Dalam hidup ini, tiada yang lebih menyayat hati bagi seorang ibu dan ayah daripada menerima jasad anak yang pulang bukan dalam pelukan kasih, tetapi dalam kesunyian, penuh misteri dan persoalan yang tidak terjawab. Itulah detik kelam yang terpaksa dilalui oleh keluarga adik Zara Qairina binti Mahathir, pelajar berusia 13 tahun yang meninggal dunia pada 17 Julai 2025 selepas dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sekolah menengah agama berasrama penuh milik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Zara, anak bongsu yang manja, dikenali sebagai seorang anak yang sangat sopan, taat pada ibu bapa, tidak tinggal solat dan disenangi oleh guru serta rakan-rakan. Pemergiannya mengejutkan ramai, namun lebih memilukan apabila keluarga menyedari banyak perkara ganjil yang menyelubungi insiden tersebut.
Tiada saksi, tiada jeritan, tiada logik…
Kejadian dikatakan berlaku antara jam 2 hingga 3 pagi. Ketika itu, menurut laporan awal, ramai pelajar lain masih berjaga. Namun, tiada seorang pun mendengar jeritan atau menyaksikan kejadian tersebut. “Bagaimana anak boleh jatuh dari tingkat tiga tanpa ada yang nampak, tanpa bunyi, tanpa panik?” soal ibu arwah yang masih dalam keadaan trauma.
Lebih menyentuh perasaan, keadaan fizikal Zara menimbulkan persoalan yang lebih mendalam. Walaupun kecederaan dalaman sangat parah termasuk retak pada tengkorak, kegagalan organ dalaman dan kaki terkehel malah wajahnya langsung tidak mengalami sebarang luka. Posisi badannya juga seolah-olah “diletakkan”, bukan hasil daripada jatuhan biasa dari tempat tinggi.
Ads
Cubaan menghalang laporan polis?
Apa yang mengecewakan, menurut waris, pihak sekolah pada awalnya cuba menghalang ibu arwah daripada membuat laporan polis. Pengetua dikatakan merayu agar tidak membuat laporan kerana sekolah kononnya sudah berbuat demikian. Namun, waris kedua tetap membuat laporan polis sebagai langkah untuk menuntut siasatan yang lebih telus dan rasmi.
“Ini bukan soal hendak salahkan siapa. Tapi kami mahu tahu apa yang berlaku pada anak kami. Dia pergi dalam keadaan yang mencurigakan, dan kami tidak akan tenang selagi tiada kejelasan,” tegas si bapa.
Keluarga juga mempersoalkan sikap sambil lewa pegawai penyiasat yang seolah-olah tidak memandang serius kes ini. Beberapa barang peribadi Zara diserahkan tanpa kehadiran ibu kandung, malah sesetengah guru yang hadir ke hospital pula lebih cenderung untuk merakam gambar berbanding menyantuni keluarga yang sedang bersedih.
Ads
“Kami kenal anak kami… Zara bukan bunuh diri”
Lebih memilukan, terdapat cubaan pihak tertentu yang cuba mengaitkan kejadian ini dengan unsur bunuh diri sesuatu yang ditolak sekeras-kerasnya oleh keluarga.
“Zara bukan anak yang lemah. Dia kuat semangat, dia tidak pernah tunjuk tanda-tanda kemurungan atau tekanan. Malah, setiap hari dia akan WhatsApp kami, ceritakan apa yang berlaku di sekolah. Dia tidak pernah minta balik. Dia tidak pernah mengadu dianiaya,” ujar ibu arwah, dalam nada sebak.
Keluarga kini tampil menuntut agar siasatan dijalankan semula secara bebas, menyeluruh dan tanpa sebarang campur tangan dari mana-mana pihak berkepentingan. Mereka juga berharap masyarakat berhenti menyebarkan spekulasi atau komen yang menyakitkan hati.
Ads
“Kami redha… Tapi kami tidak akan diam. Bukan kerana kami mahu menghukum sesiapa, tapi kerana kami mahu keadilan untuk Zara. Dia anak yang baik. Dia anak syurga. Dan dia layak mendapat kebenaran yang sebenar.”
Anak kita, amanah kita semua
Buat semua ibu bapa, kisah tragis ini bukan sekadar berita. Ia satu peringatan besar bahawa anak-anak yang kita lepaskan ke asrama adalah amanah yang tidak ternilai. Mereka bukan sekadar pelajar. Mereka anak kepada seseorang, nyawa yang bergantung harap kepada orang dewasa di sekeliling mereka.
Majalah Pa&Ma menyeru semua pihak bertanggungjawab sekolah, KPM dan pihak berkuasa untuk bersikap telus, adil dan manusiawi. Jangan lindungi kesilapan. Jangan kaburkan kebenaran. Anak-anak kita berhak berada di tempat yang selamat, dan ibu bapa berhak mendapat jawapan yang ikhlas.
