Ibu kanak-kanak perempuan yang dilanggar bas sekolah dalam satu kejadian di Taman Anggerik, Sepang reda dengan pemergian anak ketujuhnya itu serta tidak mahu mengambil sebarang tindakan ke atas pemandu bas berkenaan.
Tak salahkan pemandu bas sekolah
Zainab Mohideen Abdul Kadar, 37, berkata keluarganya sudah lama menggunakan perkhidmatan pemandu bas berkenaan untuk menghantar anaknya berulang-alik dari sekolah.
Beliau berkata, walaupun sedih dengan kejadian berkenaan, beliau memahami kejadian itu tidak disengajakan oleh pemandu bas berkenaan.
“Saya belum lagi bertemu dengan pemandu bas berkenaan, sebab dia masih lagi trauma dengan apa yang terjadi.
Tapi dia sudah menghubungi saya dan minta maaf atas apa yang berlaku dan saya maafkan.
“Saya pun tidak boleh salahkan pemandu bas, ketika keterangan yang diberikan kepada polis pun saya beritahu supaya pemandu ini tidak diapa-apakan. Tiada dendam pun saya simpan untuk pemandu bas ini, dia pun sudah lama menjadi pemandu bas iaitu kira-kira 25 tahun.
“Saya tiada masalah dengan dia (pemandu bas), begitu juga dengan suami, kita terpaksa reda dan tidak boleh berdendam,” katanya kepada pemberita, ketika ditemui di kediamannya.
Semalam, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof memaklumkan seorang bayi perempuan berusia setahun empat bulan maut dilanggar bas ketika mengekori kakaknya untuk ke sekolah.
Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari di Taman Anggerik, Bandar Baru Salak Tinggi (BBST), dekat sini, Wan Kamarul Azran berkata, mangsa keluar rumah dan mengekori kakaknya yang sedang menaiki bas untuk ke sekolah.
Ads
Wan Kamarul Azran berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Nak cepat, tak perasan adik ikut belakang
Sementara itu, menceritakan mengenai kejadian menyayat hati itu, saksi kejadian yang juga kakak ketiga kepada mangsa, Nurul Aishah Mohamad Kassim, 13, berkata beliau berada di tangga bas berkenaan untuk memberikan duit poket kepada adik kelimanya yang pada ketika itu sudah berada di dalam bas.
“Lepas saya bagi duit pada adik, saya turun daripada bas. Saya nampak bas itu bergerak dan melihat Zahida (mangsa) sudah berada di bawah bas. Saya terus menjerit dan mengambil adik yang pada ketika itu sudah terperosok dibawah bas. Tindakan itu diambil kerana saya takut Zahida akan digilis kali kedua dengan tayar belakang bas berkenaan.
“Nenek dan jiran yang mendengar jeritan saya kemudiannya terus keluar dan bertanyakan apa yang berlaku sebelum jiran menolong kami menghantar Zahida ke klinik berdekatan,” katanya.
Nurul Aishah berkata, selepas pemandu bas berkenaan menyedari kejadian itu, beliau terus meminta maaf berulang kali kepada nenek dan memaklumkan tidak menyedari Zahida berada di bahagian kiri bas terbabit.
“Selepas meminta maaf, nenek menyuruh pemandu bas itu menghantar murid lain yang berada di dalam bas berkenaan ke sekolah sebelum terlambat. Pemandu bas berkenaan sangat bertanggungjawab kerana selepas menghantar kesemua murid itu, beliau datang ke rumah bertanyakan keadaan Zahida.
Ads
“Dia sekali lagi meminta maaf, kerana tidak nampak Zahida dan kejadian itu tidak disengajakan. Mak kata tidak mengapa, dia tak salahkan pakcik berkenaan atau pun saya. Kerana kami berdua tidak perasan Zahida keluar dari rumah,” katanya.
Adik yang manja
Mengenangkan semula keletah adik bongsunya itu, Nurul Aishah berkata Zahida adalah seorang adik yang manja dengan semua orang dan sangat rapat dengan ayah serta neneknya.
“Saya memang rapat dengan Zahida, dia memang suka ‘mengekor’ walaupun ke mana sahaja saya pergi, saya juga selalu bergurau dengannya,” katanya.
Dalam pada itu, Wan Kamarul Azran ketika dihubungi memaklumkan, pihaknya kini sedang menyiapkan kertas siasatan untuk dibawa kepada pihak pendakwaan.
“Pemandu bas berkenaan sudah ditahan semalam dan selesai memberi keterangan kepada pihak polis. Dia juga sudah dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.
Menitis air mata setiap kali mengingati kembali perjuangan anak kecil ini. Ainul Mardhiah seindah namanya bidadari syurga bersemangat dan kuat melawan penyakit kanser dan ketumbuhan pada lidah kini genap setahun.
Anak kepada pasangan Ahmad Safiuddin dan Nurul Erwani ini sebelum ini menghidap Germ Tumor Cell dan telah melalui pembedahan membuang ketumbuhan pada mulutnya. Si kecil ini berada hampir dua bulan di London untuk menjalani rawatan, pembedahan dan rawatan susulan sebelum pulang ke Malaysia beberapa minggu yang lalu.
SEMOGA ALLAH MERAHMATI & MELINDUNGI
Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, bapa kepada Ainul merakamkan kesyukuran sempena ulang tahun kelahiran pertama Ainul pada 13 Ogos (semalam). Bapa ini turut menitipkan doa agar anaknya dirahmati dan dilindungi Allah sentiasa.
