Seorang kanak-kanak berusia 19 bulan disahkan oleh doktor menghidap kanser ovari tahap tiga pada Rabu lalu.
Kanak-kanak itu, Daneen Auni Riksi kini sedang menjalani rawatan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) dan bakal menjalani rawatan kimoterapi dalam masa terdekat.
Menurut ibunya, Fallarystia Sintom, 25, semuanya bermula selepas tangisan berpanjangan Daneen selain sukar membuang air besar yang dialaminya.
Ujarnya lagi, dia mengakui agak terkejut dan sedih dengan ujian yang dihadapi sebaik mengetahui anak bongsunya itu yang belum pun berusia dua tahun disahkan menghidap kanser tersebut.
“Saya sangat tidak sangka sebab kanser ovari jarang kita dengar dihidap pada usia begini, biasanya kena pada usia 40 tahun ke atas atau sudah datang haid.
“Doktor ketika ini sedang meneliti kes anak saya sebab jarang ditemui. Sebaik saja dimaklumkan, saya sedih sebab anak saya masih kecil lagi sudah dibuang ovari sebelah kanan,” katanya berkongsi.
Ads
Kembung perut dan sembelit sejak Ogos lalu
Ditanya lanjut bagaimana mula dikesan mengenai kanser tersebut, Fallarystia mengatakan anaknya mengalami kembung perut dan sembelit sejak Ogos lalu.
“Anak saya tidak selesa dan memandangkan dia belum pandai bercakap, dia hanya menangis apabila mengalami sakit bahagian perut. Selain itu, perutnya juga kembung dan agak sukar untuk membuang air besar.
“Malah dia juga sudah tidak aktif seperti sebelum ini dan tidak mahu berjalan sebaliknya hanya mahu didukung. Kami mula membuat pemeriksaan di Hospital Kota Marudu namun belum dapat dikesan mengenai sakitnya.
“Kemudian, satu hari bacaan darah anak saya jatuh mendadak dan menyebabkan dia terus dirujuk ke HWKKS pada 28 September lalu dan disitu barulah dapat dikesan ada ketumbuhan serta mengalami pendarahan.
Ads
“Bagi mengeluarkan ketumbuhan sebesar 13.50 sentimeter tersebut, anak saya perlu dibedah segera. Pada Rabu lalu, selepas pembedahan dilakukan barulah doktor mengesahkan anak saya menghidap kanser ovari,” katanya sebak.
Dia dan suaminya yang bekerja di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat bergantung harap kepada Allah dan juga usaha daripada pihak hospital.
“Buat masa ini, anak saya dalam tempoh penyembuhan selepas dibedah untuk membuang ketumbuhan tersebut. Jadi selepas itu barulah dia boleh memulakan rawatan kimoterapi.
“Doktor berpesan bahawa sakit anak saya ini ada ubat, maksudnya kimoterapi. Selagi ada ubat maksudnya ada harapan dan dalam masa sama saya juga berdoa supaya diberikan kesembuhan kepada anak saya,” katanya.
Ads
Sehubungan itu, Riksi berkata, untuk menampung kos perbelanjaan dan rawatan beliau memohon sumbangan ikhlas daripada orang ramai bagi meringankan beban keluarganya itu.
Pelakon Zahirah Macwilson lega anak perempuannya sudah pun dibenarkan keluar hospital selepas terpaksa dimasukkan ke hospital selepas mengalami alahan pada susu.
Menurut perkongsiannya di Instagram, anak keduanya Inara Raisa yang kini berusia lima bulan mengalami alahan pada susu lembu.
Malah kata Zahirah lagi, dia cuba memperkenalkan anak keduanya itu dengan susu formula selepas proses penyusuannya mengalami kemerosotan.
“Alhamdullilah Inara semakin baik, kami dah discaj semalam. Terima kasih semua atas doa, nasihat dan kata-kata yang baik ❤️
“Buat masa ni saya akan berhenti seketika untuk cuba susu formula dan fokus semula pada perjalanan penyusuan saya untuk kesihatan bayi perempuan kami kerana Inara ada ekzema ringan & CMPA (Alahan Protein Susu Lembu). Seluruh badannya terjejas dan matanya bengkak,” tulisnya di Instagram.
Menurut perkongsiannya di Instagram, anak keduanya Inara Raisa yang kini berusia lima bulan mengalami alahan pada susu lembu.
Malah kata Zahirah lagi, dia cuba memperkenalkan anak keduanya itu dengan susu formula selepas proses penyusuannya mengalami kemerosotan.
“Alhamdullilah Inara semakin baik, kami dah discaj semalam. Terima kasih semua atas doa, nasihat dan kata-kata yang baik ❤️
“Buat masa ni saya akan berhenti seketika untuk cuba susu formula dan fokus semula pada perjalanan penyusuan saya untuk kesihatan bayi perempuan kami kerana Inara ada ekzema ringan & CMPA (Alahan Protein Susu Lembu). Seluruh badannya terjejas dan matanya bengkak,” tulisnya di Instagram.
Disebabkan itu kata Zahirah lagi dia cuba untuk meningkatkan semula kualiti susunya demi membekalkan susu buat anak keduanya itu yang mengalami alahan protein susu lembu.
“Cuba untuk menambah bekalan saya dengan makan secukupnya, mengepam, minum banyak air, makan, berehat & semua perkara yang saya boleh bantu untuk tingkatkan kuantiti susu.
“Jika sesiapa pun melalui cabaran yang sama dengan saya, anda tidak bersendirian! Dan ia tidak mudah!
“Bagi ibu bapa yang juga mempunyai bayi CMPA, dapatkan nasihat daripada paed/dokumen anda tentang formula yang perlu digunakan. Pilihan lain termasuk; berasaskan soya, berasaskan beras & berasaskan asid amino,” tulisnya.
Terdahulu, Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Isaac Raes dan Inara Raisa yang kini berusia lima bulan.
“Tiada lagi tumpuan diberikan kepada orientasi peperiksaan, kurangkan tekanan murid”- Fadhlina. Kementerian Pendidikan (KPM) telah memansuhkan pembelajaran berorientasikan peperiksaan terhadap murid sekolah. Langkah ini bertujuan mengurangkan tekanan mereka. Ia diumumkan ketika persidangan Dewan Rakyat hari ini.
“Tiada Lagi Tumpuan Diberikan Kepada Orientasi Peperiksaan, Kurangkan Tekanan Murid”- Fadhlina Sidek
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata sehubungan dengan itu, KPM mengambil pendekatan agar tumpuan pembelajaran di sekolah berasaskan inquiry (pertanyaan), eksplorasi, pengalaman, contextual (mengikut konteks) serta pentaksiran yang sepenuhnya melihat kepada pembangunan holistik murid.
“PENTAKSIRAN BILIK DARJAH INI AKAN BERI SATU TANDA ARAS LEBIH BAIK KHUSUSNYA UNTUK MELIHAT DAN MENILAI ANAK-ANAK LEBIH HOLISTIK MELIBATKAN KOMPONEN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH, JASMANI, SUKAN DAN KURIKULUM DAN JUGA PSIKOMETRIK SERTA KECENDERUNGAN MURID.
“Pendekatan yang kita ambil untuk memastikan tiada lagi tumpuan diberikan kepada orientasi peperiksaan dan mengurangkan tekanan mereka, sebaliknya menawarkan satu ekosistem pembelajaran jauh lebih menarik,” katanya pada sesi soal jawab.
Beliau menjawab soalan tambahan Tan Kar Hing (PH-Gopeng) sama ada KPM bersedia mengkaji semula bidang kurikulum persekolahan bagi mengurangkan tekanan akademik dalam kalangan murid.
Dalam pada itu, Fadhlina berkata KPM sentiasa memberi keutamaan dalam hal kebajikan dan kesejahteraan murid termasuk psikososial dan kesihatan mental murid antaranya melaksanakan Saringan Minda Sihat sebagai mekanisme pengesanan awal untuk mengenal pasti murid berhadapan gangguan emosi.
“Saringan Minda Sihat dilaksanakan setahun sekali terhadap semua murid tahun lima hingga tingkatan enam manakala murid yang dikenal pasti mempunyai masalah gangguan emosi teruk dan sangat teruk, Saringan Minda Sihat dilaksanakan sebanyak dua kali setahun.
“MURID YANG MENUNJUKKAN TANDA-TANDA AWAL KEMURUNGAN DIBERIKAN BANTUAN SEGERA MELALUI INTERVENSI BERFOKUS MENGGUNAKAN MODUL MINDA SIHAT, MODUL PROGRAM INTERVENSI MINDA SIHAT DAN MODUL KESIHATAN MENTAL REMAJA YANG MENERAPKAN KEMAHIRAN MENANGANI STRES, KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DAN MENGURUSKAN EMOSI DENGAN BAIK,” KATANYA.
Mengenai saringan kesejahteraan psikologi guru, beliau berkata sebanyak 92.7 peratus guru telah memiliki profil kesejahteraan psikologi berdasarkan pemprofilan kesejahteraan guru menggunakan Inventori Kesejahteraan Psikologi (IKPsi).
Beliau berkata KPM juga sedang membangunkan Indeks Kesejahteraan Guru (IKG) untuk mengukur kesejahteraan guru melalui domain ketersediaan dan penggunaan sumber, autonomi dan kompetensi guru, keselarasan kerja dan persekitaran, kesejahteraan psikologi dan sistem sokongan.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang memandu kereta Toyota Corolla bersama kawannya bernasib baik kerana terselamat selepas melanggar kenderaan yang diparkir di bahu jalan semalam.
Kanak-kanak itu difahamkan memandu kereta milik keluarganya sekitar jam 9.30 malam di Jalan Arowana 2, Taman Arowana Impian, Seremban.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kanak-kanak terbabit bersama seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun namun tidak mengalami kecederaan.
“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Toyota Corolla dipandu oleh kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun bersama kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang merupakan jirannya.
“Kereta itu dari arah Apartment Arowana Impian menuju ke arah Taman Arowana Impian,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, semasa melalui satu selekoh, kereta dipandu terbabas dan melanggar sebuah van jenis Toyota yang diparkir di bahu kiri jalan.
Tambahnya, kejadian itu telah menyebabkan van itu menggelongsor ke hadapan dan melanggar kereta jenis Perodua Kancil yang diparkir di hadapannya.
“Semua pihak dinasihatkan mematuhi peraturan jalan raya dan ibu bapa atau penjaga perlu memerhati serta memantau tindakan anak-anak di bawah jagaan.
“Ia bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku dan tindakan tegas akan diambil kepada pemandu yang melakukan kesalahan, jika pesalah adalah kanak-kanak, ibu bapa atau penjaga juga akan dikenakan tindakan,” katanya.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.