Meskipun nyawa sendiri menjadi taruhan, barisan pengamal perubatan di negara ini, terus mengerah kudrat memberikan rawatan terbaik kepada pesakit COVID-19.
Bakti dicurahkan golongan profesional itu langsung tidak mengharapkan sekelumit balasan, namun hanya satu permintaan yang amat didambakan mereka daripada rakyat Malaysia.
Menerusi kumpulan perbualan dinamakan ‘Rayuan Pengamal Perubatan’yang diwujudkan di laman Facebook, rata-rata pejuang barisan hadapan ini tampil menzahirkan harapan supaya masyarakat memberikan kerjasama sebaiknya kepada mereka dalam usaha memerangi penularan COVID-19.
Antara luahan menyayat hati ialah Pegawai Perubatan dari Hospital Kemaman, Dr Lee Hoong, yang ketika ini terpaksa menjalani kuarantin selepas terdedah kepada jangkitan daripada pesakit COVID-19.
“Hari ini ialah hari ketiga saya menjalani proses kuarantin, masih berdebar menunggu keputusan ujian sampel tekak. Rakan dan keluarga amat risaukan saya.
“Saya sangat rasa bersalah dengan rakan sepasukan yang terpaksa bekerja saban hari untuk membantu operasi kerana segelintir daripada kami terpaksa menjalani tempoh kuarantin.
Ads
“Diharapkan, keputusan sampel jangkitan saya adalah negatif supaya dapat kembali berkhidmat dengan rakan sepasukan untuk menangani penularan COVID-19 secara bersama,” katanya.
Menerima nasib sama, Pegawai Perubatan Epidemiologi dari Hospital Teluk Intan, Dr Nik Shaheeda Yusoff, berkata kepulangannya di rumah sentiasa dinantikan dua anaknya, sejak sibuk bertugas merawat pesakit COVID-19.
Bagaimanapun, hasrat itu terpaksa ditangguhkan sekurang-kurangnya 11 hari lagi, memandangkan beliau masih menjalani tempoh kuarantin selepas terdedah dengan jangkitan daripada pesakit COVID-19.
“Tolong doakan kerana ketika ini kami berdepan kekurangan tenaga pekerja. Saya tidak sabar untuk kembali berjuang dengan rakan sekerja di barisan hadapan, supaya kami saling menyokong.
Ads
“Kepada rakyat Malaysia, kekal berada di rumah, pastikan anda selamat dan jangan menipu. Bersama kita tempuh cabaran ini,” katanya.
Meskipun sedang ‘berbadan dua’ juga ternyata bukan alasan buat Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Ain Ariffin, yang masih berada di barisan hadapan untuk menyediakan perkhidmatan rawatan kepada pesakit, termasuk individu dijangkiti COVID-19.
Mengakui risau dengan kesihatan dan keselamatan kandungannya, beliau bagaimanapun masih ingin menabur bakti berbekalkan kepakarannya, tatkala negara di ambang krisis penularan wabak berkenaan.
Ads
“Saya berusaha sebaiknya untuk mengurangkan risiko terdedah kepada COVID-19 kerana memikirkan anak dalam kandungan.
“Saya masih risau setiap kali berjumpa dengan pesakit, tetapi diharapkan semuanya kembali lebih baik nanti,” katanya.
Tahun 2020 nampaknya terus memberi kegembiraan kepada seluruh ahli keluarga Ainul Mardhiah apabila bayi kesayangan rakyat Malaysia ini telah menunjukkan perubahan yang baik sepanjang masa selepas berjaya dalam pembedahan tahun lalu.
Menurut Ahmad Safiuddin, dalam seminggu ini, gusi atas Ainul mulai bengkak. Mungkin nak tumbuh gigi lagi. Sebelum ini, katanya, dua giginya sudah tumbuh di bahagian bawah.
Ahmad Safiuddin, 25, berkata perubahan itu dikesan kerana air liur di mulut anak perempuan kesayangannya itu kerap mengalir sehingga ada ketika menyebabkan Ainul Mardiah berasa tidak selesa.
Bagaimanapun, katanya, Ainul Mardhiah yang kini memiliki berat badan enam kilogram pada usianya 16 bulan tetap aktif dan lasak, serta memberi reaksi positif setiap kali namanya dipanggil.
“Setiap bulan, rutin kami sekeluarga adalah seperti biasa iaitu membuat pemeriksaan kesihatan berkala di Hospital Melaka untuk memantau perkembangan hasil pembedahan yang dilakukan di United Kingdom (UK), tahun lalu.
