Berpantang maut sebelum ajal, demikian yang terjadi ke atas seorang kanak-kanak selepas diselamatkan dengan mengeluarkan lapan jarum suntikan yang ditelannya.
Memetik berita lanjut yang dikongsikan ig Buletintv3, kejadian tersebut berlaku di timur laut Peru di mana seorang budak berusia dua tahun tertelan lapan jarum suntikan ketika bermain, lapor media tempatan.
Jarum itu digunakan untuk suntikan vaksin bagi haiwan ternakan di ladang, tempat ibu mangsa bekerja.
“Di dalam bilik bedah, kami membuka perutnya dan menjumpai batang logam itu sebelum menyedari ia adalah jarum,” kata Dr Efrain Salazar.
Ads
Budak yang tidak didedahkan identitinya itu difahamkan tinggal di kawasan pertanian Taratopo, kira-kira 622 kilometer dari ibu kota Lima.
Menurut ibu mangsa, kemungkinan anaknya menelan jarum berkenaan ketika dia bermain di ladang berkenaan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet akui turut berasa bimbang jika kejadian tersebut berlaku pada anak mereka. Ini memandangkan kebiasaannya kanak-kanak memang suka mengutip apa sahaja yang mereka nampak dan memasukkan ke dalam mulut tanpa mengetahui bahaya perbuatan tersebut.
Ads
“Macam mana boleh detect ye anak makan? Risau la sbb anak sye suka mengutip 😭”, luah seorang ibu di media sosial.
“Benda org paling takut kene kat anak,” komen yang lain pula.
Baru-baru ini tular kisah anak lelaki yang meminta hadiah hari lahirnya sepasang kaki seperti orang lain sehingga membuatkan ibunya sebak. Perkongsian itu juga menyebabkan ramai yang mendoakan agar adik Syahmi dikurniakan kesihatan yang baik dan membesar dengan sihat.
Menerusi laporan Metro, kedua ibu bapa Syahmi bersyukur dengan anugerah kurniaan Allah pada mereka. Walaupun ketika dalam kandungan doktor menyarankan untuk mengugurkannya pasangan ini tidak bersetuju.
Dia anugerah istimewa
“Dia anugerah Allah yang sangat istimewa buat saya dan suami, Syed Mohd Yusuf Saiyid Hasan, 40, malah semua urusan saya dipermudahkan sejak melahirkannya,” kata ibu dua anak, Azlindahani Othman.
Azlindahani, 38, berkata demikian ketika menceritakan kisah anak bongsunya, Syed Danial Syahmi Syed Mohd Yusuf, 9, atau mesra dengan panggilan Syahmi yang dilahirkan tanpa betis, masalah jantung berlubang dan sebelah buah pinggang saja.
Minta hadiah sepasang kaki
Kisah Syahmi mendapat perhatian warganet selepas Azlindahani berkongsi kisah anaknya itu di Facebook (FB).
Salah satu hantaran yang menyentuh hati ialah ketika Syahmi meluahkan hasratnya untuk mempunyai kaki dan ketinggian sama seperti Azlindahani serta abangnya, Syed Nabil Syarifuddin, 13.
Syahmi meluahkan hasratnya itu ketika Azlindahani bertanya apa hadiah dimahukan sempena hari ulang tahun kelahiran pada 5 Oktober lalu.
Banyak kali Syahmi minta untuk berlari dan berjalan
Azlindahani yang menetap di Taman Jati, Ipoh, Perak berkata, reaksi Syahmi membuatkannya tergamam dan sebak kerana menyedari tidak mampu untuk menunaikannya.
“Saya sedih kerana tidak mampu tunaikan hajatnya itu sedangkan sejak Syahmi lahir, saya sudah berjanji dengan diri sendiri untuk beri apa yang dia mahukan.
“Malah, bukan sekali tetapi pernah beberapa kali Syahmi luahkan keinginan sama iaitu berlari dan berjalan seperti abangnya tetapi saya cuba memujuknya dengan mengatakan dia tidak perlukan semua itu kerana sudah cukup istimewa,” katanya.
Hamil 4 bulan doktor dapat tahu ada kecacatan
Menceritakan perihal Syahmi, Azlindahani berkata, dia dimaklumkan mengenai keadaan anaknya itu sewaktu hamil lagi.
“Menurut doktor, Syahmi kemungkinan meninggal dunia dalam kandungan atau hanya mampu hidup untuk tempoh setahun saja selepas dilahirkan.
“Ketika hamil empat bulan, doktor beritahu ada kecacatan dalam kandungan dan meminta saya melakukan ujian untuk mengenal pasti sekiranya ada kromosom yang berbahaya.
” Sekiranya ada, doktor akan mengesyorkan saya menggugurkan kandungan tetapi saya enggan lakukan ujian kerana bimbang,” katanya.
Anak yang mudah dijaga
Dia berkata, dengan izin Allah, Syahmi selamat dilahirkan cuma dia mulanya tidak dapat menerima keadaan anaknya itu.
“Saya bimbang dia tidak hidup lama seterusnya meninggalkan saya tetapi saya dapat semula semangat selepas doktor di Institut Jantung Negara (IJN) memberitahu jantungnya boleh dirawat,” katanya.
Di sebalik kekurangan, Azlindahani berkata, Syahmi mudah dijaga kerana pernah dua kali saja dimasukkan ke hospital akibat demam dan cirit-birit.
“Sejak itu, Syahmi tidak pernah jatuh sakit dan jika ada sekalipun, dia tidak akan ceritakan kepada saya kerana enggan saya bersedih,” katanya.
Menurutnya, dia bersyukur kerana seluruh keluarga menyayangi Syahmi terutama anak sulung yang rajin membantu menguruskan adiknya itu.
**Dapatkan harga istimewa untuk barangan bayi di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Inalillahiwainailahirojiun. Dia pergi jua. Setelah datang dengan berani, menepis segala ramalan dan ekspektasi, berjuang sendirian dengan kudrat jasad yang begitu kerdil, kini hilang kesakitan yang ditanggung selama ini.
Dilahirkan pada 23 September 2018, secara fizikal orang akan melihat Muhammad Adrian Danish seperti bayi berusia lima bulan.
Doktor pakar yang membuat diagnosis sejak Muhammad Adrian dilahirkan medapati pelbagai penyakit kronik. Paru-paru, jantung, sum sum tulang, buah pinggang dan hampir kesemua organ vital tidak berfungsi sempurna. Malah Adrian juga disyaki tidak dapat melihat.
Doktor tak bagi harapan
Doktor tidak memberikan banyak harapan. Keluarga dinasihatkan untuk bersedia. Adrian tidak akan mampu bertahan lama. Masa hadapan untuk Ean diwarnakan suram. Bila-bila masa sahaja, syurga akan memanggilnya pulang.
Namun, dia bertahan dan menidakkan segala ramalan. Meski kecil dan begitu teruji, Ean berjuang penuh perkasa. Bagaikan dia kuat bertekad untuk memberikan keluarganya sebanyak mungkin kenangan. Derita dan sengsara, hanya dilaluinya sendiri. Namun, kenangan untuk dinikmati semua yang mengasihi.
Malam Jumaat yang lalu, ketika semua malaikat diutuskan ke langit dunia untuk melipatgandakan kebaikan, ketika Allah membuka luas segala pintu ampunanNya, Ean memohon diri dan akhirnya pulang ke mahligai abadi miliknya, sudah tersedia untuknya di syurga.
Damailah di sana, anak manis anugerah kurnia untuk ibu ayah yang menyinta. Selamat jalan putera syurga.
Takziah untuk seluruh keluarga terutamanya ayah Ean, Fadhli Fadzli Tabah dan redhalah menerima ketentuan takdir.
Al Fatihah, anakanda.
Sumber: Wan Shahriza via Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser – Pesona
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengacara yang cukup terkenal dengan bait-bait puitis, Fedtri Yahya meluahkan rasa bangga namun sedikit hiba terpaksa melepaskan anak sulungnya untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah asrama penuh.