Kanak-Kanak 2 Tahun Lemas, Dipercayai Keluar Dari Rumah Tanpa Pengetahuan Ibu Bapa

Share

Seorang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan 2 tahun ditemui tidak sedarkan diri oleh orang awam di Sungai Chemor pada petang semalam.

Kanak-kanak yang tidak diketahui identitinya ketika ditemui dalam keadaan kritikal dan dikejarkan ke Hospital Permaisuri Bainun untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia.

Menurut beberapa sumber, mangsa merupakan anak kepada pasangan warga Myanmar yang bekerja di Chemor.

Mangsa berusia dua tahun itu dikatakan keluar dari rumah tanpa disedari oleh ibu bapanya sebelum terjatuh ke dalam sungai.

Nasihat kepada ibu bapa yang lain, awasi anak kecil anda kerana mereka di fasa ingin meneroka. Pastikan semua pintu dikunci dan sentiasa pastikan anak anda ada bersama terutama musim hujan dan banjir yang melanda.

Sumber: Thereporter

Published by
NuFa