Kanak-Kanak perempuan dua tahun antara dua rakyat tempatan di Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama, Bukit Changgang, Kuala Langat yang disahkan positif Covid-19.
Disahkan Positif Lepas Jalani Ujian Saringan
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azizan Tukiman berkata, kanak-kanak itu disahkan positif hari ini, selepas menjalani ujian saringan.
Manakala, seorang lagi pesakit adalah wanita berusia 22 tahun yang menjalani ujian saringan petang semalam.
Di Hantar Ke HSB
Kedua-duanya sudah dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Kawasan perumahan itu diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara pentadbiran sejak kelmarin sehingga 16 Jun.
Kes Susulan 20 Pekerja Pembersih Lapangan Terbang KLIA Positif Covid-19
Ia susulan 20 pekerja pembersihan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) positif penyakit itu pada 28 Mei lalu.
Kira-kira 4,000 penduduk sudah menjalani ujian saringan Covid-19 dan baki 5,000 orang lagi mungkin selesai diuji sehingga hujung minggu ini.
Menurut Azizan, sepatutnya proses ujian saringan selesai hari ini tetapi tempoh terpaksa dilanjutkan kerana ramai penduduk masih belum disaring.
Sumber: Hmetro