“Kami Masih Belajar” Anak Genap Setahun, Banyak Mengajar Ernie Zakri Jadi Ibu Terbaik!

Share

Benar, melalui anak sulunglah kita belajar menjadi mak ayah terbaik dari hari ke hari. Bermula dengan tiada ilmu dan pengalaman, anak sulunglah yang memberikan kita pelbagai ilmu.

Bagi pasangan selebriti Ernie Zakri dan Syamel, anak mereka, Nur Khawla Soleha yang mengajar mereka menjadi ibu dan yang lebih baik ayah dari hari ke hari.

Puteri kesayangan pasangan ini, Nur Khawla Soleha yang dilahirkan pada tanggal 22 Februari tahun lalu kini sudah pun berusia setahun.

Menerusi Instagramnya, Ernie berkongsi kisah perjalanannya bergelar ibu walaupun dalam kesibukan kerjayanya setiap hari.

Menarik: Tiap Kali Mengemop Kena Berebut, Anak Kedua Shukri Yahaya Suka Mengemas, Ramai Nak Buat Menantu!

Mengakui masih belajar menjadi ibu dan ayah terbaik, Ernie menitipkan ucapan paling manis buat buah hati tersayangnya yang kini genap setahun.

“22.2.2023. Genap setahun dah anak eibu, my darling daughter.

“Alhamdulillah, doa Eibu Daddy agar Nur Khawla Soleha sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah swt,” tulisnya.

Akui Ernie, anak kecilnya itulah yang mengajarnya dari hari ke hari untuk menjadi ibu yang lebih baik masih kini masih belajar untuk menjadi ibu yang lebih baik buat Khawla.

“Tak terasa setahun perjalanan Eibu Daddy belajar menjadi ibu bapa yang terbaik untuk Khawla.

“We’re still learning, terima kasih kerana mengajar kami, nak.

“Paling cantik, paling cheeky di mata Eibu Daddy. Harta paling bernilai, terima kasih Ya Allah,” kongsi Ernie lagi.

Melalui entri yang sama juga, Ernie dan Syamel dilihat turut menyanyikan lagu hari lahir buat Khawla yang ketika itu masih tidur.

Mendengar alunan suara merdu ibu dan ayahnya, Khawla lantas bangun dan menggoyangkan tangannya. Memang comel.

Menjengah ke ruangan komen, wargamaya turut menitipkan ucapan hari lahir buat Khawla malah turut mendoakan agar anak kecil itu diberikan kesihatan yang baik serta terus membesar dengan sihat.

Semoga Khawla terus membesar dengan sihat malah menjadi penyejuk hati ibu dan ayahnya.

Menarik: Nama Pendek & Sweet, Mia Ahmad Kongs Nama Buah Hati Terbaru, Senang Nak Sebut!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Published by
SRM