Rania & Rizqin: Bintang Skuasy Cilik dan Inspirasi Buat Ibu Bapa Malaysia
Dalam dunia hari ini yang terlalu menekankan keputusan peperiksaan dan pencapaian akademik, kisah dua adik-beradik cilik ini hadir sebagai nafas segar – membuktikan bahawa kejayaan dan pembentukan karakter juga boleh lahir dari gelanggang sukan. Melalui episod BK Fantastik, adik Rania dan Rizqin menyerlah bukan sahaja sebagai atlet skuasy muda yang berbakat, tetapi juga sebagai inspirasi buat ibu bapa seluruh negara – tentang kuasa sokongan dan kepercayaan terhadap minat anak-anak.
Hebatnya Rania & Rizqin: Bukan Skuasy Biasa-Biasa
Siapa sangka dua insan kecil ini sudah punya rutin latihan seperti atlet profesional. “Saya mula main waktu umur lima tahun,” ujar Rizqin dengan yakin. “Saya pula masa umur lapan tahun,” sambut Rania sambil tersenyum. Minat mereka bukan muncul dari paksaan, tetapi dari kenangan manis ikut ayah ke sesi latihan skuasy di Bukit Jalil.
“Kami selalu ikut ayah pergi buat latihan sukan skuasy kat Bukit Jalil. Dari situ kami jadi minat dan nak cuba main sendiri,” kata mereka.
Kini, mereka menjalani latihan dua jam setiap malam dari Isnin hingga Sabtu – Ahad khusus untuk rehat. Tapi penat bukan alasan bagi mereka.
“Tak penat pun, sebab ada ramai kawan dekat sini. Lagi seronok nak bermain,” kata Rizqin sambil mengangguk.
Kenapa Minat Anak Itu Sangat Berharga
Kisah Rania dan Rizqin memperlihatkan bagaimana minat yang dipupuk sejak kecil boleh membentuk disiplin dan hala tuju hidup. Bila anak-anak diberi peluang untuk meneroka apa yang mereka suka, mereka bukan sahaja berkembang dari segi kemahiran, tetapi juga dari segi emosi dan sosial.
Rania dan Rizqin tidak hanya bermain, mereka sudah mencipta sejarah sendiri.
Ads
“Kami pernah sampai ke China untuk kem skuasy,” mereka kongsikan dengan penuh bangga.
Ini semua hasil daripada pendedahan, latihan berterusan, dan yang paling penting – ibu bapa yang menyokong dari awal.
Sokongan Ibu Bapa: Landasan Bagi Impian Anak
Sokongan terhadap minat anak-anak bukanlah sesuatu yang memerlukan modal besar – ia bermula dengan percaya. Rania dan Rizqin adalah contoh jelas bahawa apabila ibu bapa hadir secara fizikal dan emosi, anak-anak boleh berkembang menjadi versi terbaik diri mereka.
Ads
Daripada menghantar ke latihan, hadir di kejohanan, hingga sekadar bertanya “Macam mana latihan hari ni?” – semuanya menyumbang kepada keyakinan dan motivasi dalaman anak-anak. Bila ditanya tentang impian masa depan, mereka menjawab:
“Saya nak jadi atlet skuasy,” kata Rizqin tanpa ragu.
“Saya pula nak jadi pelakon,” jawab Rania – membuktikan bahawa anak-anak juga boleh punya lebih dari satu impian, dan kedua-duanya wajar dihargai.
Harapan Mereka, Cerminan Harapan Kita Juga
Walaupun masih muda, Rania dan Rizqin sudah memahami konsep peningkatan diri.
Ads
“Kami nak main lebih baik daripada sekarang dan sentiasa perbaiki diri,” kata mereka berdua penuh semangat.
Kata-kata itu kedengaran mudah, tapi membawa makna yang besar. Ia menunjukkan bahawa mereka bukan sahaja bermain, tapi sudah mula berfikir seperti seorang atlet sejati – sentiasa mahu lebih baik dari semalam.
Rania dan Rizqin bukan sekadar atlet cilik – mereka adalah simbol bahawa setiap anak punya potensi luar biasa, jika kita sebagai ibu bapa memilih untuk percaya dan menyokong. Kadangkala, cukup dengan hadir, mendengar dan membenarkan mereka bermimpi, kita sebenarnya sedang membina asas kejayaan mereka.
Buat semua ibu bapa di luar sana – jadikan kisah ini sebagai inspirasi. Kerana setiap impian anak itu bermula dari rumah, dan setiap bintang yang bersinar… bermula dari sokongan kita yang pertama.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bertindak segera jika bayi berusia 12-18 bulan masih belum boleh menuturkan perkataan bermakna, itu petanda awal masalah pertuturan. Bertindak awal lebih baik!
Menurut Nawal Mohd Shafie, Juruterapi Bahasa dan Pertuturan Pediatrik, Sunway Medical Centre, komunikasi merupakan proses pertukaran maklumat di antara dua pihak dan ia amat mustahak untuk memenuhi segala keperluan dan kehendak.
Komunikasi yang efektif memerlukan seseorang yang berkebolehan dalam memahami sesuatu perkara sebelum berupaya untuk bertutur mengenai sesuatu. Kemahiran berkomunikasi sudah mula berkembang sejak usia bayi lagi dan diperoleh secara berperingkat mengikut peringkat umur yang tertentu.
Umur
Kemahiran Bahasa & Pertuturan Normal Anak
0-6 bulan
-Melihat ke arah bunyi.
-Menghasilkan bunyi-bunyi yang berlainan seperti ‘uuuu’ dan ‘aaaa’ dan bunyi ini membawa maksud yang berlainan.
7-11 bulan
-Banyak ‘membebel’ iaitu menghasilkan bunyi seperti ‘mamama’ dan ‘papapa’ untuk kebanyakan situasi.
-Mula memahami beberapa perkataan mudah seperti ‘bye’, ‘jom’ dan ‘jangan’
-Mula meniru bunyi mudah seperti bunyi haiwan dan bunyi kenderaan
-Boleh mengenalpasti anggota badan yang asas (Contohnya tangan, kaki, perut, mata, mulut dan sebagainya).
-Boleh memanggil ibu bapa dan ahli keluarga yang terdekat.
-Menggunakan kata-kata sosial seperti (‘hi’ dan ‘bye’)
2 tahun
-Memahami sekurang-kurangnya 50 patah perkataan.
-Boleh mengikut arahan tanpa bantuan isyarat.
-Menggunakan 2-3 patah perkataan dalam satu ayat.
3 tahun
– Mula memahami soalan ‘apa’, ‘siapa’ dan ‘mana’
-Mula memahami konsep mudah seperti ‘warna’ dan ‘saiz’
-Menggunakan sekurang-kurangnya 3-4 perkataan dalam satu ayat
4-5 tahun
-Memahami arahan yang lebih panjang dan kompleks (melibatkan penggunaan konsep)
– Menggunakan ayat yang lebih panjang dengan kata hubung yang tepat untuk berkomunikasi ( lebih daripada 5 perkataan).
-Bunyi pertuturan (konsonan) 90% jelas.
Jika kanak-kanak tidak memperoleh kemahiran tersebut mengikut peringkat umur yang sepatutnya, dia boleh diKATEGORIKAN sebagai mengalami ‘speech and language delay’ atau ‘lambat bercakap’.
7 FAKTOR PENYEBABANAK LAMBAT BERCAKAP
#1 Masalah pendengaran.
#2 Masalah struktur (contoh: sumbing lelangit dan bibir).
#3 Masalah neurologi (contoh: Epilepsi/Sawan).
#4 Bayi yang lahir secara pra-matang.
#5 Kecelaruan spektrum autisme.
#6 Penyakit sindrom seperti sindrom Down, sindrom Fragile X.
#7 Faktor persekitaran seperti kekurangan stimulasi bahasa, penggunaan gajet yang berlebihan.
Bercakap menggunakan bahasa isyarat semasa kanak-kanak masih bayi tidak menyebabkan masalah ‘lambat bercakap’. Tetapi, ibu bapa perlu ingat setiap bahasa isyarat yang digunakan perlu disertakan dengan percakapan (melabel bahasa isyarat tersebut).
EPISOD 2 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA AKAN MENEMUI ANDA RABU INI!
Ibu dan bapa harus menyokong minat anak-anak. Kerana dari minat itu, ianya akan menyokong tumbesaran anak serta menggalakkan dan mendidik anak-anak membuat perkara yang mereka suka.
Episod kali ini akan membincangkan tentang hobi dan minat anak-anak. Saksikan episod kedua dengan topik Hobi Anak Alaf Baru di Journey Bersama Jovianina pada 2 September Ogos 2020, jam 9 malam.
Semasa kita masih kecil, setiap daripada kita telah diajar bagaimana untuk menulis karangan dengan baik mengikut format penulisan tertentu sebagai satu cara komunikasi.
Ada penulisan berbentuk surat rasmi, surat tidak rasmi, perbualan dan pelbagai lagi format penulisan yang lain. Kesemuanya diajar seawal kita masih di bangku sekolah rendah, dan kemahiran penulisan tersebut diasah dengan lebih tajam setibanya di sekolah menengah. Adakah gaya penulisan menggunakan pen atau pensil tersebut merupakan satu-satunya cara berkomunikasi yang diajar semasa berada di sekolah? Atau terdapat kaedah komunikasi lain selain penulisan tersebut?
Lukisan dan contengan juga adalah bentuk komunikasi
Sekumpulan penyelidik daripada Michigan State University, Amerika Syarikat berpendapat, pengajaran penulisan di peringkat pendidikan awal kanak-kanak perlu lebih daripada sekadar penulisan berasaskan format tertentu atau dengan menggunakan alatan tertentu seperti pensel. Ia perlu lebih daripada ruang lingkup tersebut.
Mereka mendapati, guru-guru di tadika kurang menggalakkan ‘penulisan’ untuk tujuan berkomunikasi, sebaliknya hanya sekadar penulisan semata-mata. Menurut Hope Gerde, pensyarah di Jabatan Pembangunan Manusia dan Kajian Keluarga, setiap kanak-kanak mempunyai idea mereka yang tersendiri. Menurut beliau, setiap guru perlu menggalakkan kanak-kanak untuk mengekspresikan idea mereka dengan menggunakan apa sahaja jenis ‘penulisan’ yang mereka boleh hasilkan atau gemari. Ini termasuklah cara ‘penulisan’ atau komunikasi melalui lukisan atau contengan.
Terdapat hanya sedikit kajian berkenaan bagaimana guru-guru tadika melihat penulisan pada pendidikan awal kanak-kanak, termasuklah minat dan keseronokan kanak-kanak tersebut. Amat penting untuk memahami pendapat guru memandangkan pendapat mereka akan mempengaruhi segala arahan pengajaran. Tambahan lagi, menggunakan penulisan sebagai salah satu alat komunikasi adalah cara yang berkesan untuk menguatkan kemahiran menulis pada umur yang masih muda. Ia sememangnya akan meningkatkan kejayaan akademik kanak-kanak tersebut.
Kurang bimbingan kepada kanak-kanak
Kajian mendapati, sokongan persekitaran seperti ruangan menulis yang telah ditetapkan diwujudkan dalam 94% daripada keseluruhan bilik darjah. Walau bagaimanapun, terdapat perbincangan yang terhad berkenaan bagaimana kanak-kanak diajar untuk menggunakan bahan yang disediakan.
Berdasarkan kajian tersebut, penyelidik mendapati, secara umumnya guru-guru tadika bersetuju bahawa kanak-kanak menyukai aktiviti penulisan. Walau bagaimanapun, guru-guru turut menyatakan bahawa terdapat kekurangan daripada segi bimbingan mengenai bagaimana untuk mengajar kanak-kanak tersebut menulis, walaupun mempunyai kurikulum yang telah ditetapkan.
Mungkin selepas ini, terdapat sedikit kebebasan untuk kanak-kanak mengekspresikan cara komunikasi mereka dengan menggunakan cara yang lain tanpa meninggalkan konsep penulisan sedia ada. Ia bertindak sebagai langkah penambahbaikan kepada konsep sedia ada yang terlalu terhad. Selain itu, guru-guru juga perlu membimbing kanak-kanak bagaimana untuk menggunakan alatan dalam bilik darjah agar mereka dapat berkomunikasi dengan lebih baik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Baru darjah satu, tapi macam belajar untuk SPM.” Ini antara keluhan biasa ibu bapa zaman kini. Silibus pembelajaran yang semakin padat menjadi tekanan bukan sahaja kepada murid, tetapi juga guru dan ibu bapa. Anak-anak yang sepatutnya masih di fasa eksplorasi dan bermain kini terbeban dengan jadual belajar yang ketat, kerja rumah bertimbun dan tekanan untuk skor A. Artikel ini akan mengupas isu ini secara mendalam agar ibu bapa lebih faham dan bersedia untuk bertindak.
Kenapa Silibus Makin Padat?
Seiring dengan tuntutan global dan kemajuan teknologi, sistem pendidikan juga berubah. Malaysia melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sejak 2011 bagi menambahbaik sistem sedia ada. Namun begitu, hasrat untuk meningkatkan daya saing pelajar telah menambah lebih banyak kandungan dalam masa yang sama.
Menurut laporan UNICEF, 70% ibu bapa di Malaysia melaporkan anak mereka mengalami tekanan akibat beban akademik yang melampau — walaupun di peringkat sekolah rendah.
2. Bagaimana Ia Memberi Kesan kepada Anak-Anak? Antara kesan utama silibus padat termasuk:
Kurang masa bermain: WHO menyarankan sekurang-kurangnya 1 jam aktiviti fizikal sehari, namun ramai murid Malaysia tak capai.
Stres dan burnout awal: Anak mula hilang minat belajar kerana terlalu letih.
Kurang tidur: Ada yang tidur lewat kerana siapkan kerja sekolah.
Masalah emosi dan tingkah laku: Anak jadi pemarah, murung atau cepat menangis.
Sebab-Sebab Anak Terbeban
Sistem peperiksaan yang menekan walaupun di tahap rendah. Ujian dan pentaksiran dibuat sejak Tahun 1 lagi, termasuk ujian formatif dan sumatif yang menyebabkan anak sentiasa berfikir tentang skor dan markah, bukan pemahaman.
Terlalu banyak subjek dan topik dalam tempoh pendek. Dalam satu minggu, murid sekolah rendah perlu hadam pelbagai mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam/Moral, Sejarah dan lain-lain — semuanya dengan objektif pembelajaran yang padat.
Kelas tambahan & tuisyen selepas sekolah. Ramai ibu bapa daftarkan anak ke kelas tambahan walaupun masih sekolah rendah kerana takut anak ‘tertinggal’. Namun, ini tambah keletihan mental dan fizikal anak.
Persaingan akademik tinggi akibat tekanan ibu bapa atau persekitaran. Budaya ‘anak mesti nombor satu’ menyebabkan ramai anak merasa diri tak cukup baik walaupun sudah berusaha. Media sosial juga main peranan menambah tekanan melalui perbandingan pencapaian anak-anak.
Tips Untuk Ibu Bapa Kurangkan Tekanan Akademik Anak
Bina rutin belajar yang seimbang, sertakan masa rehat dan bermain.
Fokus kepada pembelajaran bermakna, bukan hafalan semata-mata.
Libatkan anak dalam aktiviti fizikal seperti sukan atau berkebun.
Tunjukkan sokongan emosi — jangan marah jika anak tak capai target.
Bincang dengan guru jika anak kerap stres atau keletihan.
Kepentingan & Peranan Semua Pihak
Pihak Terlibat
Peranan & Kepentingan
Ibu Bapa: Pemerhati Awal
Kesannya paling awal dilihat oleh ibu bapa — perubahan emosi, tingkah laku anak.
Ibu Bapa: Sokongan Emosi
Anak lebih yakin jika diberi dorongan, bukan tekanan berlebihan.
Guru: Suasana Pembelajaran Seimbang
Mengurus suasana kelas agar tidak terlalu akademik semata.
Guru: Pemantau & Komunikator
Menjadi jambatan komunikasi antara murid dan ibu bapa dalam kes pengesanan awal.
Masyarakat: Penyebar Kesedaran
NGO/media bantu sebarkan maklumat dan wujudkan program komuniti sokongan.
Masyarakat: Alternatif Pembelajaran
Menyediakan program santai di luar waktu sekolah yang bantu keseimbangan hidup anak.
KPM: Penentu Polisi Pendidikan
Bertanggungjawab menyusun kurikulum yang sesuai dengan tahap perkembangan murid.
KPM: Pembekal Sumber Sokongan
Menyediakan kaunselor, latihan guru, modul emosi dan kesihatan mental di sekolah.
Menurut pakar psikologi pendidikan, interaksi positif antara semua pihak — ibu bapa, guru, masyarakat dan KPM — mampu mengurangkan tekanan akademik dan menjadikan alam persekolahan satu pengalaman yang sihat dan menyeronokkan.
Silibus padat bukan isu remeh. Ia beri impak jangka panjang kepada minat belajar, kesihatan emosi dan perkembangan anak. Tapi masih belum terlambat untuk bertindak. Dengan sedikit kepekaan dan usaha dari ibu bapa serta sokongan menyeluruh daripada semua pihak, kita boleh bantu anak lalui alam persekolahan dengan lebih sihat dan gembira. Anak tenang, ibu bapa pun senang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.