“Alhamdulillah, cukup setahun. Semoga Allah swt merahmati dan melindungi kamu anak!”
Manakala ibu Ainul, Nurul Erwani Zaidi pula mencoretkan kesyukurannya di Instagram sempena ulang tahun pertama anak. Ibu ini mengakui ujian yang masa lalu mengajar erti kehidupan. Erwani mengharapkan supaya terus diberikan peluang menjaga Ainul.
“Selamat Ulangtahun yang pertama buat anak mama, Ainul Mardhiah. Alhamdulillah. Syukur hanya pada ALLAH SWT untuk nikmat yang paling berharga ini. .
“Bermacam pengalaman yang baru untuk mama dan walid dalam menjaga dan membesarkan Ainul. Ujian dan dugaan bertalu talu datang untuk mengajar mama dan walid erti kehidupan.
“Setiap masa mama doa supaya Allah sentiasa beri peluang pada mama untuk jaga Ainul, beri mama dan walid petunjuk dan juga sentiasa permudahkan urusan kita semua.
“Nanti kita celebrate birthday sama sama dengan mama ya Ainul. you sayang.”
Di ruangan Instastory, ibu ini turut memuatkan beberapa ucapan dan kehadiran insan-insan yang rapat yang memeriahkan hari ulangtahun Ainul Mardhiah ini.
Selain itu, bayi kesayangan rakyat Malaysia ini mendapat restu dan doa daripada warganet.
“Happy birthday sayang…semoga sentiasa diberi kesihatan yg baik, menjadi anak solehah dan dlm lindungan Allah selalu…”- ameirsue
“Sannah helwah sweetie semoga dipermudahkan urusan walau dimana ainul berada & semoga rezeki ainul melimpah ruah. Salam syg buat ainul.” – nh.hdyah_
“Ainul dah berada di wad Hospital wanita dan kanak-kanak KL kan.. sanah helwah nak..sebgmn kekuatan yg dirimu ada begitulah kekuatan yg ada pd ibubapamu..anty tak boleh lihat situasi begini. terkenang anak perempuan anty masa dia baby dulu..segalanya berpaut pd doa dan kekuatan yg Allah swt berikan pd anty untuk tempuhi ujian Allah swt..”- ummi_esya
Resipi-resipi viral yang bertebaran di media sosial buat kita terasa hendak mencuba. Apa kata kali ini kita cuba hasilkan pula Kuih Titisan Hujan atau Rain drop cake yang sedang viral sekarang ini. Apa resipinya?
Dia nih la yang duk viral kat tik tok sekarang ni kan heheheh. Maksu pun terjebak jugak. Apa ke nama kuih nih. Haaaa!! Rain drop cake katanya heheheh.
Nih guna agaq-agaq serbuk swan tu ja. Balance ayaq gula lopez tu kita tuang dalam tu. Soy bean powder tak dak, saja nak test ja rupa dia hehehe.
Memang dia lembut macam air embun pagi gitew. Kalo kome nak buat main-main boleh try.
Bahan-bahan:
1/2 tbs serbuk agar-agar swallow layang-layang
1 tbs gula castor (gula ni tak cukup kome kena tambah, maksu just nak tengok texture ja,) tambah la gula kalau nak ya)
700ml air
Rebus sampai mendidih, cari mangkuk dalamnya membulat macam acuan lompang tu.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tempoh cuti bersalin kini dilanjutkan daripada 90 hari kepada 98 hari manakala cuti paterniti lelaki dilanjutkan daripada tiga hari kepada tujuh hari.
Menerusi laporan Utusan Malaysia, Rang Undang-Undang Kerja (RUU) (Pindaan) 2021 telah diluluskan di Dewan Rakyat yang menyentuh soal tempoh cuti bersalin buat kaum ibu dan juga suami.
RUU tersebut telah mencapai kata persetujuan di mana kelulusan perlaksanaan perlanjutan cuti bersalin itu telah memperoleh sokongan ahli Dewan Rakyat melalui undian suara.
Ujar Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim, pindaan tersebut bertujuan untuk memberi ruang kepada pekerja lelaki agar menemani isteri masing-masing yang melahirkan anak agar dapat menguruskan segala keperluan dalam tempoh yang mencukupi.
Cadangan ini juga selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian SR.5.4.2. yang menekankan konsep mengutamakan keluarga.
Katanya lagi, pekerja lelaki dari sektor swasta juga akan turut menikmati faedah yang sama seperti penjawat awam.
Kredit Gambar: istock photo
Jelas Awang Hashim lagi, pemberian cuti paterniti amat penting bagi menenangkan kembali emosi isteri yang masih belum stabil selain tanggungjawab azali sebagai ketua keluarga.
“Adalah wajar pekerja lelaki yang berkahwin diberikan cuti paterniti supaya mereka dapat bersama-sama isteri menyambut kelahiran anak, menjaga isteri yang baru bersalin dan bayi yang baru dilahirkan serta menyelesaikan urusan tertentu seperti urusan pendaftaran anak.” tambahnya.
Kredit: Google
Difahamkan, kemudahan cuti paterniti itu diberikan kepada pekerja lelaki yang sudah berkahwin dan tidak terhad untuk satu isteri sahaja.
Antara syarat lain, pekerja lelaki tersebut haruslah bekerja 12 bulan dengan majikan yang sama dan memaklumkan kepada majikan 30 hari sebelum isteri bersalin serta boleh diambil mulai dari hari isteri melahirkan anak.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak...