Keibubapaan

“Kami Tawakal, Tak Nak Beria Halang Orang” Ikmal Amry Tak Kisah Orang Cium Anak, Tak Mahu Paranoid!

Share

Setiap kali si comel Cailie muncul di Instagram bapanya, pelakon Ikmal Amry, sudah pasti menarik perhatian sesiapa sahaja. Mana tidaknya, raut wajah Cailie yang cukup comel, air wajah gabungan ibu dan ayahnya begitu mulus dan comel, cukup buat wargamaya cair.

Bahang menyambut Hari Raya yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi membuatkan Ikmal dan isteri teruja untuk menyambut raya bersama anak mereka, Cailie.

Namun kata Ikmal dia tidak mahu dibayangi rasa takut dan terkongkong membawa anaknya beraya nanti malah tidak kisah jika ada orang yang mahu mendekati dan mendukung anak perempuannya ketika beraya nanti.

Semuanya demi memastikan anak perempuan kesayangannya itu menjalani kehidupan yang normal.

Kata Ikmal lagi, dia dan isterinya, Najla Shamsul tidak mahu menjadi ibu bapa yang terlalu paranoid ketika membawa bayi ke mana-mana di musim pandemik ini.

“Kalau tanya kami berdua, kami okay saja kalau raya nanti ada yang nak dukung atau cium anak kami. Kami tawakal saja sebab tak nak beria nak halang orang. Beria sangat nanti, sakit tetap sakit jugak.

“Benda ni kami belajar masa pergi London baru-baru ni. Orang di sana dah tak pelitup muka, tiada penjarakan sosial, tiada SOP, orang pegang-pegang baby. Bila kami check test masa nak balik, negatif.

 

“Kita nak lalui kehidupan seharian, dengan nak raya lagi, kalau boleh nak enjoy dengan baby dan benda tu pada saya buat kita rasa terkongkong,” kongsinya.

Dalam pada itu kata Ikmal, dia juga mahu mengelak daripada menjadi ibu bapa yang terlalu memikirkan isu ini.

“Bukanlah tak nak terlalu menjadi sangat ke apa, kita tetap jaga tapi janganlah terlalu overthingkin. Itu yang buat kita stress.

“Cuma apa yang kami amalkan, bila balik dari keluar ke mana-mana, kami akan terus mandi, sabun dan bersihkan baby,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Ikmal dan isteri mendirikan rumah tangga pada 19 Disember 2020. Pasangan ini menimang cahaya mata sulung mereka pada 31 Disember tahun lalu.

Menarik: Aduhai Berketak-Ketak, Usia Nak Masuk 3 Bulan, Anak Neelofa Dah Nak Pandai Meniarap!

Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!

Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM