Kehadiran anak dianggap sebagai pembawa rezeki. Ada pasangan yang diuji dengan bertahun-tahun kahwin masih belum dikurniakan cahaya mata. Namun ada juga yang rezekinya sentiasa murah dengan kehadiran anak.

Seperti pengalaman seorang pegawai kesihatan ini, Dr Zakimi Abdullah, beliau berkongsi kisah seorang bayi pramatang yang disahkam meninggal dunia selepas mereka berusaha untuk menyelamatkannya.

Jelas doktor ini, bayi tersebut dilahirkan di rumah dan selepas 5 jam dilahirkan baru dibawakan ke hospital. Paling menyedihkan, tindakan dan jawapan keluarga ini telah seolah-olah seperti tak masuk akal dan tak bersyukur dengan rezeki anak tersebut.

“Kami Tak Mahu Anak Ini.” Lepas 5 Jam Lahir, Bawa Bayi Meninggal Ke Hospital

Ikuti kisah ini agar dapat menjadi pengajaran kepada kita semua terutamanya buat mereka yang bergelar ibu dan ayah.

“Bos! Kami resus baby baru lahir, prem. 20 minit CPR!” Ujar Dr Faizal (bukan nama sebenar).

“So, how is the baby now?” Tanyaku ringkas sambil mendekati bayi tak cukup bulan itu.

“Tak dapat laa bos,” balas Dr Faizal sambil mengesat peluh di dahi.

“Innalillah”

Ads

Bayi tersebut dilahirkan di rumah. Ibu tersebut membawa ke hospital selepas 4-5 jam bersalin. Tali pusat belum dipotong.

Bila ditanya kenapa tak datang terus ke hospital. Ibu tersebut kata tiada kenderaan kerana tiada sesiapa di rumah.

“Kenapa puan tak call 999 mintak ambulans!” Tanya Dr Faizal.

“Terlupa” balas ibu sangat ringkas.

Aku hairan lagi.
“Suami dah tahu puan dah bersalin?”
“Tahu” balas ibu sudah anak dua.

Aku semakin hairan. Mesti ada yang tak kena. Setelah diberitahu keadaan bayinya yang dah tak dapat diselamatkan, namun ibu itu seolah takde perasaan apa-apa.

Ads

“Sebenarnya, saya dan suami takmau anak ini. Suami tak mau tanggung ramai”

Akhirnya ibu baru bersalin itu memberitahu keadaan sebenar. Katanya dia dan suami sebenarnya tak mahu anak itu. Anggaran jangka masa mengandung dalam 28-30 minggu dan belum ‘booking’ (tiada buku pink).

Sebenarnya aku sering juga dapat kes sebegini. Kehamilan yang tak diingini. Allahu.
Sadis!

“Kami Tak Mahu Anak Ini.” Lepas 5 Jam Lahir, Bawa Bayi Meninggal Ke Hospital

Jika pasangan masih belum bersedia untuk menambah cahaya mata atas sebab-sebab tertentu lebih baik pergi berbincang dengan doktor untuk tujuan perancangan keluarga. Banyak kaedahnya.

Jangan buat begini setelah hamil. Kesian bayi dalam kandungan. Allahu.
‎”Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.” (Surah Al-Israa’ : Ayat 31)

Ads

Ingatlah janji Allah.

Dr Zek
Bapa 6 anak

Kredit: Ahmad Zakimi Abdullah

“Kami Tak Mahu Anak Ini.” Lepas 5 Jam Lahir, Bawa Bayi Meninggal Ke Hospital

Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!

Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI