Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut akibat dilanggar kenderaan pacuan empat roda ketika bermain skuter di satu kawasan kediaman di bandar raya ini, Jumaat lalu.
Ketua Polis Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian yang berlaku pada 6.30 petang itu dan pihaknya sedang menjalankan siasatan.
“Pemandu kenderaan pacuan empat roda yang berusia 32 tahun itu sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”
Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 21 saat memaparkan kanak-kanak berkenaan yang sedang bermain skuter dilihat berhenti di kawasan persimpangan, sebelum sebuah pacuan empat roda berwarna hitam terus merempuhnya.
Ads
Kanak-kanak terbabit dipercayai maut di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Rata-rata yang melihat perkongsian video tersebut memberitahu bahawa penjaga mangsa berada berdekatan dengan mangsa dan kelihatan kenderaan tersebut memandu secara laju.
Kemunculan Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika membuat persembahan bersama Bob Yusof mendendangkan lagu Anta Permana pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34, Ahad lalu mendapat reaksi sebak dan teruja oleh para peminat.
Namun setelah selesai persembahan, Datuk Siti memuat naik gambar sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan selepas menjalani pembedahan kecil di Instagram Story. Namun, Datuk Siti tidak memaklumkan dengan lebih lanjut jenis pembedahan yang dibuat.
Rupanya Datuk Siti telah selamat menjalani pembedahan kecil di sebuah pusat perubatan semalam sebagai persediaan untuk hamil anak kedua.
Menurut Datuk Siti, pembedahan itu dibuat kerana dia akan menggunakan kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) seperti yang dilakukannya untuk kehamilan pertama.
“Saya menjalani pembedahan kecil dan Alhamdulillah semuanya selamat. Prosedur ini perlu kerana saya akan menggunakan kaedah rawatan kesuburan IVF, seperti yang pernah saya lakukan sebelum ini. Saya harap semua pihak dapat doakan saya supaya segera sembuh,”
Kita sama-sama doakan Datuk Siti sembuh sepenuhnya dan semoga ada rezekinya untuk menimang cahaya mata kedua.
Seorang anggota penyelamat tidak menyangka menemui bayi comel dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Terkandas dalam rumah selepas tingkat bawah air paras pinggang
Sarjan Awang Abdullah Sani Awang Alehan, 42, dari pasukan Gerakan Am (PGA) Hulu Kinta, di sini berkata, beliau bersama tiga lagi anggota yang sedang menaiki bot menemui keluarga bayi berkenaan terkandas di tingkat atas sebuah rumah teres dua tingkat.
Katanya, bayi perempuan berusia empat bulan itu bersama ibu bapanya dan seorang lagi kanak-kanak, diselamatkan selepas mereka tidak dapat keluar apabila tingkat bawah rumah berkenaan dinaiki air paras pinggang.
“Petang itu saya memandu bot bersama tiga lagi anggota dan dua daripada kami terpaksa memanjat sengkup rumah tersebut sebelum membawa mereka keluar melalui tingkap, manakala saya dan seorang lagi anggota menyambut mangsa menaiki bot untuk dihantar ke tempat selamat,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Sebelum ini, gambar Awang Abdullah Sani memegang bayi perempuan bertopi dan berpakaian serba merah tular serta dikongsikan di media sosia Facebook dan Instagram Polis Diraja Malaysia (PDRM), dengan rata-rata netizen melahirkan rasa syukur dan terharu bayi comel itu dapat diselamatkan.
Awang Abdullah Sani yang juga bapa kepada lima anak berkata, beliau antara 128 anggota dan pegawai PGA dari Perak iaitu Batalion 1, Batalion 2, Batalion 3, Batalion 6 dan Pusat Latihan PGA yang dikerahkan bersama bot ke Selangor bagi bantuan operasi menyelamat mangsa banjir sejak Ahad lepas.
Berkongsi lebih lanjut, Penolong Jurulatih Jasmani Pusat Latihan PGA Hulu Kinta yang sudah 21 tahun berkhidmat itu berkata operasi bantuan tersebut disifatkan amat bermakna bagi pasukannya kerana dapat membantu ramai mangsa walaupun kepenatan.
“Sejak dari Ahad lagi kami sibuk dengan kerja-kerja menyelamat dan sanggup tidak tidur demi menyelamatkan mangsa banjir. Saya hanya sempat tidur dua jam pada hari ketiga (semalam), malah gambar yang tular itupun saya ketahui melalui orang lain,” katanya.
Menurutnya, beliau terkejut apabila dimaklumkan bahawa gambar itu turut dimuat naik di Facebook dan Instagram PDRM sehingga meraih pelbagai komen warganet.
Kredit: Bernama
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Berita gembira buat golongan wanita apabila tempoh cuti bersalin dipanjangkan daripada 60 hari ke 90 hari mulai 2021.
Cadangan tersebut antara perkara diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada Pembentangan Belanjawan 2020 di bawah strategi memodenkan pasaran buruh.
Kerajaan akan meneliti semula Akta Kerja 1955 meliputi empat perkara termasuk tempoh cuti bersalin, bagi memastikan akta tersebut kekal relevan dengan keperluan pasaran tenaga kerja semasa.
Sebelum ini, Kementerian Sumber Manusia pernah mengeluarkan kenyataan akan meminda Akta Kerja 1955 bagi membolehkan pekerja wanita di sektor swasta menikmati cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari.
Timbalan Menterinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya juga akan meminda akta sama bagi membolehkan golongan bapa turut diberi cuti ‘paterniti’ (cuti isteri bersalin) selama tiga hari.
Seperti yang sedia maklum Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menggesa supaya cuti paterniti sekurang-kurangnya tujuh hari diperkenalkan dalam sektor swasta berikutan pindaan Akta Kerja 1955.
Pada masa ini, golongan bapa di sektor swasta tidak layak daripada segi perundangan untuk cuti paterniti manakala golongan bapa dalam sektor awam menikmati tujuh hari cuti paterniti bergaji.
Selain cuti bersalin 90 hari, kelayakan bayaran lebih masa bagi golongan yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 dinaikkan kepada RM4,000 sebulan.
Ketiga, menambah baik pengendalian aduan gangguan seksual dari segi perlindungan dan prosedur.
Keempat, memantapkan peruntukan berkaitan larangan diskriminasi dalam pekerjaan contohnya agama, kaum atau jantina.
Guan Eng berkata, kerajaan Pakatan Harapan komited untuk menambah baik kehidupan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.
Bukan itu sahaja bagi wanita yang sebelum ini pernah bekerja tetapi berhenti atas sebab-sebab tertentu, kerajaan bakal wujudkan 33,000 pekerjaan bagi wanita berumur 30 hingga 50 tahun yang berhenti kerja setahun atau lebih.
Sumber: Bernama News Channel & Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.