Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia dipercayai sesak nafas ketika sedang makan buah rambutan. Kejadian mengejutkan itu dipercayai berlaku di Pasar Stutong, Kuching sekitar jam 9 malam pada Ahad.

Kanak-Kanak 4 Tahun Maut Selepas Makan Rambutan! Pernah Ada Penyakit Asma Sebelum Ini

SESAK NAFAS SEBELUM PENGSAN

IKLAN

Mangsa yang berusia empat tahun itu tiba-tiba sesak nafas, batuk serta muntah darah sebelum pengsan. Ibu mangsa yang menyedari keadaan anaknya cuba menyelamat dengan menepuk belakang badan kanak-kanak itu.

GAGAL DISELAMATKAN, SEJARAH PENYAKIT ASMA

IKLAN

Bimbang akan keselamatan kanak-kanak itu, ahli keluarga bergegas membawanya ke sebuah hospital swasta berhampiran namun gagal diselamatkan. Menurut sumber, kanak-kanak malang itu dipercayai mempunyai sejarah penyakit asma.

BELUM DAPAT LAPORAN

IKLAN

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Ng Ah Lek ketika dihubungi memaklumkan pihaknya belum menerima laporan berhubung kes tersebut.

Sumber: Astro Awani

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI