat di media sosial.
“Pada jam lebih kurang 9.35 malam, kanak-kanak tersebut dijumpai dalam keadaan baik oleh orang awam di kawasan perkarangan lobi Kondominium The Holmes, Bandar Tun Razak, Cheras yang kemudiannya menghubungi pihak Polis Cheras.
Ads
“Hasil pemeriksaan awal mendapati kanak-kanak tersebut dalam keadaan baik dan tidak mengalami apa-apa kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan media.
Tak guna perkhidmatan van sekolah
Sementara itu, ibu Sofia Raniya menafikan bahawa anaknya tersilap menaiki van kerana mereka tidak pernah menggunakan perkhidmatan pengangkutan berkenaan untuk ke sekolah.
“Setiap hari saya atau ahli keluarga yang lain akan menghantar dan mengambil anak-anak di sekolah, kami tidak menggunakan perkhidmatan van,” kata Ryana.
Ditinggalkan di lobi kondominium
Dia juga menjelaskan yang anaknya memberitahu telah diminta menaiki van oleh seorang lelaki sebelum meninggalkannya di lobi sebuah kondominium.
Ads
“Saya difahamkan polis menerima panggilan telefon daripada seorang penduduk kondominium berkenaan, melaporkan mengenai seorang kanak-kanak yang ditinggalkan seorang diri di lobi berkenaan,” katanya lagi.
Menggigil seolah ketakutan
Menerusi penjelasan Ryana di Facebooknya, dia menyatakan yang Sofia berada dalam keadaan menggigil seolah seperti ketakutan. Selepas bertemu dengannya, Sofia terus berlari memeluknya.
Harap individu terbabit segera ditahan
Ads
Ibu saudara kanak-kanak tersebut juga turut berharap individu yang membawa pergi anak buahnya segera ditahan dan kedua-dua mereka mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu mencari Sofia Raniya.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang suami dan ayah yang baik pasti nak bahagiakan isteri dan anak-anak kan? Itu antara impian seorang lelaki. Orang kata kalau banyak belanja keluarga, lebih banyak rezeki yang masuk.
Sama seperti Johan Raja Lawak yang tidak lokek berbelanja untuk isterinya yang juga pelakon terkenal, Ozlynn.
Dalam satu posting yang di muat naik oleh Ozlynn dalam laman sosialnya, dia meluahkan rasa gembira kerana selalu diberi ‘me time’ oleh suaminya.
Malah kesemua anak-anak dijaga oleh Johan ketika Ozlynn keluar membeli belah. Memang nampak tak kekok menjaga anak-anak.
“Beza papa hantar gambar dengan mama hantar gambar🤣🤣🤣 mama rasa bersalah??”
“Oh langsung tidak.. sebab papa bagi kad bank dan cakap, pi la enjoy.. cuma nak pesan 1 jek.. “ hati-hati ok, lepas selesai urusan u balik terus.. ingat, u cinderella i”
“Sambil kiss dahi 😍😍😍 maceh papa.. walaupun bila mama bagi bil hidung papa berdarah… 🤣🤣🤣🤣🤣 love u sayang”
Rata-rata rakan selebriti dan warga maya memuji sikap Johan dan menganggap rezeki mereka sekeluarga sentiasa mencurah-curah kerana sikap Johan yang baik terhadap keluarganya itu.
Kredit: Ozlynn
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tak kenal dengan usahawan kosmetik terkenal di Malaysia iaitu Dato Seri Vida?Dato Seri Vida (DSV) atau nama sebenarnya iaitu Hasmiza binti Othman 52, dikenali sebagai pempengaruh, usahawan, penyanyi dan juga seorang ibu. Cara didikan dan layanan dia terhadap anak dikagumi ramai.
Sebelum ini dia mengeluarkan lagu ‘La Vida Raya’, kali ini lagu raya terbaru yang dikeluarkannya bertajuk Muah Hari Raya. Apa yang lebih menarik adalah penglibatan kedua anaknya dalam muzik video tersebut. Suka lihat keluarga ini, anak-anak turun padang menjayakan muzik video DSV. Nak tengok best ke tak, boleh ke youtube DSV!
Baru-baru ini juga, anak lelakinya iaitu Muhammad Eric Zecquan Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Kacak mengeluarkan jenama baju raya sendiri iaitu Kacak World. Dato Seri Vida sebagai ibu yang ‘supportive’ setiasa memberi sokongan kepada anaknya. Dalam satu video tiktok DSV doakan kacak dan menerusi kapsyennya “InsyaAllah ada rezeki buat @KACAKWORLD. Mohon kawan-kawan Tiktok Mama Support Kacak okay!” Apa yang lebih menyentuh hati warganet adalah Kacak beri baju raya keluarannya secara percuma kepada abang petronas walaupun belum rasmikan jualannya lagi. Detik bermulanya momen menyentuh hati melihat kegembiraan lelaki tersebut.
“Kacak tak jual satu lagi”
“takpe, rezeki akan datang in sha Allah”
“kita bagi dulu, in sha allah..”
“tapi meniaga kena rasmi dulu kacak…”
“takpe ma, kita sedekah dulu rasmikan dengan sedekah…”
Bapa sepupu yang menyebabkan seorang seorang kanak-kanak kritikal akibat kandungan dadah dalam badan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun, bon berkelakuan baik selama tiga tahun dengan cagaran RM3,000 dan khidmat masyarakat selama 180 jam oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada Selasa.
Positif dadah jenis methamphetamine dan morfin
Hukuman diputuskan oleh Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli selepas tertuduh, Mohd Shahrizuan Alias, 32, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikemukakan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak lelaki yang berusia tiga tahun sembilan bulan itu didakwa mendedahkan kanak-kanak tersebut kepada sesuatu yang berbahaya terhadap tubuh badan iaitu dadah berbahaya jenis metamphetamine dan morfin sehingga menyebabkan mangsa mengalami drug toxicity.
Kesalahan dilakukan di tepi sungai Kampung Sri Jaya, Mahligai, Dabong, Kuala Krai pada jam 3 petang, 18 Jun lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1) akta sama apabila disabitkan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.
Berdasarkan fakta kes, pada 19 Jun lalu, pihak Hospital Gua Musang menerima pesakit kanak-kanak tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri dibawa oleh ibunya untuk rawatan.
Ujian saringan air kencing mendapati kanak-kanak itu positif dadah jenis methamphetamine dan morfin serta dipercayai terlebih dos hingga kritikal.
Sehari sebelum itu, kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) itu dibawa keluar oleh tertuduh untuk pergi mandi sungai.
Mangsa diletakkan di dalam kereta bersendirian kerana dilihat mengantuk sementara tertuduh turun semula ke sungai untuk mengambil anak lelakinya yang berusia dua tahun enam bulan. Mangsa dipercayai meminum air mengandungi dadah milik tertuduh yang diletakkan di dalam kereta itu kerana mendapati botol sudah kosong.
Tertuduh ditangkap pada jam10 malam, 19 Jun lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry, manakala tertuduh tidak diwakili peguam dan memohon hukumannya diringankan kerana perlu menyara keluarga.
Wan Nurul Hanini bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara yang setimpal terhadap tertuduh kerana kecuaian terhadap kanak-kanak di bawah umur dan OKU tersebut.
“Mangsa yang masih kecil tidak dapat membezakan air yang mengandungi dadah kerana usia muda selain memerlukan pemerhatian serta tunjuk ajar.
“Tertuduh tidak sepatutnya cuai hingga menyebabkan mangsa kritikal hingga memerlukan bantuan oksigen,” katanya.
Dalam kejadian lalu, ibunya menyedari kanak-kanak itu berada dalam keadaan lemah dengan muka bertukar kebiruan pada jam 5 pagi lalu dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk rawatan.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.