Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia dipercayai sesak nafas ketika sedang makan buah rambutan. Kejadian mengejutkan itu dipercayai berlaku di Pasar Stutong, Kuching sekitar jam 9 malam pada Ahad.
SESAK NAFAS SEBELUM PENGSAN
Mangsa yang berusia empat tahun itu tiba-tiba sesak nafas, batuk serta muntah darah sebelum pengsan. Ibu mangsa yang menyedari keadaan anaknya cuba menyelamat dengan menepuk belakang badan kanak-kanak itu.
GAGAL DISELAMATKAN, SEJARAH PENYAKIT ASMA
Bimbang akan keselamatan kanak-kanak itu, ahli keluarga bergegas membawanya ke sebuah hospital swasta berhampiran namun gagal diselamatkan. Menurut sumber, kanak-kanak malang itu dipercayai mempunyai sejarah penyakit asma.
BELUM DAPAT LAPORAN
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Ng Ah Lek ketika dihubungi memaklumkan pihaknya belum menerima laporan berhubung kes tersebut.
Sumber: Astro Awani