Ajal maut semua itu rahsia Allah. Siapa kita hendak menidakkan takdir-Nya. Tak cepat atau tak lambat walaupun sesaat. Itu semua dah dijanjikan.
Berita pemergian Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan pagi tadi cukup mengejutkan rakyat Malaysia. Paling terkesan sekali ahli keluarga arwah Abam dan rakan baiknya dalam industri hiburan.
“Dapat panggilan dari isteri arwah Abam yang memberitahu Abam meninggal dunia macam tak percaya. Bila dah sampai dirumahnya dan tengok keadaan Abam baru saya reda Allah lebih sayangkannya,” katanya dalam nada sedih.
Ali juga turut memuat naik status “Al-Fatihah Abanggg” dan posting itu dihujani dengan ucapan takziah selain mendoakan arwah Abam ditempatkan dikalangan orang beriman.
Tak sampai 3 bulan kehilangan dua insan tersayang
Bukan itu sahaja, Ali juga mengakui berita kehilangan Abam ini juga turut mengembalikan kesedihannya yang telah kehilangan anak keduanya tidak sampai tiga bulan lalu akibat komplikasi jantung.
Memang berat dugaan dan ujian yang menimpa Ali dan keluarga. Kehilangan dua insan tersayang dalam sekelip mata mengundang sebak pengikutnya yang kebanyakan seakan-akan tidak mempercayai perkara tersebut.
Sumber : ig Ali Puteh