“Saya tak nak salahkan sesiapa atau besarkan hal ini, bagi kami ALLAH pinjamkan dia sementara saja dan kami terima seadanya,” itu yang diluahkan oleh Suraya Mohd Taib, 24, ibu kepada bayi berusia 6 bulan yang meninggal dunia di bawah jagaan pengasuh taska.
Menerusi laporan Sinar Harian, bayi lelaki, Muhammad Nur Fatih didapati tidak sedarkan diri dan pucat sebelum di bawa ke klinik berdekatan sedangkan sebelum itu semasa di hantar oleh kedua ibu bapanya berada dalam keadaan elok.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi (Khamis), bayi berkenaan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bayan Baru oleh pengusaha taska di Bukit Gedung, Pulau Pinang dalam keadaan tidak sedarkan diri dan pucat.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, menurut ibu bayi berkenaan, dia menghantar anaknya ke taska terbabit jam 6.30 pagi dalam keadaan baik dan sihat.
Menurutnya, bayi berkenaan dihantar ke taska sejak berusia tiga bulan lagi.
Ads
“Selepas dihantar, pekerja taska berusia 20 tahun itu tidur bersama bayi berkenaan namun dia meninggalkannya seketika pada jam 8 pagi untuk ke tandas.
“Namun ketika wanita terbabit kembali semula, dia mendapati bayi berkenaan tidak sedarkan diri dan kelihatan pucat lalu cuba memberi bantuan pernafasan (CPR) tetapi tidak berjaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Anbalagan berkata, bayi berkenaan kemudiannya dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bayan Baru dan disahkan meninggal dunia.
Katanya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan pendarahan di dalam kepala dan tiada unsur jenayah berlaku pada si mati.
Sementara itu, Suraya menjelaskan, keluarganya reda atas ketentuan ALLAH SWT walaupun merasakan perit dengan kehilangan cahaya mata mereka.
Ads
Suraya berkata, dia menerima panggilan dari taska pada jam 9.15 pagi memaklumkan anaknya tidak sedarkan diri dan dibawa ke klinik untuk rawatan lanjut.
Gambar hiasan
“Saya dan suami yang sedang bekerja di sebuah kilang terus bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan itu sebelum kami dikejutkan dengan berita kematian,” katanya.
Menurutnya lagi, jenazah anaknya itu dibawa pulang ke kampung halaman di Pengkalan Hulu, Perak untuk dikebumikan.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang bayi lelaki yang masih bernyawa dan bertali pusat dipercayai baru dilahirkan ditemukan berlumuran darah di bumbung sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Seri Dermawan, Bercham di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A Asmadi Abdul Aziz, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan bayi itu pada jam 12.35 tengah hari daripada orang awam.
Beliau berkata bayi itu dicampak oleh seorang remaja perempuan berumur 16 tahun dari tingkap biliknya yang terletak bahagian belakang tingkat atas rumah berkenaan dengan ketinggian kira-kira sembilan meter.
“Seorang saksi yang juga jiran suspek, mendengar bunyi kuat sesuatu terjatuh di bahagian bumbung rumahnya dan kemudian menemui bayi berkenaan sebelum bertindak menghubungi pihak polis,” katanya ketika dihubungi di sini, malam tadi.
Menurutnya, pemeriksaan di bilik suspek yang masih belum ke sekolah kerana baru sebulan berpindah ke rumah berkenaan dari Batu Caves, Selangor mendapati terdapat kesan tompokan darah pada jeriji tingkap serta cadar biliknya.
A Asmadi berkata bayi malang itu berada dalam keadaan kritikal serta mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal, Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi, Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.
“Suspek dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan lanjut. Keterangan lanjut masih belum diterima kerana remaja itu dalam keadaan lemah akibat mengalami pendarahan selepas melahirkan bayi berkenaan,” katanya.
Tambah beliau, soal siasat ke atas ibu dan dua adik suspek mendapati mereka tidak mengetahui mengenai kehamilannya remaja itu, malah semasa kejadian, dia tidak menunjukkan sebarang petanda mahu melahirkan anak, sebaliknya hanya memberitahu baru saja datang haid.
Beliau berkata saksi-saksi kes berkenaan akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan lanjut.
Sumber: BERNAMA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kita hanya merancang tapi di sebaliknya semua itu rahsia Allah. Beberapa bulan lalu, pernah viral kisah isteri yang masih dalam pantang lagi pergi meninggalkan suami dan anak yang ketika itu baru berusia 40 hari.
Kisahnya itu cukup sedih kerana arwah pergi pada hari sepatutnya dia melahirkan anak. Tapi Allah lebih sayangkannya dan kini hanya anaklah pengganti kasih sayang arwah buat suami.
Arwah Norehan Zainal meninggal dunia pada 14 Januari lalu kerana mengalami komplikasi darah beku di jantung tanpa sempat melihat anak perempuannya yang diberi nama Annur Ayesha membesar.
Dalam perkongsian di Facebook suami arwah, Izrul Mat Taib, selepas 8 bulan pemergian isteri tercinta, dia telah membawa anak perempuannya bersama ke pusara allahyarham sempena ulang tahun perkahwinannya yang kedua pada 8 September.
Apa yang membuatkannya sebak apabila melihat keletah anaknya itu seolah faham datang berjumpa dengan ibunya.
Izrul menceritakan bahawa isterinya mahu menyambut ulang tahun perkahwinan mereka pada tahun ini kerana sudah bertiga, namun hajat tersebut tidak kesampaian.
Hajat nak sambut bertiga tak kesampaian
Hari ni ulang tahun perkahwinan kita sayang yang ke 2 tahun (8 September). Sedih tak dapat sambut dengan awak. Tahun lepas pun kita sambut biasa-biasa je. Awak cakap tak apa tahun depan kita sambut bertiga meriah sikit sebab ada anak tapi tahun ni kita sambut kat sini je cuma alam kita berbeza.
Kadang hati rasa tak kuat
Kadang hati ni rasa reda kadang tak. Saya sayang awak sangat-sangat. Terbayang-bayang awk ada lagi dengan saya. Dah lama nak melawat awak tapi hari ni saya ambil cuti nak bawa Ayesha jumpa awak sebab hari ni ulang tahun perkahwinan kita.
Kadang saya rasa down sangat-sangat tapi hidup perlu diteruskan. Harap awak damai la di sana dan semoga awak ditempatkan di kalangan orang beriman. Semoga suatu hari nanti kita dapat berkumpul keluarga kecil kita nanti di syurga. Saya dengan Ayesha sayang awak sangat-sangat. Awak sentiasa di hati saya. Love u sayang.
Sebelum ini kisah arwah Norehan telah membuatkan sesiapa yang membaca coretan suaminya boleh menitis air mata. Ini kerana dia pernah cakap bila dia tidur mungkin akan tidur selamanya.
Namun takdir Allah tiada siapa mampu menolak. Hanya demam biasa sehari sebelum pemergian sebelah petangnya, keesokannya Allah ambil buat selama-lamanya selepas doktor sahkan arwah ada darah beku di jantung.
Kepulangan bayi kesayangan rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah yang sedang menjalani rawatan di London telah ditangguhkan ekoran masalah kesihatan yang dihadapinya.
Ainul Mardhiah yang bertolak dari United Kingdom sepatutnya dijadualkan tiba di Malayisia pada petang ini. Bagaimana pun kepulangan bayi ini terpaksa dibatalkan susulan masalah kesihatan dihadapinya.
PENERBANGAN DIBATALKAN
Ibu saudara Ainul, Anis Sofiah Ahmad Razak, 22, berkata, penerbangan yang sepatutnya dijadualkan 9.30 malam tadi (waktu United Kingdom) dibatalkan 11.45 malam tadi.
“Abang beritahu, doktor tidak benarkan Ainul balik lagi namun tidak dimaklumkan punca jangkitan.
AMBIL ANTIBIOTIK & AKAN BERADA DI UK 2 MINGGU LAGI
“Ainul perlu mengambil ubat antibiotik semula sekurang-kurangnya seminggu dan mereka mungkin akan berada di sana (UK) selama dua minggu lagi,” katanya kepada NSTP di Melaka, hari ini.
Pa&Ma sebelum ini melaporkan bayi berusia 10 bulan itu, dijangka tiba di negara hari ini sebelum akan terus ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Ainul bersama bapa Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, dan isteri, Nurul Erwani Zaidi, 24, sudah bertolak dari United Kingdom (UK) 9.30 malam tadi (waktu UK).
Semalam Pa&Ma juga melaporkan Ainul akan dibawa pulang ke tanah air secara rahsia.
Sementara itu, mama Ainul Nurul Erwani turut memuatnaik perkembangan Ainul menerusi Insta Story.
“Semua ini perancangan dari Allah. Kita hanya merancang tapi kita kena sentiasa ingat yang Allah punya perancangan lagi hebat.
“Bagaimana hebat pun seorang manusia itu merancang, tapi Allah jua lah yang tentukan mana yang terbaik untuk kita.
AINUL SUKA BUAT SURPRISE “Saya mama kepada Ainul Mardhiah sangat berharap untuk sentiasa doakan anak saya sihat dan bertenaga setiap hari. Ainul sangat suka buat surprise kepada kami. Agaknya Ainul dah selesa tinggal kat London, Ainul rasa seronok dengan nurse dekat sini layan Ainul macam princess.
AKAN BERADA LAMA DI LONDON “InshaAllah , kemungkinan kami akan berada lama sikit di London untuk pastikan Ainul dalam keadaan yang selesa untuk naik flight. Keawangan kami Alhamdulillah Allah masih cukupkan lagi dan terus beri rezeki untuk kami.
HARAP MEDIA BERIKAN RUANG “Jangan risau pada kami. Dan saya harap pihak media haruslah beri ruang pada kami sekeluarga untuk jaga Ainul sebaiknya.
TIDAK MAHU PERKARA LAMA BERULANG “Kami perlu cari jalan yang paling terbaik untuk Ainul setibanya di Malaysia. Saya tak mahu perkara lama berulang.
“InshaAllah bila tiba waktu yang tepat Ainul akan pulang ke Malaysia, saya akan beritahu. Cuma teruskan kirimkan doa pada Ainul di setiap solat anda semua yang sayang pada Ainul.”