“Pemeriksaan ini termasuk menjalani Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI). Alhamdulillah selepas enam bulan pembedahan berlangsung, perkembangannya cukup baik.
“Kami bersyukur kerana doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) akan turun ke Hospital Melaka setiap bulan, sekali gus memberi kesempatan untuk turut memantau perkembangan Ainul yang masih tetap memakai oksigen,” katanya ketika dihubungi BH.
Ditanya bagaimana sambutan dan perhatian diterima Ainul Mardhiah terutama ketika berada di hospital, Ahmad Safiuddin berkata, sebagai ‘bayi kesayangan rakyat Malaysia’ Ainul Mardhiah memang mengundang perhatian umum yang ingin melihat perkembangannya serta untuk merakamkan gambar.
Katanya, dalam keadaan sekarang perkembangan kesihatan Ainul Mardhiah cukup baik dan perlu dipantau secara menyeluruh dalam tempoh enam bulan lagi.
“Setiap Khamis, kami juga menjemput juru fisioterapi untuk datang ke rumah bagi membolehkan Ainul menjalani rawatan secara intensif untuk proses tumbesarannya.
“Dalam keadaan sekarang pun, dia memang cukup aktif dan akan menggapai apa sahaja termasuk wayar yang ada di badannya,” katanya tergelak.
Ainul Mardhiah sebelum ini menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulut selepas bertarung nyawa selama lima jam di hospital kanak-kanak di London, UK pada 10 Jun tahun lalu.
Bayi itu pernah menjalani MRI di hospital terbabit sebelum pembedahan berkenaan.
Pembedahan membabitkan perbelanjaan mencecah RM1 juta itu berjaya direalisasi sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway, selain bantuan pelatih pakar bedah, Dr Nur Amalina Che Bakri.
Sumber: Berita Harian; ig Ahmad Safiuddin & Nurul Erwani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang lelaki dipenjara enam tahun setelah didapati bersalah menyebabkan bayinya mengalami kecederaan teruk pada otak yang berlaku di Victoria, Australia.
James Tipene, 33, mengaku bersalah menggoncang anaknya yang berusia lima minggu hingga tidak sedarkan diri selepas berang dikejutkan dari tidur pada 26 Jun tahun lepas.
Ketika perbicaraan dijalankan, James memberi alasan dia bertindak demikian kerana mahu anaknya ‘lebih jantan’ dan berhenti menangis, lapor portal Daily Mail.
Hakim mahkamah ketika menjatuhkan hukuman berkata bayi itu bernasib baik tidak terbunuh akibat daripada tindakan keji ayahnya sendiri.
Bayi yang dilahirkan pada Mei 2018 itu mengalami pendarahan pada otak, sawan, kekurangan oksigen, kecederaan tulang belakang dan kecederaan pada mata.
Mangsa ditemukan ibunya dalam keadaan sejuk, mata terbeliak dan tidak sedarkan diri.
Tertuduh pada mulanya berbohong mengenai punca kecederaan pada bayi itu apabila ditanya oleh pasukan paramedik dan doktor, namun akhirnya mengaku apabila perbualannya dengan ibu mangsa dirakam polis.
Bayi lelaki itu yang terpaksa menjalani pembedahan pada otak dilaporkan tidak akan dapat merangkak dan mungkin berdepan kerosakan neuron seumur hidup.
James menyalahkan pembawaan ganas pada dirinya ketika membesar di mana dia diajar bahawa “lelaki tidak boleh menangis” dan bayi yang menangis “tidak cukup jantan”.
Anak sulung Dato Aliff Syukri dan Datin Shahida, Ammar Ahyan, 15, selamat berangkat ke tanah suci bagi menunaikan ibadah haji.
Menurut perkongsian Datin Shahida di laman instagramnya, dia menyifatkan anak sulungnya itu dikurniakan rezeki awal kerana berpeluang menunaikan haji di usia muda.
“Gambar masa kecil tu umur ammar 1 tahun..masa ni nenek @bondarozitaibrahim belanja kita pergi umrah”
“Sekarang ammar dah 15 tahun …Rezeki ammar dapat tunai haji di usia muda..semoga menjadi anak soleh dan abang yang dapat bimbing adik-adik”
Datin Shahida turut mendoakan anak sulungnya agar urusan menunaikan haji dipermudahkan.
Selamat Berangkat ke Arafah, Ammar…semoga dipermudahkan segala urusan.. Doakan keluarga kita🥰
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI