Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun retak tulang kaki kiri akibat dilanggar kereta ketika bermain di hadapan rumahnya di Kajang, Selangor, pada Ahad lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, pihaknya menerima laporan dari bapa mangsa sendiri pada Rabu.
“Kejadian berlaku pada 6.28 petang ketika mangsa sedang bermain dengan anak jiran, dan secara tiba-tiba menaiki basikal meluru ke jalan raya hadapan rumah, sebelum dilanggar oleh sebuah kereta yang datang dari sebelah kiri ke kanan.
“Akibat pelanggaran, mangsa mengalami kecederaan retak tulang kaki kiri. Dia dihantar ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan dan telah dibenarkan pulang,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Ads
Mohon pantau anak anda yang bermain di luar rumah. Menyesal kemudian tiada gunanya. pic.twitter.com/feg3AAnH1U
Mengulas lanjut, Ahmad Dzaffir berkata pihaknya masih menjalankan siasatan di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ads
Polis dalam pada itu turut mengesahkan kes tersebut berkaitan dengan video yang tular di media sosial berdurasi 15 saat, memaparkan seorang lelaki sedang membasuh kereta sebelum seorang kanak-kanak membawa basikal meluru ke jalan raya dan dilanggar kereta.
Kejadian ini diharapkan dapat jadi peringatan buat semua ibu bapa yang ada anak kecil kerana walaupun sesaat kita leka pelbagai kemungkinan boleh berlaku sekelip mata tanpa disangka.
Dari seorang yang bekerjaya sebagai kakitangan kerajaan, sejak lebih setahun lalu, Jahidah Nordin, 43, hanya mampu terlantar kaku dalam keadaan koma angkara keganasan rumah tangga.
Adiknya, Fauziah Nordin, 40, memuat naik gambar imbas kembali ketika majlis perkahwinan kakaknya itu menerusi media sosial dua hari lalu dan rata-rata netizen memuji Jahidah sebagai seorang wanita cantik.
Video yang dimuatnaik menerusi laman Tiktok itu menarik lebih sejuta tontonan dan lebih 2,000 komen yang kebanyakan mendoakannya kesihatan Jahidah, selain melahirkan rasa simpati.
Fauziah berkata, kakaknya itu kini di bawah jagaannya di Sendayan dekat sini, selain turut bertanggungjawab membesarkan Ehsan Nufail, anak lelaki kepada Jahidah.
“Memang keadaan fizikal sudah banyak berubah tidak seperti dulu. Kecederaan yang dialaminya akibat dipukul menyebabkan muka jadi seperti sekarang.
“Rahangnya patah, tempurung kepala juga terpaksa dibuang. Kejadian ini bukan sahaja menarik keceriaan kakak, malah kami sekeluarga, namun kami redha dengan ujian tuhan,” katanya.
Hanya terlantar, pergerakan kaku
Fauziah berkata, tiada banyak perubahan yang berlaku kepada kakaknya dan kini masih lagi terlantar di katil dan tidak mampu memberikan respons.
“Dari segi kesihatan kak Jahidah sekarang semakin baik, namun tiada banyak perubahan. Dia tidak boleh lagi bagi tindak balas apa yang kami cakap, bagaimanapun sebelum ini dengar dia menangis sebelum ini.
“Disebabkan sudah lama terlantar, badan dan pergerakannya macam kaku. Bulan November nanti kakak akan dimasukkan ke wad rehabilitasi sebab doktor mahu pantau keadannya,” katanya.
Ditanya mengenai keadaan Ehsan Nufail yang kini sudah berusia 10 bulan, Fauziah berkata, bayi berkenaan masih tidak boleh duduk kerana tulangnya masih lembut dan perlu mendapatkan fisioterapi bermula pertengahan bulan ini.
“Saya selalu letakkan Nufail di sebelah kakak, ada kalanya kakak mengeluarkan air mata. Mungkin dia sedih, namun tidak dapat meluahkannya,” katanya.
Media pada Mei tahun lalu melaporkan penjawat awam berusia 43 tahun itu dikejarkan ke hospital di Johor Bharu selepas dipercayai dicederakan suaminya pada 4 Mei 2021.
Ketika kejadian, umat Islam sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan tahun lalu dan mereka sekeluarga tidak dapat menikmati Aidilfitri seperti orang lain kerana keadaan Jahidah yang kritikal ketika itu.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Kalau kita bandingkan, memang ramai orang luar, terutamanya dari Eropah, nampak jauh lebih tinggi dari orang Asia.
Tak sangka, rupa-rupanya orang Eropah ni memang antara yang tertinggi di dunia! Malah, Belanda telah menduduki tangga pertama untuk ketinggian purata penduduk tertinggi dunia.
Menurut laporan yang disiarkan oleh Harian Metro, senarai negara dengan penduduk memiliki purata ketinggian tertinggi dan terpendek di dunia tahun 2024. Ia berdasarkan data dari laman sesawang, World Population Review.
Bagaimanapun, untuk memudahkan perbandingan, maklumat ini mengambil kira ketinggian purata untuk lelaki berusia lebih 19 tahun dan ukuran adalah dalam sentimeter (sm).
Negara penduduknya memiliki purata ketinggian tertinggi
1. Belanda: 183.78 sm
2. Montenegro: 183.3 sm
3. Estonia: 182.79 sm
4. Bosnia dan Herzegovina: 182.47 sm
5. Iceland: 182.1 sm
6. Denmark: 181.89 sm
7. Republik Czech: 181.19 sm
8. Latvia: 181.17 sm
9. Slovakia: 181.02 sm
10. Ukraine: 180.98 sm
Negara penduduknya memiliki purata ketinggian terendah
1. Timor Leste: 160.13 sm
2. Laos: 162.78 sm
3. Kepulauan Solomon: 163.07 sm
4. Papua New Guinea: 163.1 sm
5. Mozambique: 164.3 sm
6. Nepal: 164.36 sm
7. Guatemala: 164.36 sm
8. Yaman: 164.42 sm
9. Bangladesh: 165.08 sm
10. Madagascar: 165.16 sm
Rahsia Penduduk Belanda Tertinggi Di Dunia
Tentu ramai yang tahu apakah rahsia menyebabkan negara Belanda menjadi penduduk tertinggi dunia!
Berdasarkan kajian yang diterbitkan oleh Royal Society of London, catatan ketenteraan Belanda mendapati bahawa pada pertengahan tahun 1800-an, ketinggian purata tentera Belanda adalah sekitar 165 cm. Namun, dalam tempoh 160 tahun, ketinggian penduduk Belanda meningkat lebih 20 cm.
“Pertumbuhan ini terlalu pantas jika hanya disebabkan oleh faktor genetik,” kata Profesor Louise Barret dari Universiti Lethbridge, Kanada.
Kajian itu juga mendapati bahawa pasangan yang mempunyai ramai anak kebiasaannya terdiri daripada lelaki tinggi dengan wanita yang mempunyai ketinggian purata.
Oleh itu, ketinggian orang Belanda juga mungkin dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Menurut Barret, sistem penjagaan kesihatan yang baik, tahap ketidaksamaan pendapatan yang rendah, dan sistem kebajikan sosial yang sangat mantap di Belanda adalah faktor yang menyumbang kepada ketinggian mereka.
“Di Belanda, semua faktor ini menyumbang kepada kelahiran bayi yang berkualiti tinggi dan seterusnya mengurangkan risiko faktor-faktor yang boleh menghalang pertumbuhan ketinggian,” kata beliau.
“Setiap kali badan terpaksa meningkatkan tindak balas imun, badan akan kehilangan tenaga yang sepatutnya digunakan untuk pertumbuhan,” tambahnya lagi.
Berkaitan dengan pemakanan yang diambil oleh orang Belanda, perlu diingat bahawa negara ini terkenal sebagai pengeluar susu. Malah, orang Belanda juga sangat gemar dengan produk tenusu.
Kajian menunjukkan bahawa pengambilan susu memberi sumbangan besar kepada peningkatan ketinggian mereka.
“Kalsium membina tulang, dan pertumbuhan sangat bergantung kepada ketersediaan kalsium,” jelasnya.
Pengacara dan usahawan, Noor Neelofa syukur anak sulungnya, Muhammad Bilal menunjukkan minat dalam mendalami al-Quran.
Bahkan kata ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, bukan paksaan sebaliknya ia kehendak Bilal sendiri.
“Alhamdulillah, mungkin itu rezeki dan anugerah Allah. Bilal memang minat dengan bacaan al-Quran tanpa ada paksaan, disuruh atau ditekan-tekan.
“Sejak dari kecil, sesiapa sahaja yang membaca al-Quran seperti abah atau neneknya, dia akan datang dekat. Bila orang solat, dia akan duduk dekat sambil mendengar.
“Mungkin itu adalah satu rezeki yang Allah berikan kepada dia,” kongsi Neelofa.
Tambah Neelofa lagi, dia juga amat bangga dan terkejut selepas Bilal turut menghafal beberapa ayat di dalam surah Yasin.
Anak sulungnya itu juga dapat menyambung apa-apa surah daripada juzuk 30.
“Disebabkan dia ada minat itu, apa-apa surah daripada juzuk 30, dia boleh sambung sebab dia ingat.
“Mungkin budak kecil mudah nak ingat sesuatu perkara. Surah kesukaannya adalah Wal Asr.
“Yang paling saya dan suami terkejut baru-baru ini apabila Bilal hafal beberapa ayat pertama daripada surah Yassin. Itu dia sendiri yang hafal,” kongsinya lagi.
Sementara, Neelofa akui Ramadan kali ini amat bermakna buat dirinya kerana dia dapat meluangkan banyak masa di rumah dengan pengisian amal ibadah.
Terdahulu, Neelofa dan Haris telah mendirikan rumah tangga pada Mac 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata lelaki iaitu, Muhammad Bilal, 2 tahun dan Abdullah Abbas, lima bulan.
Pernah tak terfikir, kenapa doktor jarang ambil MC walaupun dah nampak jelas tak sihat? Kalau orang biasa, demam sikit terus pergi klinik, dapat ubat,...