Semoga roh adik Zara Qairina dicucuri rahmat dan ditempatkan di syurga tertinggi. Dan semoga keluarganya diberikan kekuatan luar biasa dalam meneruskan perjuangan menuntut keadilan untuk anak syurga mereka.
Nota: Artikel ini ditulis dengan penuh rasa hormat dan empati terhadap keluarga arwah. Sebarang penyebaran semula kandungan ini tanpa izin keluarga adalah tidak dibenarkan dan tertakluk di bawah peruntukan undang-undang sedia ada.
Nama Ardell Aryana dengan misi kemanusiaan memang cukup sinonim. Pelakon kecil molek isteri kepada Nadzmi Adhwa ini sering menghulurkan bantuan dan menyertai misi-misi kemanusiaan sama ada di dalam negara mahupun luar negara.
Memandangkan situasi covid-19 di Sabah yang semakin teruk dengan kes-kes terbaru yang banyak serta kes kematian baru yang mencatat angka yang membimbangkan, Ardell Aryana menyertai misi bantuan ke negeri Di Bawah Bayu itu bagi menghantar bantuan kemanusiaan.
Pergi Sabah Hantar Bantuan
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh suaminya, Nadzmi Adhwa di Instagram miliknya. Memuat naik video pendek merakam momen sayu Ardell mengucapkan selamat tinggal kepada anak dan suami sebelum berangkat ke Sabah.
Menerusi hantaran tersebut, Nadzmi memohon doa dari semua agar mendoakan isterinya sepanjang perjalanan dan juga kesejahteraan isteri tercinta sepanjang keberadaan di Sabah.
“Salam semua nak minta kalian semua doakan isteri saya selamat pergi dan selamat pulang
“Semoga Allah sentiasa menjaga dan melindungimu di Sabah. Bantulah mereka sepenuh daya mu.
Doa saya sentiasa mengiringimu. Semoga Allah redha dengan niat perjuanganmu. Saya sayang awak. Abi tahan airmata tadi,” tulisnya.
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya juga turut mengirimkan doa agar Ardell berada dalam keadaan selamat sepanjang menjalankan misi bantuan.
Semoga segala usaha baik Ardell ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Didoakan juga semoga Ardell dan kumpulan misi bantuan ini sentiasa berada dalam Lindungan Yang Maha Esa.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pusat beli-belah di Melawati, Kuala Lumpur telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan mensanitasikan sebuah tapak perniagaan yang ada di situ kerana terdapat pengunjungnya yang positif COVID-19 pergi ke sana.
Pihak pusat beli-belah terbabit memberitahu bahawa pengunjung itu disahkan positif telah ke sana pada 2 Mac 2020.
Tidak mahu mengambil lebih banyak risiko, langkah-langkah pembersihan serta mensanitasikan premis dan kawasan kelilingnya akan dijalankan.
Pada 10 Mac, pusat beli-belah ini telah dimaklumkan oleh penyewa mereka iaitu sebuah salun bahawa pelanggan yang pergi ke kedai mereka telah disahkan positif COVID-19. Keja pembersihan dan mensanitasikan salun ini akan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan malaysia.
Sebagai langkah berjaga-jaga, dikatakan salun ini juga akan ditutup buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak. Selain salun tersebut, kawasan umum di pusat beli-belah ini seperti lif dan tandas juga telah dibersihkan dan disanitasikan. Pusat beli-belah ini juga menyatakan bahawa mereka sedia mengambil langkah pencegahan tambahan jika diarahkan.
Tempias populariti ibu dah ayahnya, Nur Fatima Aisya, anak kesayangan pelakon Fazura dan Fattah Amin sentiasa menjadi perhatian ramai.
Kepetahan anak kecil itu yang kini berusia dua tahun lebih itu sentiasa buat wargamaya terhibur. Ada sahaja jawapan dari mulutnya kala menjawab pelbagai persoalan dari Fazura.
Terbaru menerusi beberapa perkongsian video pendek Fatima di media sosial, Fazura memuat naik video Fatima yang menjawab pertanyaannya.
Namun apa yang membuatkan wargamaya terhibur pastinya kepetahan Fatima yang menjawab dengan lancar dan pantas.
“You’re not wrong Fatima.
“Dah pandai sebut nama penuh sendiri dah,” tulis Fazura menerusi kapsyennya.
Apa yang membuatkan wargamaya geram pastinya melihat Fatima yang menyebut nama penuhnya dengan begitu lancar sekali.
Walaupun sedang leka bermain namun Fatima mampu menjawab soalan ibunya dengan jawapan ‘budak baik’ dan ‘anak solehah’ dengan begitu pantas dan yakin. Memang terbaik.
Walau baru berusia dua tahun lebih namun Fatima cukup lancar dan menyebut sebutan perkataan dengan penuh. Memang comel!
Terdahulu, Nur Fatima Aisya yang menjadi kesayangan ramai ini dilahirkan pada hari Jumaat, 2 Oktober 2020.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.