“Kamu Tetap Comel Sayang.” Bayi Viral Alami Penyakit ‘Rare’, Ramai Titipkan Doa

Share

Anak yang dilahirkan ke dunia ini masing-masing mempunyai kelebihan dan keistimewaan mereka. Rezeki setiap orang tak sama tapi pengakhirannya tetap mahukan yang terbaik kan? Sama jugalah dengan kehadiran anak syurga yang dikurniakan buat pasangan suami isteri terpilih.

Walaupun awalnya rasa tak mampu, namun seolah-olah ada satu kekuatan dalam diri ibu bapa untuk terus membesarkannya. Tiada ibu bapa yang mahu anaknya sakit, tapi jika itu bahagian yang ditentukan Allah, hati mesti reda.

Keadaan ini sama seperti perkongsian seorang wanita di laman Facebooknya yang berharap agar ibu bapa kepada kanak-kanak yang mempunyai penyakit ‘rare’ ini kuat menghadapi ujian dari-Nya.

Alami penyakit ‘rare’, Tuhan uji sebab sayang

Menerusi perkongsian di Facebook Rabiatul Adawiyah Samad, dia berkongsi momen istimewa kerana dapat bertemu dengan seorang bayi viral sebelum ini.

Sebelum itu, kanak-kanak ini pernah tular di media sosial berikutan mempunyai bulu-bulu halus yang sangat lebat sehingga menutupi wajahnya.

Menurutnya, dia berkesempatan untuk berjumpa dan mendukung si kecil itu sewaktu membawa anaknya untuk check-up di sebuah pusat perubatan awam di Sarawak.

Sebagai seorang ibu, Adawiyah berharap keluarga kanak-kanak itu sentiasa kuat menghadapi cabaran dan anak ini dapat membesar dengan sihat serta ada rawatan terbaik untuknya.

Pergi Hospital bawa Zayyan check up terjumpa baby viral yang comel ni. Tuhan uji mak bapanya kerana tuhan sayang, tuhan uji kerana tuhan tahu mak bapak dia pasti ikhlas menerima kelebihannya.

Semoga dia dah besar diberi kekuatan untuk menghadapi dunia mendatang. Faham-fahamlah kan zaman sekarang ni mulut orang. Semoga mental dan fizikal dia kuat.

Walaupun dia diberi anugerah macam ni, dia tetap comel bagi saya. Satu jam kami bermain, bersua, berkenalan. Pandai pilih tangan. Sampai kita berjumpa lagi sayang.

“Kamu tetap comel sayang..”

Perkongsian Adawiyah itu mendapat reaksi positif dan rata-ratanya menitipkan doa agar si comel ini boleh membesar dengan sihat.

Walaupun keadaannya sangat istimewa, si kecil ini sangat comel dengan mata bulat dan rambut pula diikat kemas.

Kredit: FB Rabiatul Adawiyah Samad

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

 

 

Published by
Wan Amy